Dari ruang kosong yang polos, di sinilah bermulanya impian sebuah dapur yang bukan sekadar tempat memasak, tapi tempat mengukir kenangan. Dinding bersih, lantai berjubin gelap, dan cahaya semula jadi yang masuk dari tingkap tinggi, semua ini memberi potensi besar untuk diolah jadi dapur idaman.
Setiap inci ruang ini menanti untuk dihidupkan dengan sentuhan peribadi oleh pemiliknya. Perjalanan ini mungkin ambil masa, tapi langkah pertama sudah pun bermula. Dan dari ruang sederhana inilah, tercipta sebuah dapur yang penuh fungsi, gaya dan rasa puas.
Satu permulaan baru
Ruang dapur ini walaupun kecil, sebenarnya ada potensi besar kalau dirancang dengan bijak. Setelah membuat survey beberapa kontraktor akhirnya pemilik bertemu dengan kontraktor yang dapat memberikan servis ID. Dialah yang banyak menolong dalam mereka bentuk desain yang bersesuaian dengan saiz dapur pemilik juga tentang perletakan wiring dan plumbing agar dapur berfungsi secara praktikal.
Jangan risau, dapur kecil pun boleh jadi dapur idaman!
Ini adalah set hood dan hob jenama Livinox, pilihan yang semakin popular di kalangan pemilik rumah kerana:
✅ Banyak review positif
✅ Harga yang berpatutan (affordable)
✅ Rekaan moden dan sleek
✅ Dilengkapi twin motor untuk sedutan lebih kuat
✅ Sesuai untuk dapur kecil atau besar
Ads
“Kami beli di kedai Alat Dapur, yang memang terkenal dengan pilihan produk dapur lengkap. Pilihan yang bijak untuk jimat dan fungsi,” ujar pemilik.
Pelbagai jenis sinki ada di pasaran tapi jenis sinki dapur jenama Sorento stainless steel 304 jadi pilihan pemilik. Sinki ini kelebihannya:
– Tahan lama.
– Ramai pengguna cadangkan jenis ini.
– Nasihat: Elakkan sinki viral, kerana banyak masalah jangka panjang.
Kenapa Stainless Steel 304 jadi pilihan bijak:
Anti karat & tahan lasak – sesuai untuk penggunaan harian berat.
Mudah dicuci & tak mudah calar.
Material premium – tahan suhu panas, tak berubah bentuk.
Jangka hayat lebih lama berbanding sinki biasa.
Tip Tambahan:
✔️ Semak ketebalan sinki (lebih tebal = lebih tahan)…
Ads
Dalam proses membina dapur ini, kebimbangan pemilik ialah takut tersalah pilih warna yang akan memberi kesan besar pada hasil akhir dapur. Pemilihan warna memang nampak mudah, tetapi ia memainkan peranan besar dalam mood dan identiti ruang. Oleh itu, proses ini memerlukan banyak pertimbangan dari segi pencahayaan, konsep keseluruhan dan rasa peribadi.
Proses renovasi
Proses renovasi dapur diperluaskan hingga ke bahagian yard (laman belakang). Struktur asal telah mula diubah suai – dinding sebahagiannya dikikis, pendawaian elektrik didedahkan dan lantai masih dalam keadaan kasar tanpa kemasan akhir.
Keputusan pemilik untuk extend kitchen sampai yard, menandakan projek renovasi ini adalah satu langkah besar untuk mencipta ruang dapur yang lebih luas dan praktikal. Sudah pasti emosi pemilik ketika itu bercampur baur antara rasa teruja dan sedikit stres.
Bila tiles mula dipasang di dapur, rasa excited dengan pilihan warna yang cantik dan mengikut citarasa pemilik. Memang tak sabar dihati nak tengok hasil terakhir dapurnya.
Ads
Akhirnya sempuna sudah dapur impian pemilik sepertimana yang diinginkan. Bayangkan lima tahun kumpul duit, bukan sehari dua, kini mampu tersenyum puas.
Merancang untuk membeli peti sejuk baru? Sebelum anda melabur kan duit untuk membeli peti sejuk baru, beberap ciri utama perlu anda teliti dan pertimbangkan. Supaya apaya yang bakal dimiliki berbaloi dan memberi kepuasan mengikut keperluan anda. Kelak, tak adalah bahan yang perlu disimpan di dalam peti sejuk tak muat.
Selain 3 ciri utama yang pernah di nyatakan di dalam aritkel terdahulu, ada beberapa perkara laian yang perlu diperhatikan:
1. KAWALAN SUHU
Antara ciri-ciri utama setiap kali anda membeli peti sejuk atau peti sejuk beku, pastikan ia dilengkapi dengan sistem kawalan suhu. Sistem kawalan suhu ini berupaya menentukan kesegaran kualiti terhadap makanan atau barang yang disimpan dan pastikan ia mempunyai 2 kawalan. 1 untuk kawalan ruang sejuk dan lagi satu sejek beku.
2. REKABENTUK PINTU
Ini antara ciri-ciri yang jarang diperhatikan. Ada yang dua pintu, satu pintu atau sid-by-side. Sebaiknya pilih dari jenis dua pintu yang memisahkan pintu bahagian sejuk dan sejuk beku. kekerapan membuka pintu peti sejuk bakal mempengaruhi kualiti makanan yang disimpan terutamanya di bahagian sejuk beku. jadi, setiap kali ingin mengambil air atau makan ringan di bahagian sejuk, anda tak mengganggu suhu di bahagian sejuk beku
3. RAK
Ciri-ciri peti sejuk sangat kritikal terutamanya apabila tibanya masa untuk mencuci atau membersih. Pastikan rak di dalam peti sejuka anda mudah dikeluarkan dan pasang semula untuk tugas-tugas penyelenggaraan dan pembersihan. Sebaiknya, cari rak peti sejuk mudah laras. Jadi, and boleh laraskan ketinggan rak mengikut keperluan. Selain itu juga, ciri-ciri terpenting permukaan rak adalah sebarang kotoran atau makan yang tertumpah mudah untuk dicuci
4. RUANG SIMPANAN TENUSU
Dairy compartment atau ruang simpanan barang-barang tenusu seperti telur, cheese, marjerin dan sebagainya. Pastikan ia tersedia di bahagian yang mudah dicapai kerana bahan ini dikategorikan sebagai rapuh atau mudah pecah. Kebiassanya, ruang simpanan tenusu diletakkan pada bahagian pintu peti sejuk
5. PENCAHAYAAN
Kebiasaanya, LED digunakan untuk tujuan pencahayaan di dalam peti sejuk. Ini kerana ia lebih tahan lama dan mempunyai senaran yang lebih baik. Jadi, anda tak perlu terkais-kais untuk mengambil bahan atau makanan di dalam peti sejuk
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Makeover atau kerja ubahsuai kediaman tidak semestinya memerlukan anda untuk upah kontraktor atau melibatkan tugas-tugas memecah. Lebih-lebih lagi, bagi anda yang suka tukar konesp kediaman.
Zaman serba mudah ni, nak tukar kemasan seperti jubin pun dah ada cara cepat dan jimat seperti menggunakan pelekat, Nak buat dinding kayu guna gam je tak perlu paku dan pelbagai lagi.
Seperti perkongsian dari Nur Natasha Abdullah. Dapur berkeluasan 12×17 kaki yang pada asalnyanya bertemakan hitam putih, diberi nafas baru dengan mengetengahkan elemen kayu atau rona earthy. Inspirasi Puan Natasha kebanyakannya dari pinterest dan minatnya kepada dekor gaya minimalis.
Antara kerja-kerja ubahsuai yan terlibat adalah seperti berikut
1. Shiplap + gam silicon RM 200 Beli dekat Shopee RM 3.50 sekeping. Lepas tampal, cat dengan KCC paint
kena, jangan sayang nk buang barang yang tak perlu & jarang guna. Minimize kan barang atas kabinet utk letak barang y selalu guna je. Kalau barang tak selalu guna kena letak dalam kabinet. Setiap kali lepas guna dapur, terus bersihkan lap kemas balik supaya dapur sentiasa nampak kemas & tersusun
Setiap ruang yang terdapat dalam sesebuah kediaman biasanya dirancang berbeza memandangkan setiap satunya mempunyai fungsi yang berlainan. Bagi memenuhi keperluan aktiviti dalam sesatu ruangan itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah susun atur ruang, jenis perabot dan material yang digunakan. Selain itu, satu faktor penting yang perlu dititikberatkan ialah penataan cahaya. Selain untuk menerangi ruang sesuai dengan aktiviti, penataan cahaya juga penting bagi mewujudkan suasana yang nyaman dan bertepatan dalam ruang tersebut.
Ruang Tamu
Ruang tamu merupakan salah satu ruang terpenting dalam sesebuah kediaman. Fungsi utama ruang ini merupakan tempat berkumpulnya tetamu dan ahli keluarga selain digunakan juga sebagai tempat bersantai dihujung minggu atau berehat selepas hari yang panjang. Jadi lampu-lampu yang melengkapi ruangan ini mestilah yang dapat memenuhi kehendak dan aktiviti pengguna.
Ruang Makan
Fokus utama penataan cahaya pada ruang makan sudah tentunya pada meja makan. Sebaiknya, letakkan lampu gantung atau pendant light untuk menerangi ruang makan kediaman anda kerana selain bertindak sebagai punca cahaya, lampu gantung juga boleh menjadi titik focal untuk ruang itu.
Dapur
Sebuah dapur dengan rekabentuk yang baik biasanya akan mempunyai banyak tingkap untuk memudahkan cahaya semulajadi. Jadi anda boleh pelbagaikan sumber pencahayaan bagi mewujudkan keseimbangan di dapur dengan cara mengurangkan silau dan bayang. Gunakan lampu esen, lampu kerja dan lampu ambient bagi menerangi dapur anda.
Bilik Tidur
Bilik tidur juga merupakan ruang privasi buat pemilik beristirehat selain membaca atau membuat kerja sambil berehat. Beberapa jenis lampu harus diletakkan didalam kamar, sesuai dengan kegunaan dan aktiviti yang ingin dikalukan. Downlight dan lampu meja atau floor light sesuai untuk diletakkan didalam bilik tidur anda.
Bilik Air
Pencahayaan yang menyeluruh dan terang diperlukan untuk bilik air kerana kebanyakkannya hanya dilengkapi dengan tingkap kecil bagi tujuan pengudaraan ; menjadikannya agak sukar untuk mendapat cahaya semulajadi. Oleh itu anda disarankan untuk memasang lampu yang dapat menerangi keseluruhan ruang dengan baik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.