(VIDEO) Bina Menara Petunia Dari Wayar Pagar

Share

Memiliki menara bunga menghiasi laman memang sesuatu yang amat menarik. Kalau kita pergi pesta-pesta bunga seperti Floria Putrajaya, pesta pertanian dan sebagainya, elemen ini antara sesuatu yang wajib ada dan sentiasa menjadi perhatian.

Mesti ada antara kita yang mengidam kan? Tapi nampak macam memerlukan kepakaran dan sistem yang mahal. Sebenarnya tidak. Untuk anda hasilkan sebuah menara bunga untuk kediaman anda, tak perlu lah saiz yang besar dan tidak menggunakan sistem mahal. Kecil sudah memadai untuk memudahkan pengurusan.

Nak cuba buat? ikuti langkah-lagkah yang telah di sediakan oleh Home depot.

Bahan-bahan: 

– wayar pagar galvanized  berketinggian 4 kaki dengan bukaan 2 x 4 inci (tak mudah karat. kalau tak ada, guna yang biasa warna hijau tu pun boleh)
– Pemotong dawai
– Cable ties
– Garden spade
– Landscape fabric (Kalau gunakan plastik hitam tutup batas tu pon boleh) 
– 
Gunting
– 13 1/2 inci lebar pasu
– Pisau pemotong
– Sarung tangan

Cara-cara: 

1. Ukur dan potong wayar pagar mengikut ukuran yang bersesuaian untuk di jadikan struktur utama menara bunga.

2. Kukuhkan menara dengan menggunakan  cable ties pada bahagian yang bercantum dan potong lebihan nya.

3. Posisikan menara yang telah siap di ikat tadi di dalam pasu

3. Ukur keperluan landscape fabric pada menara dan potong

4. Masukkan landscape fabric tadi ke dalam menara dan kemas kan hujungnya. 

5. Untuk elak landscape fabric dari berganjak, tebuk kan sedikit lubang untuk ikat plastik dengan menggunakan cable ties 

6. Masukkan medium tanaman ke dalam menara sebanyak satu kaki dan siram. lakukan perkara yang sama berulang kali sehingga medium penuh

7. Masukkan medium di bahagian pasu pula dan tekan kan sehingga ia padat dan menara tidak bergoyang 

8. Potong ‘+’ pada permukaan landscape fabric secara berselang sebagai ruang tanaman 

9. Letakkan tanaman pada ruang yang telah di tebuk tadi 

10. Jangan lupa, tanam juga pada puncak menara 

11. Siram keseluruhan menara bunga. 

INILAH HASILNYA 

Sumber: The Home Depot 

IKLAN