Tanam kubis memang berbaloi, bukan saja boleh dimakan tapi juga pokok sayur ini ibarat penyeri laman. Terutama lagi jika pokok kubis sudah besar.

Cara penanamannya juga tidak rumit, bagi yang berminat untuk cuba menanam sayur ini boleh ikut langkah-langkah menanam kubis dalam pasu oleh Hariza Amrry.

Tanam Kubis Bukan Saja Untuk Makan Tapi Penyeri Laman
Foto Facebook Nor Allia Zahra via Berkebun D Rumah

 

Cara tanam kubis dalam pasu

Langkah 1

Dapatkan anak benih–Beli di nurseri atau secara online.

Langkah 2

Cambahkan biji benih– Untuk mula mencambahkan biji benih, sediakan satu dulang atau apa-apa bekas sesuai dan letakkan tanah. Masukkan biji benih dan tekan sedalam 1/2 inci. Tapi kalau tabur je pun insyaallah boleh hidup. Letak tempat teduh sikit tapi masih dapat cahaya matahari.

Ads

Tanam Kubis Bukan Saja Untuk Makan Tapi Penyeri Laman

 

Langkah 3

Penyediaan tanah- Gunakan tanah yang kaya dengan kandungan nutrien organik. Tekstur tanah harus dalam keadaan yang polos dan tidak padat. Anda juga boleh menggunakan media campuran dengan nisbah 2:1:1 iaitu 2 bahagian tanah lom, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Gaul media tersebut dan selesai.

Langkah 4

Pindahkan anak semaian-Biarkan biji benih bercambah sekurang-kurangnya 2 – 3 helai daun pucuk (dalam 2 minggu) barulah anda pindahkan ke pasu atau bekas yang lebih besar dan sesuai mengandungi tanah yang disediakan di atas.

Ads
Tanam Kubis Bukan Saja Untuk Makan Tapi Penyeri Laman
Foto Facebook Nor Allia Zahra via Berkebun D Rumah

Langkah 5

Menanam- Jangan dedahkan pada matahari secara langsung selama 1 minggu dan siram secukupnya. Lepas seminggu baru slow-slow dedahkan pada cahaya matahari.

Langkah 6

Menyiram- Jangan siram sehingga air bertakung dalam pasu/bekas. Cukup dengan membiarkan tanahnya lembap.

Tanam Kubis Bukan Saja Untuk Makan Tapi Penyeri Laman

Ads

 

Langkah 7

Pembajaan- Elok gunakan baja kompos. Saya beri 2 minggu ke sebulan sekali. Anda juga boleh menaburkan serbuk telur ayam yang diblender dan kulit pisang yang dipotong kecil-kecil. Anda juga boleh menyiramnya dengan serum EM1, baja cecair ikan dan kompos teh secara berselang seli

Langkah 8

Penuaian-Tanaman kobis boleh dituai 3 bulan setengah atau lebih selepas ditabur. Bulu-bulu halus juga sudah hilang. Potong pada pangkalnya.

Tanam Kubis Bukan Saja Untuk Makan Tapi Penyeri Laman

Sumber: Hariza Amrry Foto: Nur Allia Zahra

Mesti Baca: Atasi Serangga Perosak Dengan BAWANG PUTIH, Elak Pokok Sayur Dimakan Ulat

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI