Bangun Pagi Pemilik Kediaman Terkejut Kapal Kargo Tersadai Depan Rumah. Jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Meskipun jarang sekali berlaku, ini antara risiko apabila membina rumah berhampiran pantai. Siapa sangka, kapal kargo yang besar ni boleh tersadai di laman rumah.
Kapal Kargo Besar Tersadai Depan Rumah
Seorang lelaki di Norway yang bangun awal pagi mendapati sebuah kapal kargo besar terkandas dalam jarak 1.6 kilometer dari rumahnya pagi semalam, lapor portal berita CBS News.
Kapal NCL Salten setinggi 135 meter belayar ke pantai hanya beberapa meter dari rumah Johan Helberg di fjord berhampiran, Trondheim, tengah Norway.
Jiran Hubungi Berulang Kali
Helberg hanya mengetahui tentang kapal itu apabila jirannya yang panik berulang kali menekan loceng pintunya. Jiran itu kemudian menghubunginya melalui telefon.
Ads
“Saya pergi ke tingkap dan terkejut melihat sebuah kapal besar,” kata Helberg kepada akhbar The Guardian.
Tiada seorang pun daripada 16 anak kapal cedera dalam kejadian itu. Punca kejadian sedang disiasat oleh polis Norway.
Ads
Kapal tersebut menyebabkan kerosakan pada paip pemanas di rumah Helberg, lapor saluran televisyen TV2, tetapi dia memberitahu kerosakan sebenar kemungkinan lebih teruk.
Dalam merancang untuk memiliki hartanah pertama atau seterusnya, antara persoalan utama yang sering timbul ialah pilihan antara rumah landed atau rumah high-rise (bertingkat seperti kondominium atau apartmen).
Kedua-duanya menawarkan kelebihan tersendiri bergantung kepada gaya hidup, keperluan serta kemampuan kewangan pembeli. Artikel ini akan membincangkan perbezaan utama antara kedua-dua jenis hartanah dan membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak.
Kelebihan:
Ruang yang lebih luas: Rumah landed biasanya menawarkan ruang dalaman dan luaran yang lebih besar, sesuai untuk keluarga besar.
Privasi lebih terjaga: Tiada dinding kongsi dengan jiran dan lebih fleksibel untuk melakukan pengubahsuaian.
Kenaikan nilai hartanah lebih stabil: Rumah landed lebih mudah dijual semula, terutama di kawasan yang pesat membangun.
Kekurangan:
Harga lebih tinggi: Terutamanya di kawasan bandar, harga rumah landed boleh menjadi sangat mahal.
Lokasi kurang strategik: Banyak rumah jenis ini dibangunkan di kawasan pinggir bandar.
Penyelenggaraan sendiri: Pemilik perlu menguruskan sendiri aspek keselamatan dan kebersihan jika tidak berada dalam komuniti berpagar.
Kelebihan:
Harga lebih mampu milik: Sesuai untuk golongan muda atau pembeli rumah pertama, khususnya di kawasan bandar.
Kemudahan lengkap: Kebanyakan kondominium menawarkan pelbagai fasiliti seperti kolam renang, gimnasium, dewan serbaguna dan kawalan keselamatan 24 jam.
Lokasi lebih strategik: Banyak projek high-rise dibina berhampiran pengangkutan awam, pusat beli-belah dan institusi pendidikan.
Kekurangan:
Ruang terhad: Unit high-rise selalunya lebih kecil dan kurang sesuai untuk keluarga besar.
Kurang privasi: Kemudahan dikongsi bersama penghuni lain dan bergantung kepada sistem pengurusan bangunan.
Kos penyelenggaraan tetap: Pemilik perlu membayar yuran penyelenggaraan bulanan dan sinking fund, yang boleh mencecah ratusan ringgit.
Gaya hidup dan saiz keluarga: Keluarga besar cenderung lebih sesuai dengan rumah landed, manakala individu bujang atau pasangan muda mungkin selesa dengan high-rise.
Lokasi tempat kerja dan akses: Pilih hartanah yang memudahkan perjalanan harian anda.
Tujuan pembelian: Untuk didiami sendiri atau pelaburan? High-rise lebih mudah disewakan, sementara landed menawarkan potensi jangka panjang lebih stabil.
Kemampuan kewangan: Ambil kira bukan sahaja harga rumah, tetapi juga kos penyelenggaraan, cukai, dan lain-lain komitmen.
Jadi sebenarnya, tiada jawapan mutlak bagi persoalan “mana lebih berbaloi” kerana keutamaan setiap pembeli adalah berbeza. Apa yang penting adalah membuat pertimbangan berdasarkan keperluan, lokasi, gaya hidup dan bajet peribadi. Sama ada rumah landed atau high-rise, kedua-duanya boleh menjadi pelaburan yang bijak jika dirancang dengan teliti.
Membeli rumah pertama adalah impian ramai, namun tanpa perancangan dan pengetahuan yang tepat, ia boleh bertukar menjadi beban kewangan yang berat. Berikut adalah enam kesilapan utama yang sering dilakukan oleh pembeli rumah dan cara untuk mengelakkannya:
Ramai pembeli teruja dengan rumah idaman tanpa menilai kemampuan kewangan sebenar. Mereka sering mengabaikan kos tambahan seperti cukai, insurans dan penyelenggaraan.
– Buat kiraaan tepat untuk menentukan had bajet.
– Pastikan komitmen bulanan tidak melebihi 30% daripada pendapatan bersih.
– Sediakan dana kecemasan untuk kos tidak dijangka.
Terpesona dengan reka bentuk atau lokasi boleh menyebabkan keputusan terburu-buru tanpa mempertimbangkan aspek penting lain.
Cara Elak:
– Buat senarai semak keperluan dan kehendak.
– Bandingkan beberapa pilihan sebelum membuat keputusan.
– Libatkan pihak ketiga untuk pandangan objektif.
Mengabaikan pemeriksaan boleh membawa kepada kos pembaikan yang tinggi selepas pembelian.
– Upah pemeriksa rumah bertauliah untuk menilai struktur, sistem elektrik dan paip.
-Periksa sejarah penyelenggaraan dan sebarang kerosakan tersembunyi.
Lokasi memainkan peranan penting dalam keselesaan dan nilai hartanah jangka panjang.
– Lawati kawasan pada waktu berbeza untuk menilai suasana.
– Semak kemudahan awam, kadar jenayah dan akses kepada pengangkutan.
– Berbual dengan jiran untuk mendapatkan pandangan mereka.
Kos seperti yuran guaman, duti setem dan insuran sering terlepas pandang.
– Senaraikan semua kos berkaitan pembelian rumah.
– Sediakan bajet tambahan untuk kos-kos ini.
– Dapatkan nasihat daripada ejen hartanah atau penasihat kewangan.
Membeli rumah tanpa mempertimbangkan perubahan masa depan boleh menyebabkan ketidakselesaan.
– Fikirkan tentang pertambahan ahli keluarga, perubahan pekerjaan atau keperluan ruang tambahan.
– Pilih rumah yang fleksibel untuk pengubahsuaian di masa hadapan.
Kesimpulan:
Membeli rumah adalah komitmen jangka panjang yang memerlukan perancangan teliti. Dengan mengelakkan kesilapan-kesilapan di atas, anda bukan sahaja melindungi pelaburan anda tetapi juga memastikan kehidupan yang lebih selesa dan tenang di rumah baru anda.
Isu bayaran fi ejen hartanah dari kedua-dua pihak iaitu penyewa dan tuan rumah semakin hangat diperkatakan dalam kalangan pemilik dan penyewa rumah sewa.
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan kebimbangannya mengenai harga deposit rumah di Johor Bahru kerana perlu membayar fi tambahan kepada ejen hartanah.
Malah wanita yang dikenali sebagai Dhiyana Syuhada turut menyoal adakah normal untuk ejen mengambil upah perkhidmatan profesional daripada dua pihak iaitu tuan rumah dan penyewa dalam satu transaksi.
Dalam hantaran yang dikongsikan oleh Dhiyana di Thread, dia berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama seorang individu dipercayai ejen hartanah yang menyenaraikan perkara yang perlu dibayar serta jumlah keseluruhan deposit sebelum memasuki rumah.
Sebaik menerima maklumat itu, Dhiyana kemudian bertanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘yuran profesional’, adakah ia cas perkhidmatan ejen.
Ejen itu kemudian menjawab betul. Tidak faham dengan perkara itu, Dhiyana lalu bertanya bukankah yuran perkhidmatan itu kebiasaannya dibayar oleh tuan rumah dan bukannya penyewa.
“Kerana ia praktis di JB (Johor Bahru) adalah begitu. Malah saya juga membayar yuran perkhidmatan ejen ketika menyewa apartment sebelum menjadi ejen hartanah. Saya percaya awak bukanlah orang tempatan (rakyat di JB) bukan?” jawab ejen berkenaan.
Malah dia juga mengatakan ketika ini ramai ejen tempatan di kawasan berkenaan yang mengambil yuran perkhidmatan daripada penyewa.
Dhiyanah lalu menyoal dia tidak memahami mengapa ejen tidak meminta yuran tersebut daripada tuan rumah kerana secara teknikalnya mereka dilantik oleh tuan rumah dan bukan penyewa.
“Ambil daripada tuan rumah juga. Ambil daripada kedua-dua pihak (tuan rumah dan penyewa),” balas ejen itu kepada persoalan Dhiyanah.
Apa Yang Perlu Tahu Tentang Bayaran Fi Profesional
Apa Itu Bayaran Fi Profesional? Bayaran fi profesional adalah caj yang dikenakan oleh ejen hartanah sebagai bayaran servis mereka dalam membantu urusan jual beli atau sewa rumah. Ia merangkumi tugas seperti pemasaran, rundingan, dan dokumentasi.
Siapa Perlu Bayar? Biasanya, fi ini dibayar oleh pemilik rumah (tuan rumah) sahaja. Namun, trend terbaru ada ejen yang minta bayaran daripada penyewa juga, terutamanya dalam kes penyewaan jangka panjang.
Berapa Besar Fi Biasanya? Fi standard ejen hartanah sekitar 1% hingga 3% daripada harga jualan atau sewaan tahunan. Untuk sewa, biasanya fi adalah setara satu bulan sewa.
Kenapa Fi Perlu Dibayar? Untuk menampung kos operasi ejen, memastikan mereka dapat buat kerja dengan profesional, dan bagi memastikan urusan jual beli atau sewa berjalan lancar tanpa masalah.
Apa Perlu Tahu Sebelum Setuju Bayar?
Pastikan ada perjanjian bertulis yang jelas tentang jumlah dan siapa yang perlu bayar.
Fahami servis apa yang ejen akan sediakan.
Jangan terima bayaran fi tanpa penjelasan yang jelas.
Tips Untuk Penyewa dan Tuan Rumah
Runding jumlah fi sebelum tandatangan kontrak.
Tahu hak dan tanggungjawab masing-masing.
Pilih ejen yang dipercayai dan berlesen.
IMPIANA : Isu bayaran fi ejen hartanah daripada penyewa dan tuan rumah adalah satu topik yang memerlukan keseimbangan dan komunikasi terbuka antara semua pihak supaya proses penyewaan rumah berjalan lancar tanpa membebankan mana-mana pihak.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!