Pesanan buat pemilik kediaman yang berhasrat untuk menambah ruang kediaman lebih besar daripada keadaan asal, sebaiknya hadam dulu saranan Penulis Buku Hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad (PhD) ini. Bukan apa, ramai sebenarnya yang tanpa sedar telah membuat binaan terlebih dari sempadan tanah miliknya.
Tindakan sebegini bukan saja mengundang dosa dan menzalimi jiran, malah boleh menyebabkan hal-hal lain yang melibatkan perundangan. Hadamkan baik-baik pesanan ini, agar pemilik kediaman sama-sama ambil ikhtibar.
Balik ambil anak tuisyen saya jumpa rumah begini.
Setiap rumah ada sempadan tanah.
Bagi rumah teres biasa ukuran standard adalah antara 20 x 70, 18 x 65 atau 24 x 55 . Jika kediaman kita beli adalah 18 x 65 jangan pandai pandai lebihkan sampai tanah bukan kita punya.
Ads
Ianya berdosa.
Seperkara lagi, pertimbangkan perasaan jiran ini, sudahlah tambah dinding. Kemudiannya tidak plaster pula. Makin buruk rupanya.
Itu puncanya,
Ads
1. Orang beli kediaman dipersekitaran mahal untuk dapat mentaliti yang mahal. 2. Jangan tambah kediaman ikut suka selera kita. 3. Ia satu kesalahan majlis kerajaan tempatan. Saman boleh dikeluarkan. 4. Kereta anak bila datang, parking atas jalan. 5. Longkang telah ditutup dan menyusahkan seluruh proses selengara majlis.
Di sesetengan taman, ia seperti satu perlumbaan. Jangan lakukan sikap seperti ini, ia bukan menjadikan kita kelihatan kaya.Ia nampakkan kita tidak beretika sahaja.
Sebaiknya, jika ada duit lebih, jangan tambah rumah. Beli rumah lain di kawasan baru.Kita ada kejiranan baru yang lebih berkualiti.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat pemilik kediaman, jangan sesekali lebih tanah sempadan yang bukan hak kita. Sebelum ingin ubahsuai rumah, pertimbang dahulu segala aspek dan ambil kira perasaan jiran juga.
Pintu bilik bukan sahaja berfungsi sebagai penghalang antara bilik-bilik tetapi juga memainkan peranan penting dalam reka bentuk dalaman dan keselamatan.
Jika ingin menukar tombol pintu yang telah rosak, mungkin anda boleh memastikan keselesaan dan kemudahan dalam sesebuah kediaman atau bangunan.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang.
InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa, ibubapa kita pun akan selesa.
Semoga bermanfaat!
Semoga perkongsiaan ini bermaanfat. Jadi jika nak tukar pintu bilik atau rumah, pastikaan pilih tuil jenis Pemegang (Handle) berbanding tombol (Knob). Barulah ia mesra golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Sebenarnya ruangan pejabat juga salah satu tempat yang akan naikkan seri rumah kalau pandai hias.
Dalam era kerja dari rumah yang semakin popular, mempunyai sebuah ruang pejabat yang kondusif di rumah menjadi keperluan bagi banyak individu. Berikut adalah panduan asas untuk mencipta ruang pejabat di rumah yang bukan sahaja fungsional tetapi juga menggalakkan produktiviti dan keselesaan.
Pemilihan lokasi adalah langkah pertama dan paling penting dalam mencipta ruang pejabat di rumah. Pilih lokasi yang jauh dari kebisingan dan gangguan rumah tangga. Ruang yang menghadap ke taman atau dengan pemandangan yang menenangkan boleh membantu menambah fokus dan mengurangkan stres.
Warna memainkan peranan penting dalam menentukan suasana ruang kerja. Warna seperti biru lembut dan hijau pucat dikenali dapat menenangkan minda dan meningkatkan tumpuan. Elakkan warna yang terlalu terang atau gelap yang boleh menyebabkan keletihan mata.
Pilih meja dan kerusi yang ergonomik untuk keselesaan maksimum, terutamanya jika anda menghabiskan banyak waktu di ruang pejabat. Meja harus mempunyai ruang yang cukup untuk komputer, dokumen, dan peralatan pejabat lainnya. Kerusi harus menyokong baik untuk belakang dan boleh laras ketinggian.
Pencahayaan yang baik adalah kritikal untuk mengelakkan keletihan mata dan menjaga tahap tenaga anda. Jika mungkin, susun meja kerja anda dekat dengan sumber cahaya semula jadi. Tambahan lampu meja atau lampu berdiri juga penting untuk memastikan pencahayaan yang cukup pada waktu malam atau dalam keadaan kurang cahaya.
Ruang pejabat yang teratur akan membantu memudahkan akses kepada dokumen dan peralatan pejabat yang diperlukan. Gunakan rak, kabinet, dan penyusun dokumen untuk memastikan segala sesuatu di tempatnya dan mudah diakses.
Menambah sentuhan peribadi seperti foto keluarga, tumbuhan, atau koleksi buku kegemaran boleh membuat ruang kerja lebih menarik dan menyenangkan. Ini tidak hanya mempercantik ruangan, tetapi juga membuat anda merasa lebih selesa dan santai.
Jika mungkin, pisahkan ruang pejabat dari kawasan lain di rumah anda untuk mengelakkan gangguan. Ini membantu menetapkan sempadan yang jelas antara ‘waktu kerja’ dan ‘waktu rumah’, yang penting untuk keseimbangan kerja-hidup.
Mencipta ruang pejabat di rumah yang efektif memerlukan perancangan dan pertimbangan. Dengan mengikuti panduan ini, anda boleh mengatur ruang yang bukan hanya fungsional tetapi juga menyokong keperluan kerja dan kesejahteraan anda secara keseluruhan.
Atau ikut idea Puan Hani Mynis ini, yang penting fokus barang yang perlu sahaja.
Welcome to my favorite month of the year! Hani suka awal bulan sebab masa nilah hani buat kebanyakan planning hani, seperti planning menu bulanan, projek kemas rumah, buat belanjawan bulanan, senaraikan to-do dan appointment setiap bulan. So this is where all the “magic” happens.
Ini beberapa cadangan untuk mengadakan home office di rumah.
Pilih tempat atau ruang yang dekat dengan cahaya matahari seperti tingkap sebolehnya.
Ada pengudaraan yang bagus. Warna dinding yang menenangkan. Ada meja paling asas pun tak apa. Tak perlu mahal-mahal.
Kerusi yang selesa. Selesa itu bergantung kepada individu.
Ada ruang penstoran yang bagus. Maksudnya ada almari/laci/rak/para.
Akhir sekali, personalised ruang tersebut dengan dekor yang melambangkan diri kita.
Sebab kita nak duduk buat kerja disitu, so kena pastikan kita gembira dengan ruangan tersebut. Kita tak nak rasa boringnya ruang tersebut sampai kita sendiri tak terinspirasi untuk buat kerja disitu.
Sebagai panduan, ini senarai semak barang yang “wajib” ada di pejabat rumah sebagai rujukan.
Jam (tak kisah lah jam meja atau jam dinding)
Inspiration board (ini kedua penting paling ada), letakkan kata-kata motivasi atau gambar “big why” kita.
White board/dry erase board
Pokok hijau (sama ada pokok hidup atau artificial, pokok hidup lagi ok)
Lampu meja
Kalendar (hani suka kalendar “kuda” haha, tapi yang hani punya ni takde ada kuda ada masa solat , even better!)
Set asas alat tulis. Diletakkan paling mudah dicapai.
Kalkulator
Sistem inbox @ outbox untuk uruskan kertas “keluar masuk”
Segala planner (termasuk planner 2019, home dan business binder)
Sistem perfailan sistematik
Elektronik tambahan : laptop@komputer, printer, laminator, dll
Personalised decor items.
Boleh tengok gambar untuk idea penstoran dalam home office hani. Macam biasa kebanyakan barang penstoran datangnya dari Eco.
Rumah pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee dilapor telah dipecah masuk sewaktu beliau keluar menyertai latihan bersama pasukannya.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh pemain tersebut melalui beberapa hantaran di IG Story hari ini. Dalam hantaran tersebut, beliau turut memuat naik beberapa keping gambar dipercayai keadaan rumahnya selepas kejadian tersebut berlaku, pada 22 Mei.
Menurut Khuzaimi, apabila tiba di rumahnya selepas pulang daripada menjalani latihan, beliau mendapati pintu pagar depan dan belakang rumah telah terbuka.
Hasil pemerikansaan yang dibuat, pemain tersebut mendakwa kehilangan beberapa barang berharga. Difahamkan, barangan peribadi yang didakwa hilang termasuklah sebuah motosikal, beg silang pelbagai jenama dan juga pasport.
Rentetan itu, sebagai langkah berjaga-jaga, berikut merupakan 13 tip mudah yang dikongsi oleh Zam Hartanah untuk memastikan keselamatan kediaman anda.
1. Pastikan semua laluan akses seperti tingkap di pasang jeriji. Persiapkan lapisan perlindungan pertama.
2. Pasang kunci tambahan bagi setiap pintu, supaya perompak mengambil masa untuk pecah masuk.
3. Boleh beli sensor anti-thief jenis bunyi siren di kedai, harganya murah. Boleh pasang dekat setiap pintu atau tingkap yang boleh dibuka. Ia bertujuan untuk mewujudkan situasi panik kepada perompak yang mahu memecah masuk dan menyedarkan kita yang sedang tidur lena.
4. Pasanglah kamera litar tertutup (CCTV) kalau ada bajet lebih. CCTV teknologi sekarang sudah dilengkapi dengan motion sensor bertujuan mengesan pergerakan pada waktu yang kita tetapkan contohnya pukul 12 malam sehingga 6 pagi. Bila ada pergerakan, akan ada signal atau bunyi.
5. Buka lampu bahagian luar seperti depan pintu dan bahagian belakang pintu.
6. Pastikan pagar rumah ditutup dan berkunci. Semuanya bertujuan untuk menyusahkan dan melambatkan perompak.
7. Bagi rumah yang bercermin, letakkan tinted supaya perompak tak nampak bahagian dalam rumah.
8. Sila kunci pintu bilik tidur masing-masing.
9. Simpan peralatan atau senjata seperti kayu golf, hoki, dan lain-lain sebagai alat mempertahankan diri.
10. Bila terdengar bunyi mencurigakan atau bunyi siren terus hubungi 999. Dapatkan bantuan polis atau guard bagi kawasan gated area.
11. Boleh juga pasang lampu limpah LED jenis motion sensor pintu depan dan belakang pagar. Ia berfungsi pada waktu malam, bila ada pergerakan lampu limpah LED Ini akan suluh secara mengejut dan terang ke arah perompak. Secara tak langsung mereka terkejut dan akan lari.
12. Bertegur sapa dengan jiran, supaya kita dan jiran-jiran pun ambil tahu antara satu sama lain.
13. Bahagian siling jangan lupa dipasang jeriji juga.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.