Dekorasi rumah teres setingkat bertemakan warna hijau zamrud (emerald green) menawarkan efek yang fleksibel untuk dipadukan dengan hampir semua warna terang dan juga natural. Ketika diterapkan sebagai warna utama, hijau zamrud memberikan pernyataan berani serta mewah.
Trend warna datang dan pergi, tetapi daya tarikan hijau zamrudtidak pernah lekang dek waktu. Jika anda siap untuk perubahan berani di dapur, pertimbangkan untuk mengaplikasikan hijau zamrud untuk dinding atau kabinet dapur.
Berikut dikongsikan dekorasi dengan tema hijau zamrud yang dikongsikan oleh Nur Nazihah Abd Razak. Kediaman jenis teres setingkat.
Fungsi tub cleaning pada mesin basuh perlu guna ya, paling tidak dua bulan sekali. Ia penting untuk mengelakkan pakaian yang sudah dibasuh dari berbau hapak.
Tapi ada juga yang tak pernah tahu dan langsung tak pernah menggunakan fungsi ini sejak mesin basuh dibeli. Jadi tak hairanlah kalau dah basuh kain, letak sabun dan juga pewangi tapi baju tetap berbau hapak selain ada kerak hitam melekat pada pakaian.
Salah satu puncanya adalah kerana kita tak pernah guna fungsi soak atau tub cleaning yang ada pada mesin basuh. Fungsi tub cleaning ini adalah untuk membersihkan tub mesin basuh agar kotoran dan habuk dari pakaian selama membasuh dibuang dan tidak berkumpul.
Cara menggunakan tub cleaning juga senanglah sangat. Bagi yang tak pernah melakukannya sejak membeli mesin basuh boleh ikut cara ini.
Agar tub lagi bersih boleh masukkan cuka dan soda bikarbonat ikut cara di bawah atau pun gunakan sabun pencuci tub mesin basuh yang memang ada dijual. Caranya;
2. Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START.
3. Bila mesin sudah mula isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA dan SODA BIKARBONAT. Sukatannya suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat. Jika tak letak soda pun boleh sebab cuka sifatnya asid boleh membuang segala bau kepam. Tapi kalau letak dua bahan ini lagi bagus sebab lebih bersih.
4. Kemudian tutup mesin basuh dan biarkan ia selesai. Bila proses tub cleaning selesai, ia akan mengeluarkan bunyi seperti biasa. Tapi harus diingat bila melakukan tub cleaning jangan isi kain pula. Fungsi ini untuk basuh tub.
5. Amalkan buat soak/tub cleaning ini dua bulan sekali supaya tiada kotoran atau habuk terkumpul yang bukan saja buat baju berbau tapi boleh menjejaskan fungsi mesin basuh.
Ini antara pencuci mesin basuh https://invl.io/clj1ntl yang boleh digunakan. Cuma masukkan saja seketul dalam mesin basuh ketika melakukan tub cleaning. Harganya pun murah, RM15 tapi boleh guna selama setahun.
Tenaga solar bukan lagi sesuatu yang asing, malah semakin relevan untuk rumah-rumah di Malaysia, terutama dengan kos elektrik yang makin meningkat. Berikut adalah sebab kenapa pemasangan solar di rumah semakin penting dan berbaloi:
– Sistem solar boleh kurangkan kebergantungan kepada elektrik TNB.
– Bayangkan bil elektrik turun lebih 50%, malah ada yang sifar!
– Tenaga solar adalah sumber tenaga bersih dan boleh diperbaharui.
– Kurangkan pencemaran dan bantu jaga alam sekitar.
– Walaupun kos pemasangan awal tinggi, sistem solar boleh tahan 20–25 tahun.
– Dalam jangka masa panjang, anda sebenarnya menjimatkan ribuan ringgit.
– Rumah dengan sistem solar dianggap lebih efisien tenaga dan bernilai tinggi.
– Menarik perhatian pembeli yang celik teknologi dan mesra alam.
– Beberapa sistem solar datang dengan bateri simpanan tenaga.
– Boleh guna tenaga simpanan bila berlaku gangguan elektrik.
📌 Nota Penting:
– Pastikan struktur bumbung sesuai dan rumah terdedah pada cahaya matahari.
‘Layout Hacks’ Buat Rumah Flat Rasa Cantik Selesa Macam Tinggal Kondo.Walaupun rumah flat selalunya sempit, kecil dan berbentuk memanjang, tak bermakna ia tak boleh nampak luas, cozy, mewah dan sedap mata memandang.
Dengan susun atur yang bijak, ruang yang kecil boleh nampak seakan-akan condo high-end.Untuk membuat rumah flat terasa seperti tinggal di kondominium, boleh gunakan beberapa “layout hacks” yang menonjolkan kesan luas, moden, dan premium.
Jom tengok layout hacks yang terbukti menjadi!
Masalah biasa: Dinding pemisah antara dapur, ruang makan dan ruang tamu buat rumah rasa penuh dan sempit.
Hack:
Kalau boleh, buang partisyen atau kabinet tinggi yang sekat pandangan. Tukar ke konsep open kitchen. Guna island kecil sebagai pemisah visual antara dapur dan ruang makan.
Tip Ekstra: Kalau tak boleh renovate, guna rak terbuka atau shelf terapung.
Masalah biasa: Satu ruang berfungsi untuk macam-macam benda, jadi nampak serabut.
Hack: Guna karpet, lighting & susunan perabot untuk ‘zonkan’ ruang — contoh, karpet bawah meja makan menandakan “zon makan”, lampu gantung di ruang tamu jadi “zon lepak”.Gunakan lampu LED ambient untuk ruang lebih terang dan moden.
Visual trick: Ini cipta ‘ilusi’ banyak ruang berbeza, macam dalam kondo yang ada layout lebih terancang.
Masalah biasa: Perabot besar dan terus rapat ke lantai buat ruang nampak berat dan sempit.
Hack: Guna perabot berkaki atau wall-mounted. Contoh: TV cabinet gantung, rak buku terapung, meja konsol berkaki slim. Bawah dia nampak ‘bernafas’.
Bonus: Senang nak sapu & mop juga!
Masalah biasa: Ruang gelap dan rasa tertutup.
Hack: Buka tirai atau gunakan langsir ringan untuk biarkan cahaya masuk. Letak cermin besar di lokasi strategik, berdepan tingkap atau hujung lorong. Ia pantulkan cahaya dan ilusi ruang nampak lebih luas, besar dan cerah.
Pro tip: Cermin panel dari lantai ke siling memang bagi efek “double space”.
Masalah biasa: Bila ada tetamu, ruang terus jadi sendat.
Hack: Pilih perabot yang berfungsi ganda.Guna perabot jenis foldable, nesting atau multi-functional. Contoh: bangku boleh jadi meja kopi, meja makan boleh lipat, katil dengan ruang simpanan, meja lipat, atau sofa bed yang boleh jadi katil tetamu.
Perabot modular boleh disusun semula mengikut keperluan dan buat ruang lebih fleksibel. Elak perabot besar dan berat yang buat ruang kelihatan sempit.
Kelebihan: Bila tak guna, boleh simpan. Bila perlu, baru buka. Praktikal dan fleksibel.
Masalah biasa: Pilihan warna gelap buat ruang jadi sempit
Hack: Pilih warna putih, krim, atau pastel pada dinding dan perabot memberi ilusi ruang lebih besar dan tampak lebih premium, mirip konsep kondo.
Kombinasi warna minimalis menimbulkan kesan rapi dan elegan.
Fokus pada ruang negatif: Biarkan ada ruang kosong di tengah atau tepi untuk kesan lapang. Atur laluan jelas dan elak letak perabot di laluan utama.
Gunakan rak dinding atau penyimpanan vertikal untuk jimat ruang lantai.
Dengan tips ini, rumah flat anda bukan sahaja nampak luas, malah terasa seperti tinggal di kondo yang lebih premium
IMPIANA: Tinggal di rumah Flat atau PPR bukan penghalang untuk gaya hidup selesa. Dengan susun atur bijak dan mindset minimalis, rumah sempit boleh nampak luas dan mewah yang penting, fungsi dan ‘flow’ kena jaga.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.