Ramai yang tanam pokok kunyit di rumah sebab mudah nak guna untuk masakan, dari isi sampai ke daunnya. Tapi tak semua berjaya dapat pokok yang subur. Ada yang merungut pokok kunyit naik ‘kurus melidi’, daun kuning, dan tak menjadi.

Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan pokok kunyit sihat dan ‘gemuk-gemuk’, seperti yang dikongsi oleh seorang netizen dalam grup Facebook Berkebun Tepi Rumah.. Tanpa guna baja mahal pun, pokoknya subur dengan daun lebar sampai boleh dibuat kipas!

“Pokok ini tanam guna tanah biasa saja, tak beli baja apapun tapi pokoknya gemuk-gemuk, daunnya oleh dibuat kipas.”

Tip Tanam Pokok Kunyit Supaya Daunnya Subur Lebar

Ads

Tip tanam pokok kunyit supaya daun subur

1. Guna baja organik sisa sayur dan rumput meliar yang dicabut. Letak pada keliling pokok. Fungsinya untuk pastikan tanah sentiasa sejuk, sambil jadi baja organik bila ia reput.

2. Siram pokok kunyit dengan air yang cukup. Tumbuhan daun memang perlukan air banyak sebab tak boleh menyimpan stok air. Adanya sisa tanaman yang diletakkan pada pangkal pokok juga bantu lembapkan tanah.

Ads

3. Pokok yang kurang air akan menyebabkan daunnya jadi kuning.

4. Boleh guna siram dengan air basuhan beras, petua ini memang berkesan untuk suburkan pokok kunyit.

Ads

5. Jika daun pokok kunyit dimakan ulat, amalkan ‘mengasap’ pokok pada waktu petang (jam 6.30 ke atas). Ini kerana pada waktu inilah ulat selalu datang. Boleh bakar sarang telur dan letak baranya di bawah pokok/dekat pokok, InsyaAllah tiada ulat atau bena menyerang.

Sumber: Berkebun Tepi Rumah

Mesti Baca: Subur Tanaman KUNYIT Kebun Tepi Rumah, 5 Bulan Tanam Tuai Hasil 17kg!
Baca Lagi Di Sini: Hasil 6 Bulan Tanam KUNYIT Dalam Tayar, Bersusun Isi Puas Hati Berbaloi!
Artikel Menarik: Tanam Kunyit Macam Ni Bawah Teduhan, Daun Jadi Lebar Dan Tak Kuning

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI