Transformasi Menakjubkan Rumah Teres Di Kuching Ini Pasti Buat Anda Kagum!

Share

Kediaman impian bagi setiap individu adalah berbeza mengikut citarasa dan keperluan masing-masing. Disamping menjadi tempat tinggal, sesebuah kediaman juga dapat melambangkan personaliti dan gaya hidup individu atau keluarga.

Kediaman teres yang terletak di Jalan Bukit Bayor, Kuching ini dimiliki oleh pasangan lanjut usia yang telah tinggal di sana sejak dari pertama kali mereka membeli rumah tersebut lagi. Susun atur diruang tingkat bawah telah diubah suai sesuai untuk kediaman yang ingin tampil lebih luas dan terbuka. Ruang ini juga dilengkapi dengan halaman terbuka  sebagai sebahagian dari susun atur bagi membawa pencahayaan semula jadi ke dalam bahagian rumah.

Sementara itu, susun atur tingkat atas dikekalkan dengan satu bilik tidur kecil dan balkoni untuk tanaman pasu. Oleh kerana bahagian depan rumah menghadap ke arah barat, penggunaan besi aluminium yang disusun menegak adalah pilihan yang bijak bagi menapis cahaya terik matahari desebelah petang. Selain itu, elemen ini juga dilihat sebagai salah satu alat untuk menjaga privasi penghuni di bilik tidur.

RUANG TAMU

RUANG MAKAN

DAPUR

HALAMAN TERBUKA

HALAMAN BELAKANG

BESI ALUMINIUM UNTUK PRIVASI BILIK TIDUR

 

SUMBER/ KREDIT

 

IKLAN