Memiliki hartanah bukan perkara mudah silap percaturan memang boleh merugikan pemilik kediaman. Sementelah, bukan semua hartanah boleh menjadi aset, silap pertimbangan boleh menjadi liabiti yang membebankan pula.
Sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah sebagai tempat tinggal, pertimbangkan dahulu segala perkara dengan mendalam. Sebaiknya elakkan beli kediaman jenis ini.
Perkongsian daripada Ejen Hartanah Berdaftar, Syakir Zainolini boleh dijadikan panduan.
Sebelum beli 3 jenis hartanah ini, fikirlah dulu masak-masak, panjang-panjang, dan dalam-dalam sebelum buat keputusan muktamad.
1. Yang Pertama — Lot Banglo
Nak beli lot banglo ini semua orang boleh beli sekiranya mampu dan ada duit.
Tapi ramai yang semasa beli tu tak tahu pun yang sekiranya nak bina rumah di atas lot banglo sebenarnya memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
Nak dapatkan kelulusan ini pula melibatkan banyak pihak termasuklah arkitek, pelukis pelan, jurutera itu dan jurutera ini.
Yang masaknya tu, keseluruhan kos untuk dapatkan kelulusan ini boleh mencecah tak kurang RM20k ke RM30k bergantung kepada jenis dan saiz binaan.
Haa satu lagi, kalau nak apply financing untuk bina rumah pula, selalunya bank cuma akan bagi margin pinjaman antara 70-80% dengan tempoh bayaran balik cuma sepanjang 10-15 tahun sahaja ya — kena cekaulah duit sendiri nak tanggung lagi 20-30% harga rumah tu.
2. Hartanah Kedua — Rumah Teres/Semi-d 3 Tingkat
Dah ramai dah saya jumpa pemilik rumah yang beli rumah 3 tingkat berakhir dengan jual balik rumah yang mereka diami itu.
Punca? Dah tak larat nak berulang turun naik panjat tangga dan tak tahan mengemas rumah sampai 3 tingkat.
Ads
Masa nak beli memang rasa seronok — maklumlah rumah besar dan ada banyak bilik, view dari tingkat atas pun cantik. Tapi bila dah lama sikit timbullah rasa menyesal tu sebab sampai sakit-sakit lutut nak berulang dari tingkat ke tingkat nak-nak pulak bagi si isteri yang setiap hari kena kemas dan bersihkan rumah.
3. Hartanah Ketiga — Rumah Townhouse
Rumah townhouse ni sekarang sudah semakin popular di kawasan bandar-bandar besar.Ianya satu alternatif baik kepada yang tak mampu nak beli rumah teres 2 tingkat tapi masih teringin nak tinggal di atas tanah dan tak mau hartanah tergantung di awangan seperti apartment dan kondominium.
Tapi kalau nak beli rumah townhouse di kawasan bandar-bandar kecil, fikir panjang-panjang kalau ada kemungkinan nak dijual balik rumah tu pada masa akan datang.
Rata-ratanya di kawasan bandar kecil, rumah-rumah seperti teres setingkat lebih mendapat permintaan dan lebih digemari ramai.
Ads
Jadi sekiranya nak jual balik rumah tu, ianya taklah sesusah rumah townhouse yang masih belum jadi pilihan orang-orang di bandar-bandar kecil.
Jadi kesimpulannya, kalau ada perancangan nak memiliki salah-satu daripada 3 jenis hartanah yang saya nyatakan di atas ini, fikirlah betul-betul ya.
Bukanlah tak boleh, tapi sebelum beli fahami betul-betul apa impak yang akan kita tanggung pada masa depan.
Ads
Bukan senang nak patah balik kalau tersilap langkah.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan dan rujukan buat yang sedang mencari rumah impian. Fikir dahulu dengan teliti rumah yang ingin dibeli dan kesannya pada jangka panjang.
Nak beli rumah, ada ada dua pilihan untuk membuat pembiayaan di bank. Nak buat pinjaman peribadi “personal loan” atau pembiyaan hartanah. Namun, kedua-duanya mempunyai tempoh pinjaman dan % bunga yang berbeza. Kebiasaanya, kadar peratusan bunga untuk pembiayaan hartanah antara 3-4% manakala untuk pinjaman peribadi bawah dari 3%.
Nampak tak mana yang lebih untung? Nampak macam pinjaman peribadi lebih untungkan. Tapi sebenarnya tidak. Kenapa? Pakar hartanah dan kewanagan Razzaaq Ajaq ada jawapannya
“Saya nak beli rumah guna ‘Personal Loan’, boleh tak?”
“Kenapa?” balas saya walaupun saya dah boleh agak sebabnya.
“Errr sebab semalam saya tengok kadar personal loan bank xxx rendah, 2.7% je. Pinjaman rumah kan biasanya lebih dari 3%.”
Saya dah selalu dapat soalan ni. Selain dari pembiayaan hartanah untuk beli rumah. Memang ada juga yang pakai ‘personal loan’ untuk beli rumah.
Tak ramai yang bincang tentang benda ni tapi hakikatnya ramai yang gunakan kaedah ni.
Saya tak nak bincangkan yang mana baik atau tak. Yang gunakan pasti dah pertimbangkan semuanya.
Contoh kita ambil harga rumah RM200,000.
1. ‘PERSONAL LOAN’
Kadar Pinjaman : 2.55% (effective 4.70%)
Tempoh : 10 Tahun
Bulanan RM2091
Jumlah Kena Bayar : RM251, 000
2. PEMBIAYAAN HARTANAH
Kadar Pinjaman : 4%
Tempoh : 30 Tahun
Bulanan : RM955
Jumlah Kena Bayar : RM343, 738
Wow! ‘Personal Loan’ lagi jimat laa kan!
Tapi tempoh pinjaman tak sama. Rumah pun boleh pinjam tempoh pendek. 10 tahun pun boleh. Cuba kita ambil kiraan tempoh yang sama iaitu 10 tahun, baru perbandingan yang adil.
PEMBIAYAAN HARTANAH
Kadar Pinjaman : 4%
Tempoh : 10 Tahun
Bulanan : RM2024
Jumlah Kena Bayar : RM242, 988
Jumlah kena bayar, RM251K untuk personal loan, RM242K kalau guna pembiayaan rumah untuk tempoh 10 tahun.
Ha! Baru nampak yang guna pembiayaan hartanah lebih jimat dari ‘personal loan’. Tapi macam mana pun saya tetap tak galakkan beli rumah guna ‘personal loan’.
Kalau setakat pinjam sedikit untuk bayar deposit tu masih boleh terima lagi. Tapi pastikan ada strategi untuk exit jika tersalah perkiraan atau perancangan. Saya juga banyak kongsikan tips kewangan mudah di channel telegram. Nak belajar tips percuma? Tekan link ni t.me/razzaaqajaq
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi anda yang telah membuat pembiayaan pinjaman pembelian rumah bersama pihak bank khususnya, sudah pasti pernah mendengar dengan terma takaful pembiayaan rumah Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dan Mortgage Level Term Takaful (MLTT).
Tetapi bagi anda yang belum atau tidak mengetahui secara mendalam mengenai kedua-dua terma ini, secara ringkasnya ia merupakan satu pelan perlindungan pembiayaan pinjaman perumahan kepada para peminjam.
Melihat kedua-dua aspek terma takaful pembiayaan ini meski ia dilihat hampir sama namun ia masih mempunyai definisi yang berbeza. Jadi, tidak dinafikan ia mungkin telah menjadi persoalan di kalangan anda sejauh mana MRTT dan MLTT ini boleh melindungi pembiayaan pinjaman perumahan anda.
Dalam episod Tour Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan perkara tersebut di bawah program khas yang bertajuk ‘MRTT & MLTT Lindung Nilai Pembiayaan Perumahan‘ bersama para penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Puan Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Encik Haji Ismail Abdul Ghani, selaku Pengarah Pengguna Negeri Central 2, Bank Islam, Selangor 2.
Ketika sesi temu bual perbincangan tersebut dijalankan, Encik Haji Ismail menjelaskan terma insurans MRTT dan MLTT ini adalah merupakan salah satu pelan perlindungan yang disediakan oleh pihak bank kepada para peminjam hartanah khususnya.
“Untuk pengetahuan semua, MRTT atau MLTT adalah merupakan pelan yang menyediakan perlindungan kepada para pelanggan yang mengambil pembiayaan hartanah.
“Sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal, jadi MRTT dan MLTT ini yang akan bantu untuk menlangsaikan baki hutang peminjam tersebut.
“Tetapi, jika peminjam tersebut yang mungkin tidak mengambil pelan perlindungan MRTT atau MLTT ini, masalah yang akan berlaku adalah waris akan dibebani dengan pembayaran hutang pinjaman rumah tersebut,” katanya.
Maklumnya lagi, bebanan hutang yang ditinggalkan kepada waris ini akan menyebabkan satu bebanan dan tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh si waris.
Jika anda mahu mengetahui perbincangan selanjutnya mengenai terma insurans pembiayaan rumah MRTT dan MLTT, anda boleh menonton episod penuh dibawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA. .
Tidak dinafikan, apabila kita mahu memulakan langkah untuk melakukan pengubahsuaian kediaman khususnya, antara perkara penting yang sering menjadi keutamaan adalah bajet kos perbelanjaan yang diperlu dilaburkan.
Bukan sekadar itu sahaja, jumlah bajet kos perbelanjaan yang perlu dilaburkan bagi untuk melakukan pengubahsuaian rumah juga boleh menimbulkan kebimbangan serta perasaan yang hiba dalam diri bagi memiliki sebuah rumah idaman.
Apabila berbicara soal jumlah bajet kos perbelanjaan pengubahsuaian kediaman, mungkin ada juga segelintir di kalangan anda yang beranggapan dengan jumlah kos perbelanjaan bajet yang terhad hasrat untuk memiliki sebuah rumah idaman tidak akan berjaya dikecapi.
Namun tahukah anda, dengan kos perbelanjaan yang terhad anda sebenarnya mampu menghasilkan rekaan binaan sebuah rumah yang cantik bersama konsep yang anda ingin tampilkan pada kediaman anda.
Sebagai pemiliki kediaman, anda seharusnya perlu bijak berbelanja dan teliti dalam mengatur setiap langkah pengubahsuaian bagi kediaman anda. Kita mesti mahu sentiasa memberikan yang terbaik untuk rumah idaman kita, betul tak?
Seperti contoh perkongsian menerusi beberapa keping foto di atas, anda dapat lihat sebuah binaan rumah yang memiliki ciri-ciri rekaan yang menarik dan cantik meski dengan bajet kos perbelanjaan yang terhad.
Bagi anda yang mempunyai kos bajet perbelanjaan yang terhad bagi pengubahsuaian rumah, anda disarankan untuk menggunakan bahan-bahan binaan kos yang lebih murah sebagai pilihan. Selain anda juga digalakkan untuk bertukar daripada pengunaan jubin kepada kemasan simen licin untuk seluruh ruang permukaan lantai kediaman anda.
Apabila melihat hasil binaan rumah ini setelah siap sepenuhnya, sememangnya akan terzahir rasa kagum melihat keindahan kediaman yang sangat menakjubkan ini. Jadi, diharapkan perkongsian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan pemangkin semangat kepada anda semua.
Foto: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.