Nak hias rumah dengan pokok? Itu memang idea yang hebat! Tapi, kena hati-hati sikit sebab ada beberapa jenis pokok yang tidak sesuai diletakkan di dalam rumah.
Contohnya, pokok beracun, pokok berduri atau yang menarik perhatian serangga. Nanti kita juga yang tidak selesa.
Ads
Kalau nak tahu lebih lanjut, jom kita semak senarai di bawah ini:-
Ads
Ads
Pokok Beracun: Contohnya pokok Dieffenbachia (Dumb Cane), Philodendron dan Pothos yang boleh menyebabkan keracunan jika dimakan oleh kanak-kanak atau haiwan peliharaan.
Pokok Berduri: Kaktus besar atau pokok berduri lain yang boleh mencederakan jika tersentuh secara tidak sengaja.
Pokok yang Memerlukan Cahaya Matahari Secara Langsung: Pokok bunga raya atau kebanyakan pokok buah yang memerlukan cahaya matahari yang maksima untuk tumbuh dengan baik dan mungkin sukar untuk dijaga di dalam rumah.
Pokok yang Menarik Perhatian Serangga: Pokok yang menghasilkan nektar atau buah yang menarik serangga seperti semut dan lalat yang boleh menjadi gangguan di dalam rumah.
Pokok yang Menyebabkan Alergi: Contohnya, pokok yang menghasilkan debunga banyak yang boleh menyebabkan alahan kepada sesetengah orang.
Menjaga pokok yang sesuai dengan persekitaran dalam rumah adalah penting untuk memastikan ia tumbuh dengan sihat dan tidak menimbulkan masalah kepada penghuni rumah.
Berseri Pintu Rumah, Nampak Mahal Guna Fluted Wall & Kemasan Cat Matte Finished. Pintu lama di rumah tak semestinya perlu tukar baru, hanya tambahkan fluted wall dan cat matte finished boleh merubah wajah dan menaikkan seri pintu kediaman. Malah kosnya pun lebih murah dan tak semahal nak beli pintu baru.
Sis makeover pintu lama jadi baru dan nampak macam mahal. Cukuplah di mata sis nampak mahal , tapi pembuatan dia murah tak mahal mana kosnya. Tak sampai RM500. Dari nak tukar pintu baru membazir je.
Progress. Dinding sis cat dulu warna kegemaran sis kelabu gelap.
Sis beli fluted wall hitam 6 keping dah cukup. Tengok besar mana pintu tu. Sebelum hubby pergi keje sis suruh dia potongkan fluted panel guna grinder mengikut tandaan yang sis dah buat. Sis tak berani guna grinder. Kalau takde grinder. Pakai gaji besi pun boleh.
Fluted wall hitam 6 keping sis perlukan. 1 keping berukuran 150mm lebar dan panjang 2900mm. Kiraan berapa keping diperlukan bergantung design, ukuran lebar dan tinggi anda perlukan.
Lepas tu masa nak gam. Kita guna Xbond Adhersive, sis lekat 3M double side tapeskali bagi dia hold kemas masa nak lekat tak lari-lari kemana-mana. So hasil dia kemas dan tak berganjak dari lokasi yang ditetapkan sementara nak tunggu adhersive tu kering dan kuat.
Dah siap.Architrave frame pintu sis dah tempah kat tukang kayu. Tinggal nak pasang frame bg kemas dan pintu nampak lebih besar. Dah 2 minggu tak siap-siap..sis tak sabar. Sis cat dulu keliling tu macam frame..macam ok jugak.
Ni lah hasilnya bila kita bukak pintu. Sekarang sis asyik-asyik nak bukak pintu. Macam tak caya buat sendiri yang selama ni dok idam-idamkan sangat pintu lagu ni. Hari-hari lap pintu. Sayang.
Zoom dekat sikit. Tengok kemasan. Oklah ni untuk sis.
Di cat bahagian dalam. Takde fluted. Sebab ada soft door closer. Kacau.
Sekian perkongsian hari ni kawan-kawan.
Begitulah sedikit perkongsian dari sis harini. Mencantikkan pintu kediaman. Nampak mahal tapi jimat. Mahal di mata sis. Mata orang lain belum tentu. Mahalnya sebab kita buat sendiri.
IMPIANA: Menarik hasil makeover pintu ni guna ‘fluted wall’ dengan kemasan cat hitam matte finish . Naik seri pintu rumah, kos pun jimat tak sampai RM500. Boleh dijadikan inspirasi buat pemilik kediaman yang lain.
Situasi kepala gas berbunyi dan berbau selalu terjadi bila tukar tong gas baru. Memang panik dibuatnya! Lebih-lebih lagi bila hanya berseorangan di rumah, tiada bantuan suami yang boleh diminta tolong.Dalam keadaan ini sebenarnya mak-mak tak perlu panik. Apatah lagi takut nak ‘sentuh’ tong gas, risau meletup, terbakar dan sebagainya.
Ada cara yang mudah untuk selesaikan masalah ini.Perkongsian tip oleh Iman Sulaiman ini boleh dijadikan sebagai rujukan.
“Nak juga kongsi ilmu berguna terutamanya buat surirumah. Jangan tau memasak je bila berlaku masalah macam ni tak tau nak buat ape.Nak pulak berlaku waktu seorang diri di rumah dan tong gas cuma ade satu je.Masalahnye apabila masukkan kepala gas ke tunku tapi gas berbunyi mengeluarkan gas. Jangan panik dan benda ni simple je.
Caranya:
1. Mula-mula cabut kepala gas dan keluarkan getah seperti dalam gambar, guna besi keras.
2. Kemudian terbalikkan getah.
3. Selepas itumasukkan semula, dah settle. Boleh memasak semula.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak tak perlu panik lagi bila dengar bunyi gas berdesir. Rupanya dengan hanya mengeluarkan gegelung getah, terbalikkan dan masukkan semula dah boleh selesai masalah.Ikut tip yang dikongsikan ini dah tak bau gas lagi dan boleh memasak semula seperti biasa.
5 Sebab Dekorasi Rumah Jadi Tak Menarik Nampak Lagi Serabut. Atas kekangan bajet dan ingin menjimatkan kos, tak salah pemilik kediaman mahu dekorasi rumah sendiri tanpa melantik mana-mana pereka dalaman. Namun demikian, perlu tahu asas dalam dekorasi kediaman supaya ia kelihatan cantik, menarik dan sedap mata memandang.
Bukan apa, jika tersilap dekorasi rumah ruang kediaman menjadi semakin sempit, nampak tak menarik malah bertambah serabut pula.
IMPIANA kongsikan antara tip asas dalam mendekorasi rumah untuk dijadikan panduan.
Kediaman akan lebih nampak luas dan mewah apabila menggunakan langsir yang labuh. Pastikan buat ukuran langsir yang besar dan panjang dari paras syiling hingga ke lantai. Bukan hanya sekadar menutupi tingkap mahupun cermin kaca ‘sliding door’.
Untuk pemasangan langsir nampak lebih kemas, boleh pasang ‘pelmet’ atau ‘curtain box’ ketika buat ‘plaster ceiling’ supaya trek langsir dapat disorokkan.
Malah pemilihan jenis kain serta corak langsir juga memainkan peranan penting. Pastikan tidak terlalu mempunyai corak menonjol kerana ia boleh membuatkan ruang nampak sempit dan serabut.Sebaiknya pilih langsir polos tanpa corak supaya nampak lebih menyerlah.
Elakkan memilih rona terang dan terlalu berwarna warni. Tak kiralah pada pemilihan perabot mahupun kemasan dinding.
Ramai pemilik kediaman sering membuat silap dengan memilih warna tema kediaman mengikut citarasa warna kegemaran peribadi. Hakikatnya ia tidak bersesuaian dengan saiz mahupun konsep kediaman itu sendiri.
Sebagai contoh ruang tamu warna ungu, ruang makan warna hijau, dapur warna merah, bilik tidur warna kuning. Pelbagai warna dalam kediaman membuatkan ia jadi tak menarik dan dekorasi nampak ‘murah’.
Sebaiknya pilih rona neutral seperti beige, off white, putih, coklat, kelabu atau warna pastel supaya kediaman tampak lebih cosy dan elegan.
Ruang rak terbuka mungkin nampak cantik jika ia teratur dan disusun sempurna. Namun jika sebaliknya ia akan jelas nampak semak dan serabut, malah mengundang habuk.
Sebagai contoh elak guna rak kasut terbuka, sebaliknya gunakan rak kasut yang jenis tertutup supaya nampak lebih kemas. Begitu juga wayar kabel yang menempatkan pelbagai wayar elektrik dan elektronik. Pastikan tersorok dan tersimpan kemas dari pandangan mata.
Sangat tidak digalakkan untuk memasang rak terbuka pada kabinet dapur. Melainkan anda ‘super rajin’ untuk mengelap habuk-habuk pada rak tersebut dan sentiasa memastikan barangan mahupun perkakasan selalu disusun sempurna. Sebaiknya guna kabinet dapur bertutup supaya dapat mengelakkan habuk dan semua barangan dapat ‘disorok’ sempurna dan tak nampak serabut.
Pemilihan rekabentuk dan jenis lampu memainkan peranan penting dalam menyerlahkan ‘mood’ dan seri kediaman. Pilih jenis lampu berdasarkan fungsi ruang. Pelbagaikan jenis lampu seperti LED warm light atau cool light dan sebagainya.
Sebagai contoh rekabentuk dan jenis pencahayaan lampu di ruang tamu dan dapur pastinya berbeza di bilik tidur dan bilik air.
Di ruang tamu mungkin sebaiknya gunakan ‘LED Track Lighting’, lampu gantung atau chandelier dengan ‘Neutral white’ berbanding lampu jenis kalimantang ‘cool white’ supaya ruang nampak lebih estetik dan menarik.
Bagi ruang tamu terutamanya bersaiz terhad elakkan membeli set sofa besar 3,2,1 rona sedondon.
Sebaliknya pilih sofa yang bersaiz sederhana dan boleh letakkan juga dengan perabot seperti Wing chair, Ottoman mahupun side table. Ia sebagai pelengkap gaya, menambah karakter dan menyerikan lagi ruang kediaman.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...