Apabila ruang laman rumah di penuhi dengan rumput yang sudah panjang, pasti ruang laman tersebut akan menjadi semak samun yang sangat teruk.
Maka, sudah pasti situasi seperti ini sudah menjadi satu masalah yang harus diatasi oleh anda semua. Tetapi, bagaimana cara yang mudah boleh dilakukan untuk mengatasinya?
Jangan anda bimbang, kini ada cara yang mudah boleh anda lakukan untuk mematikan rumput dan semak samun di kawasan laman rumah anda.
Jadi, mari kita belajar bagaimana caranya untuk membuat campuran mematikan rumput dengan menggunakan tiga bahan sahaja. Bukan itu sahaja, campuran yang dikongsikan ini tidak menggunakan sebarang bahan racun dan amat selamat untuk digunakan.
Bahan-bahan yang hanya anda perlukan:
1. Cuka masakan
Ads
2. Sabun pencuci pinggan
3. Alat penyembur
Cara-cara untuk membuatnya:
1. Tuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur.
Ads
2. Setelah itu, titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur.
3. Kemudian,semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh.
* Sembur hanya sekali,selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut.
Bil elektrik yang tinggi boleh menjadi beban kepada kewangan isi rumah. Namun, dengan beberapa langkah bijak, anda boleh mengurangkan penggunaan tenaga dan menjimatkan kos. Berikut adalah 10 cara mudah untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda:
Gantikan mentol lama dengan lampu LED yang lebih cekap tenaga. Lampu LED menggunakan sehingga 80% kurang tenaga berbanding mentol pijar dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.
Peralatan seperti televisyen, komputer dan pengecas telefon masih menggunakan tenaga walaupun dalam mod siap sedia (standby). Cabut plag atau gunakan soket dengan suis untuk memutuskan bekalan elektrik sepenuhnya.
Tetapkan suhu penyaman udara antara 24–26°C untuk kesejukan optimum dan penjimatan tenaga. Pastikan pintu dan tingkap ditutup rapat semasa penggunaan, dan bersihkan penapis secara berkala untuk memastikan kecekapan.
Basuh pakaian dengan muatan penuh untuk mengurangkan bilangan kitaran. Gunakan air sejuk jika boleh, dan rendam pakaian yang sangat kotor sebelum mencuci untuk mengelakkan penggunaan tenaga tambahan.
Semasa membeli peralatan elektrik baru, pilihlah yang mempunyai label penarafan tenaga tinggi (contohnya, 5 bintang). Peralatan ini direka untuk menggunakan tenaga dengan lebih efisien.
Gunakan cahaya matahari untuk menerangi rumah pada waktu siang dengan membuka langsir dan tingkap. Ini mengurangkan keperluan penggunaan lampu elektrik.
Peralatan seperti seterika, pemanas air dan ketuhar menggunakan banyak tenaga.Gunakan peralatan ini secara bijak, contohnya, seterika pakaian dalam jumlah yang banyak sekaligus untuk mengurangkan kekerapan penggunaan.
Gunakan suis pemasa untuk mengawal tempoh operasi peralatan elektrik seperti lampu dan kipas. Ini membantu memastikan peralatan tidak dibiarkan terpasang lebih lama daripada yang diperlukan.
Peralatan yang diselenggara dengan baik beroperasi dengan lebih cekap. Bersihkan penapis penyaman udara, kipas dan peralatan lain secara berkala untuk memastikan prestasi optimum dan penjimatan tenaga.
Pasang panel solar atau gunakan peralatan berkuasa solar seperti lampu taman. Ini bukan sahaja menjimatkan bil elektrik tetapi juga mesra alam.
Dengan mengamalkan langkah-langkah di atas, anda bukan sahaja dapat mengurangkan bil elektrik tetapi juga menyumbang kepada penggunaan tenaga yang lebih lestari. Mulakan perubahan kecil hari ini untuk penjimatan yang besar di masa hadapan!
‘Layout Hacks’ Buat Rumah Flat Rasa Cantik Selesa Macam Tinggal Kondo.Walaupun rumah flat selalunya sempit, kecil dan berbentuk memanjang, tak bermakna ia tak boleh nampak luas, cozy, mewah dan sedap mata memandang.
Dengan susun atur yang bijak, ruang yang kecil boleh nampak seakan-akan condo high-end.Untuk membuat rumah flat terasa seperti tinggal di kondominium, boleh gunakan beberapa “layout hacks” yang menonjolkan kesan luas, moden, dan premium.
Jom tengok layout hacks yang terbukti menjadi!
Masalah biasa: Dinding pemisah antara dapur, ruang makan dan ruang tamu buat rumah rasa penuh dan sempit.
Hack:
Kalau boleh, buang partisyen atau kabinet tinggi yang sekat pandangan. Tukar ke konsep open kitchen. Guna island kecil sebagai pemisah visual antara dapur dan ruang makan.
Tip Ekstra: Kalau tak boleh renovate, guna rak terbuka atau shelf terapung.
Masalah biasa: Satu ruang berfungsi untuk macam-macam benda, jadi nampak serabut.
Hack: Guna karpet, lighting & susunan perabot untuk ‘zonkan’ ruang — contoh, karpet bawah meja makan menandakan “zon makan”, lampu gantung di ruang tamu jadi “zon lepak”.Gunakan lampu LED ambient untuk ruang lebih terang dan moden.
Visual trick: Ini cipta ‘ilusi’ banyak ruang berbeza, macam dalam kondo yang ada layout lebih terancang.
Masalah biasa: Perabot besar dan terus rapat ke lantai buat ruang nampak berat dan sempit.
Hack: Guna perabot berkaki atau wall-mounted. Contoh: TV cabinet gantung, rak buku terapung, meja konsol berkaki slim. Bawah dia nampak ‘bernafas’.
Bonus: Senang nak sapu & mop juga!
Masalah biasa: Ruang gelap dan rasa tertutup.
Hack: Buka tirai atau gunakan langsir ringan untuk biarkan cahaya masuk. Letak cermin besar di lokasi strategik, berdepan tingkap atau hujung lorong. Ia pantulkan cahaya dan ilusi ruang nampak lebih luas, besar dan cerah.
Pro tip: Cermin panel dari lantai ke siling memang bagi efek “double space”.
Masalah biasa: Bila ada tetamu, ruang terus jadi sendat.
Hack: Pilih perabot yang berfungsi ganda.Guna perabot jenis foldable, nesting atau multi-functional. Contoh: bangku boleh jadi meja kopi, meja makan boleh lipat, katil dengan ruang simpanan, meja lipat, atau sofa bed yang boleh jadi katil tetamu.
Perabot modular boleh disusun semula mengikut keperluan dan buat ruang lebih fleksibel. Elak perabot besar dan berat yang buat ruang kelihatan sempit.
Kelebihan: Bila tak guna, boleh simpan. Bila perlu, baru buka. Praktikal dan fleksibel.
Masalah biasa: Pilihan warna gelap buat ruang jadi sempit
Hack: Pilih warna putih, krim, atau pastel pada dinding dan perabot memberi ilusi ruang lebih besar dan tampak lebih premium, mirip konsep kondo.
Kombinasi warna minimalis menimbulkan kesan rapi dan elegan.
Fokus pada ruang negatif: Biarkan ada ruang kosong di tengah atau tepi untuk kesan lapang. Atur laluan jelas dan elak letak perabot di laluan utama.
Gunakan rak dinding atau penyimpanan vertikal untuk jimat ruang lantai.
Dengan tips ini, rumah flat anda bukan sahaja nampak luas, malah terasa seperti tinggal di kondo yang lebih premium
IMPIANA: Tinggal di rumah Flat atau PPR bukan penghalang untuk gaya hidup selesa. Dengan susun atur bijak dan mindset minimalis, rumah sempit boleh nampak luas dan mewah yang penting, fungsi dan ‘flow’ kena jaga.
BELI RUMAH Jangan Hanya Sebab Cantik, Kena Tahu Plan Jangka Panjang ELAK Kena Lelong. Banyak perkara perlu dipertimbangkan apabila bercadang untuk membeli rumah impian. Ia bukan sekadar jatuh cinta dengan rekabentuk rumah yang cantik semata-mata, namun paling penting pastikan pinjaman perumahan yang diambil juga mempunyai perlindungan untuk plan jangka panjang. Ini kerana malang tidak berbau.
Orang selalu ingat bila rumah kena lelong tu, sebab tuan rumah tak bayar… Tapi tak semua cerita semudah tu.
Ada satu kes ni… suami isteri muda. Baru 5 tahun duduk rumah tu. Beli masa tengah bahagia, masa kerja dua-dua stabil. Loan pun atas dua nama, joint loan. Lepas anak kedua lahir, isteri berhenti kerja. Kos jaga anak tinggi, takde siapa boleh tolong. Masa tu, si suami kata takpe, dia boleh tanggung semua.
Tapi tak lama lepas tu, suami terlibat kemalangan. Lumpuh. Tak boleh kerja. Duit simpanan makin habis. Bayaran rumah tertunggak, bulan ke bulan, sampai 6 bulan tak bayar.
Bank mula hantar surat. Satu… dua… sampai surat merah datang ‘Notis Lelong’. Masa tu baru betul-betul panik. Tapi dah terlambat.
Tahu tak apa yang paling sedih?
Isteri tak tahu pun loan rumah tu tak ada perlindungan MRTT. Tak ada hibah. Tak ada backup plan.
Dan paling pedih rumah tu atas dua nama, tapi duit bulanan semua si suami yang bayar. Jadi bila si suami dah tak mampu, bank tak peduli siapa bayar dulu. Yang penting ‘bayaran mesti jalan, kalau tak rumah kena tarik.’
Sebab tu saya selalu pesan jangan beli rumah semata-mata sebab cantik. Kena tahu plan jangka panjang. Bila buat loan, pastikan ada perlindungan. Jangan sayang nak tambah sikit untuk MRTT. Pastikan ada dokumen backup kalau salah seorang jatuh sakit, meninggal, atau hilang upaya.
Kalau sekarang ada rumah, tapi tak tahu status perlindungan loan, baik semak balik.
Kalau ada yang tengah plan nak beli rumah, jangan ulang silap orang lain. Jangan sampai rumah impian jadi rumah yang dilelong.
Sebab… bila rumah dah masuk sistem lelong, bukan saja susah nak selamatkan, tapi ia akan jadi luka dalam hidup yang sangat dalam.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Biarlah pemilik kediaman membayar lebih sedikit untuk perlindungan perumahan, supaya rumah kekal ada dan tidak dilelong oleh bank kerana tak mampu untuk membayar, sekiranya menghadapi malapetaka kelak.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.