
Pokok Siti Zubaidah atau nama sainstifiknya Hydrangea kalau ditanam di halaman rumah memang berseri, terutama bila bunganya sedang mekar. Disebabkan itulah ia punya ramai peminat dan ramai juga yang menanamnya di rumah.
Pokok yang merimbun ini memang mudah berbunga dan ia akan kembang mekar selama tiga bulan. Dari situ jugalah pokok bunga ini turut dipanggil pokok kembang 3 bulan.
Namun, dalam kecantikan itu sebenarnya ada bahaya yang tersembunyi. Bagi yang ada menanam pokok bunga ini di rumah harus berhati-hati. Ini kerana menurut Pusat Racun Negara pokok bunga yang cantik ini mengandungi sejenis racun.
Bahaya getah pokok Siti Zubaidah
Perlu diketahui bahawa bahagian tumbuhan pokok bunga siti Zubaidah terutama cecair atau getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.
Bahan kimia ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, lemah otot, sawan, koma dan kematian bergantung kepada kuantiti yang terdedah.
Jadi perlu berhati-hati jika mengendalikannya. Ia perlu dijauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan. Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.
Elak tanam pokok Oleander juga
Selain pokok Siti Zubaidah, satu lagi pokok bunga sering dijadikan sebagai tumbuhan hiasan di halaman rumah tapi berbahaya adalah Oleander.
Beberapa jenis racun ‘cardiac glycoside’ terdapat di dalam tumbuhan ini mengikut jenis pokok. Bahagian beracun adalah pada keseluruhan pokok.
‘Cardiac glycoside’ merupakan bahan yang boleh memberikan kesan kesihatan yang teruk terhadap fungsi JANTUNG. Jika termakan, ia boleh mengakibatkan dengupan jantung yang lemah dan tidak sekata, tekanan darah meningkat, dan jantung boleh berhenti secara tiba-tiba. Kesan lain termasuklah loya, muntah, cirit-birit, lemah tubuh badan dan berpeluh-peluh.
Sumber: Pusat Racun Negara
Mesti Baca: Cara Pastikan POKOK BUNGA KERTAS Hidup Subur & Lebat Berbunga!
Baca Lagi: Petik, Kerat Pokok Bunga Tepi Jalan & Tanam Di Rumah. Hukumnya HARAM!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI