Walau Selepas 2 Minggu, Sayur Dan Bahan Mentah Kekal Segar Dengan Petua Ini

Share

Mengekalkan kesegaran sayuran dan ikan yang dibeli adalah sesuatu yang agak mencabar. Adakalanya teknik yang sama telah digunakan sekejap menjadi dan sekejap tidak. Lebih-lebih dalam keadaan negara yang dilanda musibah ini, orang ramai digesa untuk kurangkan keluar dari rumah sekiranya tiada hal penting. Jadi sudah tentulah mak-mak risau kalau sayur yang dibeli tidak boleh tahan lama.

Namun, ada teknik yang dikongsikan oleh Maslina Misnan di dalam group masak mungkin belum atau jarang di praktikan. Cara ini boleh buat sayur dan bahan mentah kekal segar walaupun selepas dua minggu! Selamat mencuba semua.

CARA-CARANYA :

1.Rendam sayur di dalam air bersih selama 5-10 minit. Pastikan sayur di rendam sepenuhnya dalam air

2. Tambahkan garam di dalam air rendaman sayur untuk memastikan sisa kimia dapat dicuci sepenuhnya termasuklah serangga perosak. Sambil-sambil tu, bersihkan sayur

3. Tapis air dari sayur untuk tempoh 5 minit. Bagi sayuran yang jenis berkelopak terbalikkan untuk memastikan air dapat dikeringkan

4. Susun sayuran yang telah kering di dalam bekas kedap udara

5. Untuk makanan laut. Cuci bersih sotong seperti biasa. Buangkan, tulang serta dakwat sotong sehingga bersih

6. Letakkan satu sudu gula di dalam sotong dan gaul hingga sebati. Teknik ini membuatkan sotong sentiasa segar dan sebelum masak, cuci bersih. Gula tadi tidak akan menjejaskan rasa sotong malah ia tidak liat apabila dimasak

7. Bersihkan udang sama seperti yang dilakukan untuk sotong.

8. Siang ikan dan buang semua isi perutnya. Susun terus di dalam bekas simpanan tanpa perlu dibasuh

p/s : Kulit udang tadi jangan di buang. Boleh dijadikan stok udang untuk buat merebus dan lain-lain. Caranya adalah:

1. Rebus kulit udang dengan kuantiti air janji ia tenggelam sahaja. Tak perlu banyak sangat air

2. Biarkan sampai ia mendidih dan kulit udang jadi lembut

3. Tapiskan stock udang tadi dan dibiarkan sejuk

4. Bila dah sejuk boleh masukkan dalam bekas untuk disimpan

Ni Stock saya. Yang atas adalah air stock ayam, daging, udang dan pes sambal. Bila nak masak tinggal dipanaskan sahaja. di bahagian bawah adalah bahan mentah seperti daging, ikan, sotong dan pelbagai lagi

Ini stock sayur yang telah di simpan 2 minggu. Masih segar.

kredit  : Puan Maslina Misnan

IKLAN