Ramai Tak Tahu Rupanya Banyak Fungsi Berguna GEL SILIKA Untuk KediamanPerasan tak setiap kali bila beli kasut atau botol-botol ubat jenis kapsul ada disertakan sekali paket kecil, bertulis ‘Silica Gel’. Ia bukan disertakan saja-saja tau.
Gel Silika ini mengandungi bahan seperti silicon dioxide, yang bertindak sebagai pengering atau bahan yang menyerap kelembapan. Ia berfungsi untuk mengelakkan barang menjadi busuk atau rosak dan mampu untuk bertahan lebih lama. Sekaligus dapat mengurangkan risiko produk berkulat, berkarat atau teroksida akibat udara yang terkedap serta terperangkap di dalam ruang simpanan produk tersebut.
Walaupun dekat paket gel silika itu tulis “THROW AWAY” atau perlu dibuang namun sebenarnya ia masih bermanfaat dan boleh digunakan lagi untuk tujuan lain pada kediaman.
1. Segarkan Suasana Bilik
Jika bilik mula ‘berbau’ yang tidak menyenangkan, boleh gunakan gel silika ini untuk menyegarkan ia kembali. Caranya hanya perlu keluarkan biji-bijian gel silika daripada paket ke dalam bekas dan titiskan pati minyak esential kegemaran seperti ros, lavender, lemon dan sebagainya. Hasilnya bilik berbau harum dan lebih segar.
2. Hilangkan Bau Busuk
Silica gel sangat berguna dan mampu menyerap kelembapan dan juga dapat melindungi kasut yang ada. Lebih-lebih lagi kasut yang mudah berbau busuk kerana berpeluh seperti kasut sukan. Dengan meletakkan gel silika dalam kotak mahupun rak kasut. Ia dapat mengurangkan bau busuk serta menghapuskan bakteria pada kasut atau stokin.
3. Elakkan Barang Berkarat & Berkulat
Ada banyak barang yang mudah berkarat dan berkulat di dalam rumah seperti pisau cukur, pisau dapur, ketip kuku, gunting serta banyak lagi objek terutama kalau ia daripada bahan besi.
Ads
Bagi memastikan barang-barang di atas tidak mudah berkarat atau berkulat gara-gara persekitaran yang lembap dan basah, sila simpan objek peribadi ini bersama gel silika di dalam bekas kedap udara untuk memastikan ia kekal kering.
4. Selamatkan Gambar-Gambar Lama
Walaupun zaman sekarang ni, ramai orang simpan gambar dalam komputer, hard disk,drive,dropbox atau cloud dan sebagainya kenangan gambar-gambar lama yang telah dicuci tetap ada.Jika tidak dijaga elok, gambarnya boleh ‘melekat’ dan rosak.
Cara untuk selamatkan gambar-gambar penuh memori ini adalah dengan meletakkan gambar-gambar tersebut ke dalam kotak bersama dengan beberapa paket gel silika.Ia akan kekal kering dan mampu bertahan lama daripada kerosakan.
5. Menjaga Barang Perhiasan Agar Tetap Berkilau
Jika ingin memastikan barang kemas mahupun barang-barang perhiasan tetap berkilau, letakkan gel silika ini di dalam kotak atau bekas perhiasan tersebut. Seeloknya kotak perhiasan tersebut dari jenis fabrik bagi mengelakkan kelembapan yang membuatkan barang kemas/perhiasan tersebut jadi pudar dan tidak bersinar.
Ads
6. Baju Jarang Digunakan Tahan Lama
Salah satu trik untuk mengekalkan ketahanan baju-baju yang jarang digunakan adalah meletakkan sekali silika gel ketika menyimpannya. Baju-baju yang jarang digunakan seperti jaket, baju sejuk akan lebih tahan lama dan bau seperti baju baru bila diletakkan gel silika ini.
7. Menjaga Dokumen Penting
Kelembapan dapat membuatkan dokumen penting seperti surat beranak, geran rumah, geran kereta dan sebagainya mudah rosak dan berlapuk. Malah lebih teruk ada yang dimakan anai-anai. Meletakkan paket gel silica di antara dokumen-dokumen penting ini dapat membantu mengelakkan ia lembap dan kekal kering, meskipun disimpan dalam waktu yang lama.
8. Bahan Makanan Kering Tahan Lama
Masukkan gel silika ini ke dalam bekas kedap udara untuk menyimpan biskut, gula, kekacang, beras, serbuk milo, teh, kopi dan sebagainya mampu membuatkan ia tahan lama, kekal kering dan tak keras kerana masuk angin.
Ads
9. Mengeringkan Handphone
Saat cemas, bila handphone terkena air.Memang panik dibuatnya. Ialah segala gambar, contact no dan benda penting ada dekat handphone tu.Lebih risau kalau risau jika rosak dan langsung tak boleh digunakan. Jangan bimbang, cara mudah hanya perlu lap handphone tersebut, masukkan gel silika dan handphone ke dalam plastik kedap udara (ziplock). Biarkan selama 5 hingga 6 hari dan lihat hasilnya.
Selamat Mencuba!
IMPIANA: Jadi selepas ini, jangalah buang gel silika ini iya. Manfaatkan iya untuk perkara-perkara di atas.
Ramai beranggapan, ruang tamu yang kecil dan sempit susah untuk dihias. Hakikatnya bukan susah, sebanarnye lebih kepada terlalu banyak barang. Sebelum ni Impiana pernah kongsikan beberapa dekor rumah kediaman yang mempunyai saiz kecil seperti apartmen PPR yang berjaya di hias indah dengan bajet yang rendah.
Antara contoh dekorasi ruang tamu sempit yang cantik:
1. Pilih warna terang
Untuk ruang tamu kecil gunakanlah warna yang terang kerana akan memberikan efek visual yang luas pada ruang tamu. Ruang tamu kecil jika menggunakan warna yang terang akan terasa lapang dan luas berbeza ketika menggunakan warna yang gelap, maka akan membuat ruang tamu terasa semakin sempit dan seperti gua.
2. Pencahayaan
Selain menggunakan warna terang ruang tamu yang berukuran kecil sebaiknya dibuat terang dengan pengaturan pencahayaan seperti pencahayaan dari cahaya matahari. Dengan keadaan tingkap yang lebar atau luas akan memberikan pencahayaan yang terang pada ruang tamu kecil, jadi untuk ruang tamu kecil sebaiknya buat tingkap yang agak luas. Selain itu kita juga boleh membuat tingkap ini menggunakan cermin kaca kerana akan menambah pencahayaan pada ruang tamu.
3. Gunakan furniture ramping dan simple
Ruang tamu kecil sebaiknya menggunakan menggunakan perabut dan furniture yang ramping kerana akan menjimatkan dalam penggunaan ruang. Elakkan penggunaan furniture dan perabot yang besar pada ruang tamu kecil sebab akan membuat ruang tamu semakin sempit.
4. Furniture dirapatkan ke dinding
Agar ada ruang gerak pada ruang tamu kecil anda boleh rapatkanlah sofa atau kerusi ke dinding, sebabnya agar ada ruang yang cukup untuk bergerak dalam ruang tamu yang berukuran kecil.
5. Wallpaper dinding
Untuk membuat ruang tamu semakin cantik dan menarik,anda boleh tampal wallpaper pada dinding. Wallpaper ini harus di sesuaikan dengan tema yang digunakan dan warnanya juga kalau boleh yang terang supaya boleh memberikan kesan luas pada ruang tamu.
6. Selalu jaga kebersihan ruang tamu
Faktor penting dalam keselesaan ruang tamu adalah kebersihan ruang tamu, sebaik mana pun design dan semahal mana pun perabot pada ruang tamu tapi jika kalau kotor akan membuatkan ruang tamu akan tidak selesa untuk digunakan. Jadi menjaga kebersihan ruang tamu merupakan faktor terpenting dalam membuat ruang tamu yang menarik dan selesa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bila bercakap pasal habuk ni naik geram kan. Mana tidaknya bersih beribu kali tapi tetap ada juga habuk ni, mana datang habuk ni ye? Tak akan tiap sejap sekali nak lap denga kain basah. Nyata sekali, habuk ini jika tidak dihindarkan daripada ruang kediaman membawa banyak masalah. Jadi ketahui bagaimana petua atau tip untuk membasmi habuk dan sekali gus mengelakkan rumah menjadi tempat habuk bersarang.
Cara Elak Rumah Berhabuk
1. Kurangkan peletakan hiasan atau peralatan yang boleh memerangkap habuk di dalam kediaman.
2. Letakkan alas kaki. Satu di luar pintu dan satu lagi di dalam kediaman. Ini bertujuan untuk memerangkap habuk daripada di bawa masuk ke dalam kediaman.
3. Guna blind dari kayu, metal atau plastik yang mudah dibersihkan berbanding kain.
4. Penggunaan sofa jika materialnya daripada fabrik, pastikan mempunyai zip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk terus terperangkap.
5. Elakkan penggunaan softener semasa membasuh sarung sofa, alas meja dan langsir untuk mengelakkannya lebih memerangkap habuk.
Ada 3 Punca Rumah Senang Berhabuk
1. Penggunaan kipas
Memang benar, tujuan kipas digunakan untuk memberi rasa nyaman dan keselesaan. Pun begitu, kipas adalah perangkap habuk terhebat. Oleh itu, pastikan anda membersihkan kipas sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
2. Jarak rumah terlalu hampir dengan jalan
Ini juga menjadi punca rumah lebih mudah terdedah dengan habuk. Apa yang perlu dilakukan pastikan pintu dan tingkap yang menghadap ke jalan ditutup sentiasa. Pun begitu, pastikan pintu atau tingkap di bahagian lain dibuka untuk aliran udara bersih masuk ke dalam ruang kediaman.
3. Dekat dengan kawasan pembinaan
Ini tidak dapat dinafikan, bila ada sahaja projek pembinaan baru berdekatan kediaman pasti memberi kesan. Biasanya jumlah habuk yang ‘singgah’ di dalam kediaman akan bertambah dua hingga tiga kali ganda daripada sebelum projek dijalankan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bantal yang digunakan di rumah lama-kelamaan pasti ada tompokan kekuningan, kotor dan agak berbau. Jika tak bersarung bantal memang geli dibuatnya. Sebenarnya ada cara mudah nak bersihkan bantal sebegini.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Nismiraa menerusi akaun TikTok nya. Macam tak percaya lihat hasilnya, hanya guna 3 bahan bantal kembali bersih macam baru dan tak berbau busuk lagi.
IMPIANA: Wah menarik tip hilangkan tompokan ‘peta’ dan bau busuk pada bantal ni. Memang berkesan hasilnya, bantal elok kembali bersih dan nampak macam baru. Jadi sebelum nak beli bantal baru elok cuci dulu ikut tip yang dikongsikan ini.
Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.