Penggunaan Alat Pelupus Sisa Makanan iaitu Food Waste Disposer (FWD) cukup popular di negara Eropah. Ia dapat ‘mengisar’ sisa-sisa makanan yang ada menerusi lubang sinki di dapur. Sekaligus menjadikan sinki lebih bersih tanpa ada sisa makanan serta dapat mengelakkan masalah sinki tersumbat atau berbau. Memang menarik penggunaan alat ini pada dapur kediaman.
Perkongsian daripada Sya The Homemaker, setelah 5 bulan menggunakan Food Waste Disposer(FWD) boleh dijadikan panduan.
Saya beli time 12.12, bila tolak dengan coins, shop voucher, Lazada voucher, harga disposer kit 0.5hp ni hanya RM238! And ada one year warranty juga.
Kalau nak cakap pasal food waste ni, sebenarnya berjela saya boleh share. Kami memang dah bertahun tak buang food waste dalam tong sampah biasa, tapi kami compost melalui a food digester yang kami tanam dekat belakang rumah.
Bila ada food waste disposer ni sangat lah helpful untuk kami. Fun fact, rumah my parents zaman the 90s dulu ada pasang one, jadi ini bukanlah my first time dengan a FWD dekat rumah.
Perubahan paling ketara is, sinki kami memang clear most of the day dan tak perlu clear sink drain basket tu dah!
This kit yang makes it simple to DIY, and harga pun affordable. Ada cheaper ones in the market, tapi those untuk disposer sahaja tanpa the connectors. Kalau nak jimat lagi boleh source semua sendiri.
Macam kitorang pun tak sure sebenarnya if this thing akan improve our workflow dekat dapur, jadi memang tak sanggup nak go with a high end one, just yet. Jadi kalau korang baru nak test try, boleh go with something like this.
This kit is a good one kalau tak pernah guna Food Waste Disposer (FWD) before. If tak serasi, tak rasa burn money sangat sebab harga bawah RM300, dan if serasi tapi tak cukup power, at least if nak splurge beli yang mahal & power, tak rasa macam a major plunge.
Macam untuk kami, this one is perfect for our household! This kit ada warranty setahun, tapi after the year is up, kami masih akan beli the same one if rosak nanti.
Kami biasa compost dalam garden, jadi senang nak track food waste kami, our daily average kalau masak kurang dari 3L. Time potong tembikai macam dalam video ni maybe the most time consuming example yang saya boleh tunjuk. Kalau usual waste lepas makan or sambil masak, macam the first part of the video je. Berapa saat je buka air dan the FWD.
Ada pernah terbaca orang comment pasal water consumption. Bab ni saya akan cakap, work smarter. Sambil grind, time tu lah saya akan clear debris dari sink, cuci tangan, cuci mangkuk, jadi the water needed to clear the FWD, dah double the function.
Sebenarnya saya tak terfikir sangat pasal water consumption sebab fikir benda tu untuk hygiene sama concept macam kita cuci tangan or cuci pinggan mangkuk. Berpada-pada in all usage.
Kami choose to compost dan guna FWD untuk keep food waste out of the landfill. Boleh research how long it takes for food waste untuk breakdown bila pi landfill.
Bila pakai FWD ni saya rasa rugi sikit, sebab kalau compost, at least boleh jadi baja untuk pokok luar rumah. Tapi ada masa, compost bin luar rumah pun penuh dan kena rest, jadi FWD ni jadi penyelamat.
Issue tersumbat ke, sink berbau ke, semua tak ada. Rumah lama kami dulu yang kami beli dari developer ada issue sinki tersumbat sebab dalam piping penuh dengan construction debris. Kalau case gitu, saya tak recommend install FWD sampailah dah pasti it is not a recurring issue.
FWD ni bukan new tech, not even for Malaysian standard. Rumah mak ayah saya dulu ada FWD zaman 90-an yang tahan for 14 years, dan even zaman tu, tak ada issue sumbat mana-mana.
View this post on Instagram
Mesti Baca:Mop Dengan Air Panas, KARPET Lebih Bersih, Bebas Kuman & Nampak Baru!
Baca Lagi Di Sini:Sisa Dapur Jangan Dibuang, Buat Baja Kompos. Hasilnya Pokok Subur Menghijau!
Artikel Menarik:Tanaman Bendi Sihat Dan Subur Guna Baja Sisa Makanan
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi yang nak pasang Alat Pelupus Sisa Makanan iaitu Food Waste Disposer (FWD) di sinki dapur. Ia memudahkan sisa makanan hancur, dapat mengelakkan sinki tersumbat dan berbau.
Sumber: Sya The Homemaker
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI