Cara Mudah Tanam Pokok Kunyit Dalam Karung, Elok Subur Merimbun Daun. Ada beberapa kaedah dalam penanaman pokok kunyit. Jika mempunyai kawasan laman dan balkoni rumah yang terhad, boleh cuba tanam dalam karung pula. Memang menjimatkan ruang yang ada.
Namun begitu, ada caranya untuk tanam pokok kunyit supaya elok subur dan daun merimbun.Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Mohammad Aziman ini. Tanam pokok kunyit tak boleh mempunyai tanah yang padat, perlu ada ruang secukupnya.
Cara Saya Tanam Pokok Kunyit Dalam Karung
Bahan Diperlukan;
Daun Kering
Batang Pisang
Sisa sayur dapur
Tanah Bakar
Cara-Caranya:
1. Isi daun kering dalam karung plastik bahagian bawah sekali, tak perlu banyak.
2. Kalau ada batang pisang, boleh masukkan sekali. Kalau takda tak apa.
4. Masukkan sisa sayur pun boleh.
3 Tanah tempat sudah bakar daun kering, masukkan dalam karung.Cukup macam ni.
Ads
4. Boleh pilih anak pokok kunyit untuk dipindahkan dalam karung.
Siap! Mudah sahaja.
Info Ekstra!
Ni karung jenis kertas dan tali. Jenis tahan lama. Setahun dah ada saya pakai tanam halia. Kalau karung beras macam 6 bulan ja tahan, tapi ngam untuk kita tanam kunyit. 6 bulan pun kita kutip hasil dah.
Ads
Jika tiada karung, boleh juga tanam dalam polybag pun ok. Saiz 24×24. Saya guna karung kilang buang, selalu loji air pakai karung ni. Saya ambil ja..dari dibuang bagus saya pakai.
Waktu Penyiraman:
Siram pagi dan petang. Musim hujan tak perlu siram..Jika lembab tanah pun tak perlu siram. Jaga kelembapan.
Yang ni usia tanaman 3 bulan. Tanam awal bulan 12, 2 bulan lagi saya kutip hasil.
Letak tempat kena cahaya matari ‘direct’. Waktu semai ja tempat teduh .
Waktu Tuaian:
5-6 bulan tuai kunyit muda
8-9 bulan tuai kunyit tua
IMPIANA: Bagi yang mempunyai kawasan laman rumah yang terhad, atau mempunyai balkoni yang kecil, boleh cuba tanam pokok kunyit dalam karung seperti yang dikongsikan ini. Elok subur pokoknya.
Memang kreatif dan sejuk mata memandang, apabila ruang laman tepi rumah dihias dengan landskap simple menggunakan batang pokok cempedak dan batu putih sebagai hiasan utama. Memang menarik dan mudah, pemilik kediaman boleh buat seperti seperti yang dilakukan oleh Abi Tifb ini.
Harini belajar-belajar buat landskap, kalau cantik Alhamdulillah..kalau jadi bahan ketawa ya pakcik ok aje. Buat sedikit-sedikit balik keje baru buat.
Batang pokok cempedak pakcik sapu dengan minyak diesel..aduhai baunya tak tahan..pergi nurseri jumpa pula orkid ni (RM18 sepokok x 2). Kemudian pakcik tanam dalam pasu (RM50) beli DIY..sama buat tiang nya balut dulu dengan tali jut (RM85 tali jut) bajet semue ni seperti berikut.
Pagar RM3,000
Batu Putih hiasan (RM25x 1 bag) total RM750
Pokok Bonsai RM1200 sama pasu
2 Pokok Pandan dan pasu sekali RM160.
Bahan Di Perlukan:
Batang Pokok Cempedak
Diesel
2 pokok Orkid
Pasu
Tali Jut
Batu Putih Hiasan (Polish) 30 beg
Info Ekstra!
Beli batu putih hiasan jenis ‘polish’ supaya lumut tak melekat. Namun sebaiknya jika warna bertukar hitam atau berlumut, sembur batu putih tersebut dengan Clorox sebulan sekali. Kalau kerap hujan buat sebulan 2 kali insyallah macam baru dan mudah.
Atau boleh juga rendam batu putih tersebut dengan cat putih balik..masuk mesin mixture dan tuang cat putih.
Sapu batang pokok dengan minyak diesel untuk elakkan anai-anai dan semut.
Ramai yang tanam pokok kunyit di rumah sebab mudah nak guna untuk masakan, dari isi sampai ke daunnya. Tapi tak semua berjaya dapat pokok yang subur. Ada yang merungut pokok kunyit naik ‘kurus melidi’, daun kuning, dan tak menjadi.
Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan pokok kunyit sihat dan ‘gemuk-gemuk’, seperti yang dikongsi oleh seorang netizen dalam grup Facebook Berkebun Tepi Rumah.. Tanpa guna baja mahal pun, pokoknya subur dengan daun lebar sampai boleh dibuat kipas!
“Pokok ini tanam guna tanah biasa saja, tak beli baja apapun tapi pokoknya gemuk-gemuk, daunnya oleh dibuat kipas.”
Tip tanam pokok kunyit supaya daun subur
1. Guna baja organik sisa sayur dan rumput meliar yang dicabut. Letak pada keliling pokok. Fungsinya untuk pastikan tanah sentiasa sejuk, sambil jadi baja organik bila ia reput.
2. Siram pokok kunyit dengan air yang cukup. Tumbuhan daun memang perlukan air banyak sebab tak boleh menyimpan stok air. Adanya sisa tanaman yang diletakkan pada pangkal pokok juga bantu lembapkan tanah.
3. Pokok yang kurang air akan menyebabkan daunnya jadi kuning.
4. Boleh guna siram dengan air basuhan beras, petua ini memang berkesan untuk suburkan pokok kunyit.
5. Jika daun pokok kunyit dimakan ulat, amalkan ‘mengasap’ pokok pada waktu petang (jam 6.30 ke atas). Ini kerana pada waktu inilah ulat selalu datang. Boleh bakar sarang telur dan letak baranya di bawah pokok/dekat pokok, InsyaAllah tiada ulat atau bena menyerang.
Tugas Edry Setiap Tahun ‘Selimut’ Tanaman ‘Daphne’ Di Laman Rumah Dari Terkena Salji.
Siapa sangka selain menggemari bidang seni, penyanyi dan komposer Edry Abdul Halim,48 juga meminati bercucuk tanam di laman rumah.
Dalam perkongsian di Instagram, Edry yang baru sahaja kembali ke rumahnya di Bamford, Manchester, United Kingdom (UK) setelah 7 bulan bertugas di tanah air, berseloroh telah bertukar profesion menjadi ‘pekebun antarabangsa’.
“Tugas dari artis Malaysia, menjadi pekebun antarabangsa 😜
Tugas Setiap Kali Musim Sejuk
Edry berkongsi pengalaman ketika ini kebanyakan negara di Eropah telah memasuki musim sejuk dan jangkaan daripada ramalan kaji cuaca salji akan turun salji di kawasan rumahya dari malam sehingga ke pagi.
6 tahun berhijrah ke Manchester, Edry ada menanam pokok ‘daphne’ di laluan masuk rumahnya. Setiap kali tibanya musim sejuk, juri jemputan Kilauan Emas 2024 ini akan melakukan rutin ini bagi mengelakkan tananam tersebut mati.
Edry menjelaskan bahawa tanaman tersebut jenis ‘manja’ dan tak tahan sejuk. Ia akan jadi lebam dan mudah mati apabila terkena salji.
Daphne
Jadi sebagai langkah penjagaan tanaman ini, menjadi tugas Edry setiap tahun setiap kali tibanya musim sejuk melindungi pokok-pokok tersebut dengan kain ‘fleece’. Ia bertujuan mengelakkan dari terkena salji serta mengekalkan suhu pokok dalam keadaan panas.
Cold icy start to the day in Bamford ❄️
Mendirikan rumahtangga bersama Milia Mohammed, pasangan bahagia ini baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan ke-25 pada 5 November lepas dan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Emil, 24; Edylia, 21, Emery, 17 dan Elya, 14.
IMPIANA: Terima kasih berkongsi tip dan pengalaman penjagaan tanaman pada musim sejuk. Memang sayang, jika dah tanam pokok bertahun lamanya akhirnya mati begitu sahaja setiap kali perubahan musim. Semoga menjadi panduan buat pencinta laman yang lain.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.