Pokok bunga turnera selalu dilihat ditanam sekitar kebun, sawah padi malah di sekitar ladang kelapa sawit juga.

Tujuannya bukanlah sekadar untuk hiasa tapi ramai yang tak tahu pokok bunga Turnera ini berguna sebagai kawalan secara biologi untuk elak serangan perosak termasuklah khinzir.

Kaedah penanaman pokok bunga turnera atau pokok bunga pukul 10 ini juga boleh kita guna untuk melindungi tanaman yang kita usahakan sekitar rumah dari haiwan perosak. Berikut adalah kelebihan pokok bunga ini yang boleh kita guna.

Kawalan biologi elak serangan perosak termasuk babi

Pokok bunga Pukul 10 atau Turnera Subulata (bunga putih) biasanya ditanam di ladang kelapa sawit. Kalau perasan ada di sekeliling ladang kelapa sawit berhampiran pagar.

Pokok Bunga Turnera, Bukan Sekadar Penyeri Laman Tapi Boleh Hindari Haiwan Perosak

 

Ads

Bagi tanaman kelapa sawit bunga Turnera dan Air Mata Pengangin ditanam bertujuan untuk mengawal serangan perosak ulat bungkus yang menyerang tanaman kelapa sawit.

Bunga Turnera juga sesuai ditanam di kawasan tanaman  seperti pisang, kelapa, ubi dan sebagainya.

Bunganya akan mula kembang pada pukul 10 pagi dan kuncup pada waktu petang. Itu sebabnya dipanggil pokok bunga Pukul 10.

 

Ads

Tanam pokok bunga turnera keliling kebun sebagai ‘pagar’

Bunga ini mengeluarkan bau yang tidak disukai babi/khinzir. Ia boleh tanam di sekeliling kawasan tanaman atau kebun untuk dijadikan sebagai ‘pagar’ bagi mengelak serangan perosak.

Kita sedia maklum babi aktif lewat petang dan malam. Aroma bunga ini bila malam semakin kuat. Bau ini mengganggu deria bau babi.

Pokok Bunga Turnera, Bukan Sekadar Penyeri Laman Tapi Boleh Hindari Haiwan Perosak

Kawal serangga perosak padi

Selain warna putih pokok ini juga ada yang mengeluarkan bunga kuning. Bunga berwarna kuning nama spesisnya Turnera umnifolia dan Turnera diffusa.

Ads

 

Pokok bunga ini banyak ditanam di kawasan sawah padi juga untuk mengawal serangga perosak. Pokok bunga ini mengeluarkan nektar yang menjadi makanan kepada serangga.

Bila ditanam di tepi sawah serangga ‘sahabat’ padi akan datang, dalam masa yang sama menjadi pemangsa atau memakan serangga jahat atau perosak semasa bersaing mendapatkan sumber makanan. Ia sekali gus mengawal serangan serangga jahat ini dari merosakkan padi.

Kaedah penanaman pokok bunga Turnera ini juga mudah, boleh dibuat melalui keratan batang. Bagi yang berhajat menanamnya, anak pokok ini boleh saja dibeli dalam talian.

Sumber: Keluarga.my, Pen. Pegawai Pertanian Semenanjung Malaysia – Cawangan Wilayah,  Norfarhana Norazami

Mesti Baca: Pokok Siti Zubaidah Cantik Tapi Getahnya Bahaya, Hati Hati Tanam Di Laman
Baca Lagi Di Sini: Elak Terkena Getah Pokok Bunga Oleander, Ia Boleh Menyebabkan Gangguan Fungsi Jantung
Artikel Menarik: Cantik Namun Beracun, Anda Perlu Elak Dari Memetik 5 Jenis Bunga Ini.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI