
Isi Kandungan
ToggleBau kepam tiada lagi dalam rumah, campuran dua bahan ini memang menjadi! Selalunya bau yang kurang enak ini datang daripada pelbagai faktor seperti bau masakan, makanan/minuman yang tertumpah serta karpet yang tidak dikeringkan dengan betul.
Maka terhasillah bau yang menusuk hidung ini. Untuk menghilangkannya, ada di antara kita yang menggunakan pewangi, namun tidak semuanya berkesan. Ada yang jenis berbau harum sekejap sahaja, selepas beberapa minit hilang begitu sahaja.
Berikut dikongsikan cara terbaik supaya rumah tidak berbau kepam. Selalunya bau kepam ini disebabkan karpet yang berhama dan sudah lama tidak dibersihkan.
Cara yang paling berkesan, selamat dan menjimatkan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan cara menggunakan dua bahan ini:
1. Baking Soda
2. Essential Oil
“Kalau saya, secara peribadi saya suka lemon atau lavender. Bau rumah jadi fresh sahaja.”
CARA-CARA:
- Letak baking soda dalam bekas yang berlubang seperti bekas garam.
- Masukkan lebih kurang 10 titis essential oil pilihan anda.
3. Taburkan atas karpet, biarkan dalam 30 minit kemudian vakum. Hasilnya rumah anda akan kekal wangi sentiasa. Selamat mencuba!
Sumber: Fatin Jalil
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tarik Cahaya Semulajadi Ke Dalam Rumah Dengan 6 Tip Ini

Waktu siang adalah waktu kita menggunakan tenaga cahaya semulajadi berkadar minimum. Di Malaysia, walaupun kita menikmati cahaya matahari yang banyak, tetapi masih ada lagi segelintir unit kediaman yang tidak mendapat bekalan cahaya matahari mencukupi di siang hari disebabkan oleh pelbagai halangan dan kekangan struktur kediaman itu sendiri.
Oleh itu, IMPIANA mempunyai 6 garis panduan untuk anda menarik cahaya semulajadi masuk ke dalam kediaman anda.
- Maksimumkan Ketinggian Tingkap
Tahukah anda ukuran tingkap yang standard adalah 7 kaki tinggi. Sebaiknya anda cari lah kediaman yang dibina dengan bukaan tingkap yang lebar dan tinggi kerana ia akan mendorong kemasukan cahaya matahari secara maksimum ke dalam kediaman anda. Cahaya matahari yang banyak ini akan membuatkan kediaman anda mempunyai sirkulasi udara yang baik dan pencahayaan yang cukup untuk aktiviti pada siang hari. Jadi dapatlah anda menjimatkan bil eletrik kerana tidak perlu lagi membuka lampu.
2. Alihkan segala halangan di tingkap
Jika kediaman anda mempunyai terlalu banyak langsir yang panjang serta tebal. Adalah molek jika ianya ditukar ganti dengan langsir yang berwarna lembut atau pun jenis nipis (sheer). Elakkan langsir yang terlalu tebal dan berona gelap.
3. Lebihkan masa di luar rumah
Jika anda selalu menghabiskan masa yang terluang hanya dalam rumah, apa kata anda cuba pula menjengah bahagian luar rumah seperti di patio rumah jika anda tinggal di rumah teres atau balkoni serta tempat duduk tingkap. INGAT, kulit anda juga perlukan cahaya semulajadi yang mencukupi untuk terus kekal sihat.
4. Penggunaan cermin besar
Apabila anda ingin menerangi kawasan dalam rumah, ianya pasti merupakan satu usaha untuk menambah serta memaksimumkan kemasukan cahaya ke dalam rumah anda. Kalaulah kita boleh bawa cahaya sinar mentari ke dalam rumah dan tambah lagi kadar keterangannya, kan bagus? Trick nya adalah gunakan cermin di dalam dekorasi rumah anda. Aturkan secara strategik lokasi untuk meletakkan cermin kerana apabila cahaya masuk ke dalam rumah, ia akan memantulkannya sekaligus menerangi setiap sudut kediaman anda.
5. Naik taraf perabot anda
Perabot yang berat serta terlalu besar langsung tidak membantu anda dalam usaha menerangi kediaman serta membuatkan rumah anda mempunyai aliran udara yang bagus. Buanglah perabot yang terlalu banyak sehingga menghalang cahaya dan udara untuk menerangi kediaman anda.. Paling penting jangan biarkan perabot besar dan tinggi diletakkan di kawasan tingkap kerana ia akan menghalang cahaya dari menerobos masuk.
6. Hiasan bunga
Tahukah anda, bunga juga memainkan peranan penting dalam usaha membantu kediaman anda tampil nyaman, selesa dan mempunyai udara yang bersih. Ya, anda boleh letakkan pokok bunga kecil seperti bunga orkid di atas meja makan atau pokok bonzai di sudut rumah. Selain daripada menyuntik kesegaran dalam kediaman, anda juga boleh sejukkan rumah anda dengannya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
WAJIB Tahu, Ketebalan Langsir Ikut Keperluan Dan Kegunaan

Terdapat pelbagai pilihan ketebalan langsir di pasaran. Setiap jenis ketebalan sebenarnya bukan hanya direka berngantung kepada ketetapan konsep malah kegunaanya. Sebab itu, ada antara kediaman akan menggunkan langsir lebih dari satu lapisan.
Ketebalan serta pilihan warna kain langsir amat penting dalam kegunaan kita seharian di dalam rumah. Oleh itu, sebelum memilih fabrik untuk membuat langsir. Tentukan terlebih dahulu ketebalan langsir yang anda perlukan. Bukan sekadar melihat rekaannya sahaja
Penapis Cahaya Matahari
Langsir di bahagian tingkap fabriknya tidak terlalu tebal kerana fungsinya sebagai penapis cahaya matahari bagi tujuan menerangi kediaman di siang hari. Selain itu, ia juga bertindak sebagai pelindung perivasi bagi mengelak orang luar dapat melihat bahagian dalam kediaman. Orang kata, privasi penghuni rumah terjamin.
Ada juga pemilik yang gemar memilih 2 gabungan atau lapisan langsir iaitu langsir siang dan malam. Langsir malam dipilih daripada fabrik tebal, jacquard, baldu, linen, satin, polyester, scotchguard, kain kapas atau berwarna kegelapan.
Manakala pada waktu siang tirai langsir malam akan di singkap ke sisi. Hanya menggunakan langsir siang jenis nipis agar cahaya boleh masuk tetapi masih dapat mengekalkan privasinya. Langsir siang ini kebiasaanya terdiri daripada fabrik yang nipis bercirikan polos cahaya serta dikenali sebagai sheers. Jenis fabriknya adalah daripada kapas, silk dan polyster.
Penghadang bising
Selalunya apabila kita makan di dapur, pasti kita tidak mahu diganggu walaupun bunyinya datang dari ruang tamu. Solusi terbaik adalah dengan memasang langsir berkain tebal dengan pilihan warna yang tidak gelap seperti kelabu muda dan lain-lain.
Ini kerana ia berupaya mengurangkan kadar bunyi bising sebanyak 40% daripada bunyi asal. Oleh itu, pemasangan langsir tebal sebagai pemisah di ruang dapur tidak dapat mengganggu aktiviti di ruang tamu
Penyeri dalam rumah
Selain daripada dua point di atas, langsir juga berperanan sebagai cerminan kepada pemilik kediaman. Langsir berupaya bertindak sebagai penyeri kepada pintu dan tingkap yang menjadi elemen utama dalam rumah, ia mampu untuk menyembunyikan bentuk asal tingkap yang rekaannya kurang menarik.
Kalau tingkap saiz kecil, langsir potongan lebar mampu untuk mengubah skop mata agar ianya menjadi ilusi luas pada ruang berhampiran tingkap berkenaan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Buat Yang Tengah Survey Konsep Rumah Tu, Boleh Tiru Gaya Moden Ini. Tak Rugi!



Bagi menyuntik elemen kontemporari dengan lebih berkesan, material kaca turut dimanipulasikan menerusi penggunaan tingkap dan pintu gelangsar. Tidak hanya itu sahaja, kabel besi turut digunakan sebagai panel pembahagi ruang yang kelihatan begitu rustik mencipta satu kelainan.
PESONA INTERIOR LENGKAPI KEDIAMAN
Masih mengetengahkan pendekatan yang seiring dengan reka bentuk luarannya, penataan interior yang ingin diterapkan adalah bercirikan moden kontemporari yang ringkas dan bergaya. Tambah menyerlah, ia turut disuntik dengan elemen bercirikan alami bagi memenuhi segenap ruang daripada kemasan lantai sehingga pilihan warnanya.
Dibina dengan konsep pelan terbuka, ia memudahkan penataan ruang interior agar dapat disesuaikan mengikut fungsi ruang dan kehendak pemilik. Daripada ruang tingkat bawah, tetamu akan melalui anjung yang telah dibina pada pintu masuk kediaman ini. Namun, tetamu turut boleh akses melalui pintu gelongsor yang berada bersebelah pintu utama selain berfungsi sebagai sistem udara dan pencahayaan buat keseluruhan ruang tingkat bawah kediaman ini. Kediaman ini mempunyai ruang garaj yang agak luas dan mampu memuatkan dua buah kenderaan pada satu-satu masa.
Sebagai ruang sosial utama, penataan ruang ini pastinya menjadi keutamaan buat tetamu yang bertandang. Lazimnya, kekuatan sesuatu ruang itu bersandar kepada penataan interior dan aksesorinya. Namun tidak bagi ruang ini.
Sebuah sofa L rona kelabu lembut digandingkan bersama kerusi rekaan industri sebagai ruang duduk tambahan. Tampak menarik lagi pada ruang ini, sebuah meja makan yang bersambungan dengan kaunter pulau yang mampu memuatkan enam tempat duduk. Binaan kaunter pulau serta meja makan ini amat bersesuaian dengan permukaan pelan lantai kediaman ini yang kelihatan memanjang.
SENSASI BERGAYA DI BILIK TIDUR
Melangkah ke tingkat atas kediaman ini, terdapat tiga buah bilik tidur yang disediakan bagi kegunaan pemiliknya. Tumpuan penulis pastinya tertumpu pada ruang bilik tidur utama yang sensasi dengan penataan yang serba menawan.
Bilik tidur ini dilengkapi dengan panel dinding besar sekali gus mencipta suasana ruang yang eksklusif selain penggunaan perabot katil bina dalam dan set perabot meja kerusi daripada material kayu. Setiap bilik tata hiasnya begitu berbeza namun seiring dengan konsep moden mengikut usia anak pemilik.
Keseimbangan reka bentuk kediaman antara cita rasa dan persekitaran selain suntikan elemen gaya kontemporari mencipta sebuah ruang kediaman indah dan unggul. Inilah kekuatan kediaman Rimbun Vista di Seremban 2 ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI