Memiliki rumah sendiri merupakan impian setiap orang. Namun, pembelian rumah bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan sembrono. Terdapat beberapa jenis rumah yang perlu anda elakkan untuk memastikan bahawa anda tidak menyesal di kemudian hari.
Jadi, mari kita lihat antara jenis-jenis rumah yang perlu anda elakkan sebelum membelinya.
1.Harga Rumah Melebihi Kemampuan
Sekiranya anda membeli sebuah kediaman yang harganya terlampau mahal serta melebihi daripada kemampuan kewangan anda, ia boleh memberikan kesan buruk dan masalah besar kepada anda di kemudian hari.
Tidak kira anda mahu membeli sebuah rumah atau seutas beg tangan berjenama mewah, anda sememangnya perlu membeli mengikut kemampuan kewangan anda. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.
2.Kawasan Rumah Yang Kerap Berlaku Bencana Alam
Ads
Kawasan perumahan dan kediaman juga antara salah satu faktor penting yang perlu dititikberatkan. Sekiranya anda membeli rumah yang terletak di kawasan yang kerap berlaku bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat, tsunami dan sebagainya, anda berkemungkinan akan berdepan dengan masalah kerugian serta kos untuk membaik pulih rumah.
3.Rumah Berdekatan Dengan Pencawang/Stesen TNB
Jika anda membeli rumah yang berdekatan dengan stesen pencawangelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), kediaman anda berkemungkinan dan lebih berisiko tinggi untuk berdepan dengan masalah renjatan elektrik yang serius sehingga boleh mengancam keselamatan keluarga anda.
Ads
4.Rumah Dibawah Pemaju Yang Disenarai Hitam
Sebelum membeli rumah baru yang masih dalam projek pembinaan adalah sangat penting untuk anda membuat kajian mengenai latar belakang syarikat pemaju terlebih dahulu. Tindakan ini akan dapat menyelamatkan diri anda daripada terjebak dengan projek perumahan yang terbengkalai misalnya akibat daripada masalah kerugian syarikat pemaju perumahan.
5.Harga Rumah Tinggi Daripada Harga Pasaran
Ads
Antara faktor penting yang perlu anda elakkan sebelum membeli rumah baru, jangan sesekali beli rumah yang nilai harganya lebih tinggi daripada harga pasaran. Masalah seperti ini mungkin jarang-jarang sekali berlaku, namun tidak dinafikan ia sememangnya berlaku.
Apabila anda membeli rumah seperti ini, sudah semestinya anda harus berbelanja lebih bagi memiliki sebuah rumah idaman. Namun sebagai pembeli, anda seharusnya bijak dalam membuat pilihan daripada membeli sebuah rumah yang harganya tidak masuk akal. Betul tak? Jadilah pembeli yang bijak!
Tetamu bakal bertandang ke rumah anda tentulah mahu disambut penuh meriah. Bukan hanya rumah mahu dihias indah menyambut tetamu datang malah ruang makan juga pastinya serba menarik. Barulah membuka selera tetamu tatkala menjamu hidangan yang dimasak oleh tuan rumah.
Sebaiknya hiaskan ruang meja dengan peralatan hidang yang sedondon warna atau motif yang memukau pandang. Pilihan mangkuk dengan pelbagai reka bentuk dan warna boleh anda pertimbangkan untuk melengkapi meja makan anda nanti.
Sebagai tuan rumah yang baik, pasti ingin menjamu tetamunya dengan sempurna. Raikan tetamu dengan penataan meja yang serba menawan. Tidak bererti membeli item hidang yang mahal, memadai yang berpatutan harga.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kebersihan dan keceriaan ruang dapur tidak boleh dipandang remeh kerana selain menjadi tempat menyediakan dan memasak makanan, ia juga berperanan sebagai ruang sosial buat keluarga dan tetamu berkumpul. Jadi tidak wajar jika ruang ini dibiar kotor atau tidak terurus kerana ia mungin akan mengundang rasa kurang senang kepada orang lain yang datang berkunjung.
Jika anda tidak mahu lagi ruang dapur kediaman dibelenggu dengan aura kurang enak, ikuti tip-tip mudah yang IMPIANA sediakan ini, pasti dapur akan sentiasa terasa segar dan bersih. Tetamu juga akan lebih selesa jika persekitarannya kemas dan terhindar dari sebarang kotoran serta bau busuk.
Pastikan segala peralatan dapur anda dilap kering sebelum letakkan di dalam bekas atau digantung pada cangkuk. Anda bayangkan jika segala sudip dan senduk diletakkan secara menegak dalam bekas plastik dan airnya bertakung di dalam? Anda pasti tidak akan menggunakan lagi perkakas tersebut.
2. Jangan bertangguh untuk membuang sampah di tong atau bilik sampah yang disediakan oleh majlis bandaraya serta jawatankuasa penduduk. Mahukah anda bau isi perut ikan menyelubungi kediaman anda?
3. Pastikan anda mencuci bersih segala pinggan dan mangkuk yang telah kita gunakan sewaktu makan. Pasti anda tidak mahu tidur bersama aroma lauk basi dibiarkan semalaman. Jadi, masalah ini boleh diselesaikan dengan menyegerakan pencucian segala perkakas, kerana bau sahaja sudah cukup menyeksakan dan belum lagi dengan kehadiran lalat serta makhluk perosak yang lain.
4. Seterusnya, bezakan papan pemotong di rumah anda. Jangan campurkan papan pemotong daging dengan papan pemotong sayur dan papan pemotong roti. Sewaktu mencuci, fokuskan cucian anda terhadap kesan potongan pisau kerana tanpa kita sedari, terdapat jutaan bakteria yang membiak di dalam ruang potongan kecil tersebut. Penulis akan memastikan untuk melalukan air panas kepada setiap papan pemotong untuk membunuh bakteria dari terus membiak.
5. Gunakan lilin aromaterapi sebaik sahaja anda selesai membersihkan dapur sebagai salah satu alternatif daripada menyembur pewangi. IMPIANA mencadangkan bauan serai atau lemon.
6. Kerapm mengganti atau cuci kain langsir yang menghiasi dapur anda. Ini amat penting kerana material yang digunakan untuk kain langsir ada yang nilon, polyester, dan kain cotton. Kain cotton meresap segala partikel halus masakan anda dan ianya berisiko tinggi untuk memerap bau yang akan membuatkan anda tidak selesa di kemudian hari. Selain itu, jika anda menggunakan sistem ventilasi udara, pastikan anda mengikut jadual servis berkala yang ditetapkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Guna bahan dapur ini untuk polish perabot kayu dengan mudah. Perabot memang mudah melekat habuk nak-nak yang dah lama tak dibersihkan. Perkara ini biasanya berlaku kepada perabot kayu.
Jika tidak dibersihkan, habuk-habuk itu akan terus melekat dan menyebabkan permukaan perabot menjadi kusam dan kedam. Permukaan yang licin dan berkilat pon boleh jadi kusam disebabkan oleh habuk yang melekat lama.
Kebiasaan untuk mengilatkan semula perabot kayu adalah dengan menggunakan polish atau sapukan lagi sekali kemasan cat kilat. Sebeanrnya, ada cara lebih mudah, cepat dan jimat iaitu dengan menggunakan 2 bahan dapur sahaja.
Bahan-bahan:
1.5 cawan minyak kelapa (sebagai pilihan anda boleh guna minyak zaitun)
1 cawan perahan jus lemon
Cara-cara:
1. Campurkan kedua-dua bahan dan kacau rata.
2. Celupkan kain atau tuala bersih kedalam campuran. Tak perlu terlalu basah tapi anda perlu pastikan minyak dan jus lemon dicelup sama rata kerana minyak dan jus tidak akan sebati.
3. Lap kain yang telah dibasahkan tadi pada permukaan perabot.
4. Jika terdapat kotoran degil, lakukan sentalan lembut untuk elak permukaan kayu tercalar
5. Gunakan kain atau tuala kering dan bersih untuk lap keseluruhan perabot selepas di sapu sebatian lemon dan minyak tadi.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.