Bilik Air Baru SYAMIMIA Siap Ubahsuai, Dekorasi Cantik Macam Hotel! Pempengaruh media sosial Nur Syamimia pernah kongsikan beberapa sudut dekorasi ruang di rumahnya yang telah siap diubahsuai. Hampir keseluruhan rumah juga telah siap diubahsuai dengan sempurna, termasuklah ruang tamu, dapur, bilik dan bilik air.
Bilik Air ‘Hotel Mewah’
Namun paling mencuri perhatian adalah dekorasi di bilik air rumahnya. Meskipun tinggal di rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) yang mempunyai keluasan terhad, namun interiornya bagaikan berada di dalam bilik air hotel mewah.
Meskipun berkeluasan kecil, namun tetap cantik, kemas dan nampak lebih luas. Syamimia memilih bilik air berkonsep Klasik + Scandinavian dengan padanan kabinet kemasan Nyatoh dan kaunter top material Quartz.
Ads
Mimi mempunyai alasan tersendiri dalam memilih kemasan dinding, cermin dan lampu berona ‘silver’. Baginya ia dapat menyeimbangkan “feeling” glam dengan visual klasik.
Dimaklumkan kos ubahsuai bilik air tersebut dan ruang dapur dalam anggaran RM100,000.
Namun demikian, selain melantik kontraktor dalam proses renovasi di rumahnya, Syamimia dan suami juga banyak melakukan sendiri (DIY) dekorasi di rumah mereka. Antaranya memasang kemasan lantai vinyl di dapur, memasang lampu gantung di tepi cermin bilik air dan sebagainya.
IMPIANA: Cantik dekorasi bilik air yang Syamimia kongsikan ini. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain terutamanya jika mempunyai bilik air dengan keluasan terhad sebegini.
Impian Jadi Kenyataan, DAIYAN TRISHA ‘Jatuh Cinta’ Dengan Rumah Sendiri. Pelakon, penyanyi dan model berbakat besar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin,30 atau lebih dikenali Daiyan Trisha ada berkongsi beberapa foto sudut interior di rumahnya yang telah siap dihias indah. Antaranya di ruang pintu masuk rumah (foyer), ruang makan, ruang tamu, dapur, bilik baju (wardrobe), bilik tidur dan sebagainya.
Pemilihan warna lembut dengan tema ‘earth colour’ jelas melatari konsep kediaman. Cukup cosy, tenang dan mendamaikan! Pemilihan rekaan perabot, aksesori dan perhiasan rumah pula cukup moden dan simple namun penuh berseni, berada dalam kelas yang tersendiri.
Dalam perkongsian ringkas di Instagram Daiyan mengakui sangat jatuh cinta dengan rumah yang didiaminya sekarang. Bagaikan impian menjadi kenyataan apabila rumah yang diimpikan selama ini berjaya direalisasikan.
“I love my house so so much. A dream to live in, Alhamdulillah”ujarnya.
Mengintai di ruangan laman rumah pula, pelakon drama bersiri Projek: High Council ini selesa memilih landskap berkonsep laman Jepun, ‘Zen Garden’ yang mampu memberi ketenangan buat dirinya setiap kali pulang ke rumah.
“Finally, my own dreamy zen space. A peaceful sanctuary to come home to. I love my little bonsai trees so much, ujar Daiyan.
Menerusi perkongsian sebelum ini, hasil kerja keras dalam bidang seni, Daiyan berjaya membeli rumah impian yang merupakan sebuah kediaman jenis banglo dua tingkat yang turut dilengkapi dengan kolam renang di kawasan laman kediamannya. Ia juga merupakan aset hartanah kedua bagi penyanyi ini, yang sebelum ini tinggal di kondominium.
Struktur rekaan luar bangunan tampak moden dan sangat bergaya. Ruang dalaman pula tersergam indah dengan tangga rumah yang berkonsepkan ‘modern industrial’.
IMPIANA: Tahniah Daiyan, pada usia muda telah berjaya memiliki rumah impian yang cantik dekorasi hiasan dalamannya. Semoga menjadi inspirasi buat anak muda yang lain, supaya terus bekerja keras dalam menggapai impian untuk memiliki rumah idaman.
Nora Danish berkongsi ditipu kontraktor yang diupahnya dan terpaksa tidur di hotel selama 4 bulan. Malah, pelakon jelita ini mendakwa kontraktor tersebut gagal menyiapkan projek mengubahsuai rumahnya walaupun pembayaran sudah dibuat hampir 90%.
Memang kecewa dan sedih apabila wang yang kita keluarkan untuk renovasi rumah tidak setimpal dengan apa yang diharapkan.
“Lock & Store bayar sejak Ogos. Dari Januari patut siap, duit dah bayar 90%. Sekarang dah masuk bulan April. Nak kata sabar, saya dah sabar lama. Memang polis lah jawabnya.” tulis Nora di Instastory.
Menurutnya, sepanjang tempoh renovation itu, dia dan keluarga telah tinggal di hotel lebih daripada 4 bulan dan seterusnya menetap di rumah ibunya selama 3 bulan.
“Salah saya sebab percaya seorang individu yang digelar ‘adik’, kerja tak habis terus angkat kaki. Tinggalkan kami terkontang-kanting kena tipu dengan kontraktor yang penipu dan tak berhati perut.
“Semua pakaian kami dalam beg plastik ikea. Kena korek setiap kali nak pakai. Nak start kerja pun susah. Anak-anak tidur sana sini.” tambahnya.
Susulan itu, Nora memberi tempoh sehingga minggu hadapan sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua individu tersebut. Malah, dia berharap dengan tindakan ini dapat buka mata semua pihak agar berhati-hati dalam memilih kawan dan juga kontraktor.
Nora juga berharap semoga perkongsiannya itu dapat membuka mata masyarakat untuk sentiasa berhati-hati dalam berkawan, mempercayai seseorang serta memilih kontraktor yang jujur.
Rentetan daripada isu ini kami kongsikan tip pilih kontraktor agar tak ditipu. Apabila hendak memilih kontraktor, pilihlah kontraktor yang memberi sebutharga lengkap ada spesifikasi. Bukan harga pukal atau lumpsum.
1. Sebut harga adalah setiap kerja yang dilakukan, diterangkan dengan jelas skop kerja tersebut, bagaimana kerja tersebut dijalankan, siap dengan sukatan ukuran berapa banyak atau berapa luas kerja itu dilakukan. Dalam bahasa industri, kita sebut spesifikasi.
2. Ini supaya tuan rumah pun mudah untuk periksa sendiri harga yang dicaj itu sama dengan harga yang ditawarkan dalam sebutharga dan setanding dengan kerja yang dilaksanakan kontraktor.
3. Contohnya jika minta tukar pintu baru.
Kontraktor yang beri harga ikut spesifikasi akan beri sebutharga seperti berikut: — Membuka pintu lama, membekal dan memasang pintu nyatoh saiz xxxxxxx di ruang bilik tidur utama lengkap dengan sistem kekunci – 1 unit RM200.
4. Sekiranya dia beri sebutharga – Lumpsum RM200.00, tuan rumah berisiko menghadapi situasi begini:
“Incik, pintu lama mahu buka ke?” Tuan rumah jawab, iye, bukalah. “Incik, pintu lama ini mahu simpan atau mahu buang?” Tuan rumah jawab, iyelah, takkan nak simpan pulak. “Incik, ini pintu mahu pasang kunci biasa atau kunci terbaikkkkk?” Tuan rumah jawab, mestilah yang terbaiiikkkkk.
5. Kemudian tuan rumah terpaksa pula menghadapi bil yang dikeluarkan RM500.00 untuk tampung harga berikut.
Harga buka pintu lama – RM100.00 Harga sewa lori buang pintu lama – RM100.00 Harga pasang pintu baru seperti dalam sebutharga – RM200.00 Harga pasang sistem kekunci spec terbaikkkkkk- RM100.00 Jumlah RM500.00 Mahu tak mahu terpaksalah bayar.
6. Sekiranya dalam perbincangan secara lisan, kontraktor telah terangkan kerjanya secara detail. tentang harga yang diberinya adalah meliputi kerja-kerja yang lengkap, minta juga perincian kerja itu dituliskan dalam sebutharga.
7. Apabila ada sebutharga bertulis, sekiranya ada pertikaian, nak viral ke, buat aduan polis ke, masuk tribunal ke, saman ke, sekurangnya ada sebutharga bertulis sebagai bukti.
Bila sudah bergaduh dan tiada benda bertulis, masa itulah masing-masing akan tuduh menuduh satu sama lain. Masa nak kerja cakap lain, bila dah setuju kasi kerja cakap lain pula. Masa nak harga diskaun, setuju tak pasang itu ini, bila dah siap, bising kerja tak lengkap takde itu ini.
8. Bergaduh dan tuduh menuduh ni, bukan sahaja menimbulkan sakit hati, silap-silap boleh tambah dosa kerana mengada-adakan benda yang tiada. Lebih berdosa, bila terngumpat di belakang pula.
IMPIANA mendoakan semoga dipermudahkan urusan Nora Danish sekeluarga dan proses ubah suai rumah dapat disiapkan dengan segera.
Tidak dinafikan hiasan dinding menjadikan ruang tamu nampak lebih cantik dan kemas.
Nampak senang tapi nak gantung gambar pada dinding rumah tak semudah yang disangka. Susunannya perlu dirancang dengan teliti supaya nampak kemas.
Jika anda berhasrat menghias dinding sempena raya ini namun belum ada idea, jadikan 6 stail ini sebagai panduan. Tak perlu ragu kerana hasilnya memang cantik.
Mulakan dengan meletak satu bingkai di tengah dan atur bingkai selebihnya dalam bentuk melingkar atau mengelilinginya. Pastikan jarak antara bingkai adalah sama.
Pilih satu atau dua bingkai untuk dijadikan titik tengah. Atur bingkai lain di kiri dan kanannya.
Pilih satu bingkai gambar yang besar, seterusnya atur bingkai gambar yang lebih kecil di setiap penjuru.
Letakkan bingkai gambar pelbagai saiz sederet, kemudian ulang teknik yang sama pada bahagian bawah.
Ini susun atur gambar untuk diletakkan di bahagian tangga. Setiap bingkai diatur dalam keadaan menaik walau apa jua saiznya.
Ini merupakan aturan paling mudah. Hanya susun sembilan bingkai gambar dengan saiz yang sama dalam bentuk segi empat.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.