Siapa tak kenal Marie Kondo ni. Tip mengemas rumahnya memang banyak diguna pakai di seluruh dunia malah tidak terkecuali rakyat Malaysia.

Jujurlah, memang ramai dalam kalangan kita hanya tutup sebelah mata dari membuang barangan rumah begitu saja dengan alasan sayang, bukan?

Hasilnya, rumah makin bersepah dengan barangan yang tidak lagi diperlukan.

Hidup Lebih Teratur Bila Buang Barang Tak Guna, Ini TRIK Marie Kondo

Cara yang disyorkan pasti buatkan anda tidak menyesal meskipun anda terpaksa buang barangan yang mungkin sudah terlampau lama ‘diperam’.

Teknik tersebut dikongsikan oleh Nurul Adni Adnan menerusi Laman Facebooknya. Menurut beliau, Marie Kondo adalah satu rancangan popular di Jepun yang berkonsepkan mengemas kediaman orang lain.

IKLAN

“Mulakan Tahun BARU dengan Marie Kondo. Hanya simpan benda yang memberikan kegembiraan. Satu ketika, saya sempat tengok satu episod rancangan Marie Kondo tentang mengemas rumah.

Malah, bintang Netflix dengan siri Tidying Up With Marie yang terkenal dengan teknik mengemas dan mengatur KonMari ini mencipta fenomena dengan mengajak orang ramai merapikan dan mengorganisasikan ruang di dalam rumah melalui cara tersendiri.

Berikut dikongsikan lima tip untuk anda jadikan rujukan:

  1. Setiap barang yang dimiliki mempunyai ruang tersendiri
  • Asingkan mengikut kategori, susun barangan tersebut supaya kelihatan kemas.
  • Labelkan setiap kotak bagi memudahkan anda meletakkan barang mengikut kategori.

2. Buang kertas atau bil yang tak diperlukan.

IKLAN
  • Sementelah kini, kebanyakan kertas kerja boleh disimpan secara dalam talian.

3. Susun barang secara menegak

  • Cara ini membantu menjimatkan ruang dan membolehkan anda mencari barang-barang anda dengan lebih mudah.
  • Simpan pakaian mengikut saiz, kemeja-T misalnya, senang diambil dan tidak bersepah. Malah susunannya juga lebih teratur.

4. Hanya simpan pakaian yang membawa kegembiraan

  • Tanya kepada diri sendiri jika cara mengemas tersebut mendatangkan kegembiraan atau tidak.
  • Anda akan mengetahui jawapannya dengan segera.

5. Simpan wang kecil dalam dompet

  • Marie Kondo tidak mengerti mengapa ada yang menyimpan duit syiling dalam tabung atau laci tanpa menggunakannya.
  • Justeru, beliau menyarankan supaya menggunakan wang tersebut dengan cara menyimpannya dalam dompet. Itu lebih baik daripada membiarkannya tersimpan lama dalam laci.

Selamat mencuba tip yang dikongsikan oleh Marie Kondo ini.

IKLAN

Sumber: Facebook Nurul Adni Adnan, mariekondo https://www.chatelaine.com/home-decor/the-marie-kondo-decluttering-tips-we-swear-by/

Mesti Baca:Pintu Pagar ‘Standard’ Tampak Eksklusif Dengan Idea Ini, Bajet Pun Rendah!
Baca Lagi Di Sini:Trik Kilatkan Pagar Aluminium Yang Dah Nampak Kusam Hasilnya Kembali ‘Merelit’
Artikel Menarik:DIY Pagar Daripada Cement Board, Jimat Banyak Banding Upah Tukang

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI