Heart Of The Home, Inspirasi Dapur Bergaya Citarasa Pilihan Kediaman Selebriti.’Kitchen is the heart of the home’. Ruang dapur memainkan peranan penting bagi sesebuah kediaman. Ia bukan sekadar tempat untuk memasak, malah ruang berkumpul mengeratkan sillahturahim di antara keluarga dan sahabat handai.
Hebat dan bergaya di pentas seni, ini antara pilihan dan citarasa selebriti dalam menghias ruang dapur di kediaman mereka. Daripada konsep modern, English, industrial rustic, moden rustic, Japanese Coastal Aesthetic, English Cottage dan sebagainya.
Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang sedang mencari idea untuk konsep dapur pilihan.
1. Sheila Rusly
Memang cantik kabinet dapur kering rona ‘Sage Green’ milik Sheila Rusly. Terletak bersebelahan dengan ruang makan dan turut mempunyai Kaunter Pulau. Memang kelihatan cukup ‘cosy’ dan moden. Ruang dapur basah pula mempunyai rekaan simple rona ‘dark grey’. Meskipun dikenali cukup rajin memasak di dapur, area ‘heart of the house’ ini tetap nampak bersih, kemas dan tersusun.
2. Cik Manggis
Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin,menerapkan konsep ‘Japanese Coastal Aesthetic ‘bagi mencipta kelainan di ruang dapur. Memang unik, berani tampil lain daripada yang lain.
3. Black Hanifah
Black Hanifah merupakan seorang penyanyi yang menempa populariti selepas penyertaan dalam pertandingan realiti, Mentor musim ketiga. Ramai yang jatuh hati dengan rekaan dan konsep dapur milik penyanyi ini. Dapur kering rona putih yang cukup bergaya, malah ruang dapur basah yang tampak cukup maskulin dengan konsep rustic industrial. Penggunaan lantai kemasan terracota, dinding bata merah disamping kaunter top concrete memeng menyerlahkan konsep ini.
Ads
4. Siti Elizad
Siti Elizad Mohd Sharifuddin merupakan seorang pelakon, pengacara dan bekas penyampai radio wanita. Ternyata Elizad mempunyai citarasa yang tersendiri dan gemarkan konsep Modern Luxury pada interior kediamannya. Tak hairanlah ruang dapurnya cukup ‘segak’ bergaya dengan rona hitam menawan disamping percikan rona emas pada aksesori dapur dan ‘handle’ kabinet.
5. Amyra Rosli & Amar Baharin
Baru sahaja berpindah rumah, pasangan ini memilih konsep English Cottage pada interior kediaman. Rekaan kabinet dapur cukup simple dan bergaya dengan rona putih disamping backsplash dan table top kaunter pulau corak marble. Memang nampak ‘clean’ dan cozy menepati konsep yang diimpikan.
Ads
6. Yuna
Penyanyi yang terkenal di pentas antarabangsa, Yuna memih rekaan dapur yang cukup simple. Ruang kediaman yang tidak terlalu besar, membuatkan penyanyi ini bijak mengatur susunan ruang dapur supaya lebih praktikal. Hanya menempatkan perkakasan asas di ruang dapur dan kaunter bar yang simple.
7. Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
Pasangan selebriti Shaheizy Sam & Syatilla Melvin memilih untuk mempunyai ‘Industrial Outdoor Kitchen’ sebagai ruang memasak sekeluarga.Terletak di laman belakang rumah dan berkonsep terbuka, pasangan ini memilih kabinet dapur rona hitam, rak keluli dan kaunter top stainless steel. Memang gah & tampak solid!
8. Daiyan Trisha
Kagum dengan penyanyi, pelakon dan duta bagi pelbagai produk antarabangsa Daiyan Trisha ini. Rumah banglo mewah yang dibeli dengan hasil kerja keras dan usaha sendiri.Memang cantik, nampak moden, simple namun berseni! Ruang dapur dan ruang makan turut mempunyai citarasa tersendiri. Malah turut mempunyai kaunter pulau dengan rekaa ‘sleek’ namun tetap memaksimumkan fungsi tersendiri.
Ads
9. Keith Foo
Rekaan dapur ‘simple’, moden dengan sentuhan gaya industri menjadi identiti bagi ruang ‘heart of the home’ milik pelakon Keith Foo. Rona hitam pada kabinet dapur dan kemasan lantai simen konkrit sengaja menjadi pilihan pelakon ini bagi mengimbau nostalgia dan kenangan sewaktu kecil di rumah kampung.
Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang sedang mencari idea untuk konsep dapur pilihan.
Ruang dapur sangat penting ibarat ‘jantung’ bagi sesebuah kediaman. Nak dapur cantik selesa, bersih & praktikal dari segi reka bentuk mahupun penjagaannya, WAJIB hadam kompilasi tip penting dapur yang dikongsikan ini. Malah ada beberapa juga perkara yang perlu dielakkan bagi ruang ini. Jom semak!
IMPIANA kongsikan KOMPILASI TIP penting untuk ruang dapur sebagai panduan.
1. Tip PENTING Buat Kabinet DAPUR Supaya Tak Menyesal
Penting buat kabinet dapur yang bukan sahaja cantik malah berfungsi praktikal untuk jangka panjang.Bukan apa, kos untuk buat kabinet dapur boleh tahan harganya, jadi perlu rancang dengan teliti supaya tak menyesal di kemudian hari.
2. 3 Trend Popular Rekaan Kabinet Dapur Patut Elak
Jangan hanya nak nampak cantik, tapi susah nak jaga & bersihkan. Sebelum nak buat kabinet dapur, pertimbangkan dulu perkara ini, supaya tak menyesal.
Tip ini tak tertakluk kepada yang ekstra rajin & banyak masa terluang.
3. Siti Elizad Tak Setuju Dapur Cantik Sekadar ‘Perhiasan’
Dapur yang sentiasa dalam keadaan cantik, kemas dan bersih bukanlah alasan ia sekadar ‘perhiasan’, malah tetap digunakan setiap hari. Selebriti Siti Elizad tidak bersetuju dengan pendapat bahawa dapur cantik hanya sekadar ‘perhiasan’. Ini kerana bagi Elizad, dirinya setiap hari memasak di dapur dan setiap kali itulah dapur dibersihkan selepas digunakan, tanpa bertangguh.
4. 6 Cara Pastikan Dapur Sentiasa Bersih, Wangi & Selesa
‘The Kitchen is the heart of the home’.. Ruang dapur merupakan ‘hati’ bagi sesebuah kediaman. Penting bagi memastikan dapur sentiasa bersih, wangi dan selesa.
Boleh praktikkan 6 perkara asas yang dikongsikan ini.
5. Jangan Buat Silap EXTEND Dapur Begini!
Dalam keterujaan untuk meluaskan lagi ruang dapur, ramai sebenarnya yang buat silap begini tanpa memikirkan kesannya pada bilik dan tandas sedia ada.
Pereka Hiasan Dalaman @hidayah mahadzirr kongsikan sebabnya.
6. CARA Mop Lantai Dapur Melekit & Berminyak
Berbanding ruang lain di dalam rumah, lantai dapur merupakan bahagian yang sering melekit berminyak terutamanya selepas memasak.
Ada cara dan teknik mengemop lantai untuk dapur. Kena lebih teliti untuk membersihkan kotoran dan minyak tersebut supaya lantai akan kekal bersih untuk tempoh lama, malah bebas kuman dan bakteria.
7. Pros & Cons Sinki Warna Hitam vs Silver Stainless Steel
Sinki antara elemen penting di ruang dapur. Pilihlah sinki yang mudah diselenggara, tak perlukan penjagaan rapi, berkualiti malah tahan lasak untuk penggunaan jangka panjang.
8. 5 Ciri Terbaik Pilih Sinki Dapur
Memilih sinki yang betul, penting dalam sebarang pengubahsuaian atau renovasi di dapur. Ia bukan sekadar memilih sinki yang sesuai dengan konsep dapur, tetapi juga harus berfungsi dengan baik memenuhi keperluan harian dan mampu bertahan dalam jangka panjang.
9. 7 Benda Paling KOTOR Di Dapur!
Kawasan dapur merupakan antara bahagian yang selalu kita gunakan setiap hari. Jadi tak hairanlah ia mudah kotor dan menjadi tempat bakteria mudah singgah. Permukaan luaran bila dilihat dengan mata kasar mungkin nampak ‘bersih’, hakikatnya ini antara benda paling KOTOR di dapur dan perlu ambil tahu cara betul untuk membersihkannya.
10. Tip Penjagaan Dapur Kaca
Dapur kaca memang cantik dan nampak lebih estetik. Namun hati-hati jika menggunakan dapur kaca, kerana boleh pecah dan meletup. Ikut panduna ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini mungkin boleh berlaku.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Semoga kompilasi tip yang dikongsikan ini menjadi panduan di ruang dapur anda.
Nak Ruang Tamu Kemas Dan Rapi, 6 Barang Ni Tak Patut Ada. Ruang tamu seharusnya menjadi ruang yang paling aman dan selesa. Kerana diruang inilah anda akan melayan tetamu dan mungkin menjadi ruang santai juga. Namun, IMPIANA perhatikan ramai yang tidak hiraukan ruang tamu mereka bersepah dengan barang harian yang digunakan.
Kalau kemas pun, sekejap je. Untuk ambil gambar atau terpaksa kemas sebab ada tetamu nak datang, Betul tak? INI SEPATUTNYA TIDAK BERLAKU. Untuk pastikan ruang tamu anda sentiasa kemas dan rapi, 6 perkara ni tidak patut berlaku
1. TIMBUNAN BARANG.
Ruang tamu adalah ruang yang perlu sentiasa rapi. Sebab tu tak, elak letak barang yang tak sepatutnya seperti beg, mainan dan sebagainya. Sediakan satu ruang lain yang berfungsi sebagai drop off anda.
2. PERABOT YANG TERLALU BESAR
Penggunaan rekaan perabot dempak atau besar untuk dekorasi dah ketinggalan zaman. Tak kiralah rumah anda luas mana pun, pemilihan perabot gaya minimalis dan ringkas lebih praktikal.
Menurut pakar rekaan dalaman Assenberg, penggunaan tanaman atau bunga tiruan adalah sesuatu yang tidak patut. Ianya hanya menggalakkan habuk atau dibu lebih mudah diperangkap.
Sebaiknya, gunakan tanaman asli kerana ia lebih mempunyai fungsi membantu detoksifikasi udara di rumah secara tidak langsung. Tambahan, hidupan segar mengundang aura positif di dalam kediaman
4. TERLALU BANYAK KUSYEN ATAU BANTAL
Kusyen merupakan kemasan lembut yang memainkan peranan yang penting dalam apa juga gaya dekorasi. Tapi, jika jumlahnya terlalu banyak ia hanya akan menyebabkan dekorasi andak kelihatan terlalu padat walaupun telah disusun rapi. Cukuplah 3 biji untuk sofa 2 seater dan 6 biji bagi sofa yang lebih panjang
5. BEAN BEG
“Penggunaan bean beg di ruang tamu adalah sesuatu yang tidak bijak,” Amira Johnson. Pereka dalaman dari Emerald Doors
Bean beg sebenarnya memakan ruang yang banyak dan agak sukar untuk dipadankan dengan perabot yang lain. Sebaiknya gunakan perabot yang strukturnya kukuh di ruang tamu. Mankala bean beg hanya sesuai di bilik kanak-kanak
6. LANGSIR BERENDA DAN TEBAL
Seperti penggunaan perabot bersaiz besar, langsir dengan ropol yang sarat atau tebal pun pilihan yang sudah ketinggalan zaman. Tambahan, langsir yang tebal hanya akan menyekat sumber pencahayaan semula jadi dari memasuki ruang tamu. Secara tidak langsung, ia hanya akan menyebabkan ruang tamu anda kelihatan kusam
Nak beli langsir murah dan cantik, boleh ke kedai online. Klik je link yang diberikan ni https://invol.co/cl9gxju Nak Ruang Tamu Kemas Dan Rapi, 6 Barang Ni Tak Patut Ada
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Macam mana cara anda mencuci bra? humban terus ke dalam mesin basuh? Jika kaedah ini yang anda gunakan, beli bra mahal macam mana pun tak akan tahan. Perlu diingat, tidak ada satu pun bra yang direka sesuai untuk cucian menggunakan mesin basuh walaupun anda menggunakan jaring laundry tu.
Kalau nak bra tahan lama dan tidak mudah rosak, kaedah cucian tanagan adalah yang terbaik. tonton video yang disediakan untuk mengetahui teknik cucian, mengering dan menyimpan bra yang betul
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!