Sokong Anak Minat Bisnes ‘Baking’, Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk ‘Chiller’. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.

Hadiahkan Peti Sejuk ‘Chiller’ Untuk Anak

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan berjaya Aeril Zafrel,36 atau nama sebenarnya Suhairil Sunari telah menghadiahkan peti sejuk ‘chiller’ khas untuk anak keduanya,
Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 10.

Ia demi memberi sokongan buat Hayla yang meminati bidang ‘baking’ serta telah memulakan ‘bisnes’ berniaga kek batik secara kecil-kecilan bermula dari rumah. Malah bisnes Kek Batik yang diusahakan Hayla kian mendapat permintaan ramai.

Sokong Anak Minat Bisnes ‘Baking’, Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk ‘Chiller’ Sokong Anak Minat Bisnes ‘Baking’, Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk ‘Chiller’ Sokong Anak Minat Bisnes ‘Baking’, Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk ‘Chiller’

Aeril juga turut mendoakan Hayla menjadi ‘baker’ yang berjaya apabila dewasa kelak. Bertuah Hayla!

Ads

“Happy betul anak ayah dapat chiller harini. Sebagai ayah, ayah akan buat apa sahaja untuk support minat anak ayah. Ayah doakan Hayla menjadi baker yang berjaya suatu hari nanti,” jelas Aeril.

Sokong Anak Minat Bisnes ‘Baking’, Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk ‘Chiller’

MIDEA Chiller Showcase 1 Pintu

Menerusi video yang dikongsikan, Aeril telah membeli Chiller Showcase 1 pintu jenama MIDEA rona hitam dan mempunyai 4 rak. Dengan saiz (WxDxH) : 595mm x 610mm x 2005mm. Chiller tersebut pula diletakkan di tepi rumah dan berhampiran ruang dapur.

Sokong Anak Minat Bisnes ‘Baking’, Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk ‘Chiller’

Hayla ternyata sangat gembira dan terharu dengan sokongan serta pemberian mama dan ayahnya yang menghadiahkan ‘chiller’ tersebut. Malah turut mengucapkan terima kasih di atas sokongan kepada para pembeli yang membeli kek batik yang dijualnya.

Sokong Anak Minat Bisnes ‘Baking’, Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk ‘Chiller’

Ads

Menerusi perkongsian sebelum ini, Wawa dan Aeril memang tak berkira dengan anak-anak, malah telah menghadiahkan dua unit kondominium di Bangi, Selangor untuk dua anak mereka iaitu Soffya dan Fahri. Rumah yang dibelikan itu adalah hadiah sempena ulang tahun kelahiran mereka, selain menjadi aset pada masa akan datang.

Aeril dan Wawa mendirikan rumahtangga pada 2013 dan dikurniakan empat orang cahayamata. Ahmad Fakhruddin Attar, 12, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 10, dan Ayya Soffya,5 dan Muhammad Fahri,3.

 Mesti Baca: Wawa Zainal Cat & Dekor Rumah, Make Over Surprise Birthday Mak!
Baca Lagi Di Sini: Rumah Milik WAWA ZAINAL & AERIL ZAFREL Berkonsep Modern English, Siap Ada Mini Surau!
Artikel Menarik: Aeril Dan Wawa Beri Rumah Kondominium Hadiah Birthday Anak, Aset Masa Hadapan!

Ads

IMPIANA: Beruntung nya Hayla dapat sokongan daripada ayah sendiri untuk berniaga kecil-kecilan dari rumah. Semoga berjaya!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI