Teknik Mudah Gantung Bingkai Gerenti Cantik!

Share

Mencari bingkai gambar yang sempurna sering menjadi punca ramai diantara kita give up dari mendeko galeri gambar di dinding. Cadangan kami? Pilih sesuatu yang simple dan biarkan gambar anda berbicara.

Selepas memilih bingkai yang bersesuaian, kita beralih ke bahagian yang sukar : menggantungkannya. Dengar macam mudah – hanya ketuk paku ke dalam dinding, bukan? Hakikatnya, prep dan perancangan adalah kunci utama untuk galeri dinding yang menarik dan kemas. Tanpa perancangan rapi, bingkai di dinding akan nampak caca marba serta out of place. 

Di bawah IMPIANA kongsikan enam cara susun atur bingkai gambar untuk panduan kita semua. Jangan lupa share dengan kawan yang lain!

  1. SPIRALMulakan dengan satu bingkai di tengah kemudian dari situ, susun bingkai yang lain mengelilingi bingkai pertama tadi.
  2. CENTEREDIni susun atur yang ringkas memerlukan usaha yang minima. Anda hanya perlu letakkan satu atau dua bingkai di bahagian tengah dan selaraskan bingkai di sisi kiri dan kanan dengan satu sama lain.
  3. OUTER ALIGNAnda hanya perlu pastikan kesemua bingkai gambar pada bahagian luar selari dan tidak terkeluar dari ‘barisan’.
  4. REFLECTIONTidak perlu risaukan saiz bingkai jika anda mahu cuba susunan refleksi ini. Hanya perlu pastikan bingkai gambar yang digantung itu terbentuk seakan objek dan bayang-bayangnya.
  5. STAIRCASESedikit kelainan dengan susunan ini kerana anda perlu susun mengikut arah menaik tangga. Pasti lebih menarik!
  6. NINE-SQUAREJangan pandang rendah pada susunan simple ini. Walaupun nampak mudah, susunan inilah yang dapat memberi impak lebih besar pada sesuatu ruang.

 

 

 

 

IKLAN