Sebelum pilih langsir, ambil tahu ketebalan, keperluan dan kegunaan. Terdapat pelbagai pilihan ketebalan langsir di pasaran. Setiap jenis sebenarnya bukan hanya direka bergantung kepada ketetapan konsep tetapi juga dari segi kegunaannya. Sebab itu, ada antara kediaman akan menggunakan langsir lebih dari satu lapisan.
Ketebalan serta pilihan warna kain langsir amat penting dalam kegunaan kita seharian di dalam rumah. Oleh itu, sebelum memilih fabrik untuk membuat langsir. Tentukan terlebih dahulu ketebalan langsir yang anda perlukan. Bukan sekadar melihat rekaannya sahaja
Penapis Cahaya Matahari
Langsir di bahagian tingkapfabriknya tidak terlalu tebal kerana fungsinya sebagai penapis cahaya matahari bagi tujuan menerangi kediaman di siang hari. Selain itu, ia juga bertindak sebagai pelindung perivasi bagi mengelak orang luar dapat melihat bahagian dalam kediaman. Orang kata, privasi penghuni rumah terjamin.
Ada juga pemilik yang gemar memilih 2 gabungan atau lapisan langsir iaitu langsir siang dan malam. Langsir malam dipilih daripada fabrik tebal, jacquard, baldu, linen, satin, polyester, scotchguard, kain kapas atau berwarna kegelapan. Manakala pada waktu siang tirai langsir malam akan di singkap ke sisi.
Hanya menggunakan langsir siang jenis nipis agar cahaya boleh masuk tetapi masih dapat mengekalkan privasinya. Langsir siang ini kebiasaanya terdiri daripada fabrik yang nipis bercirikan polos cahaya serta dikenali sebagai sheers. Jenis fabriknya adalah daripada kapas, silk dan polyster.
Penghadang bising
Selalunya apabila kita makan di dapur, pasti kita tidak mahu diganggu walaupun bunyinya datang dari ruang tamu. Solusi terbaik adalah dengan memasang langsir berkain tebal dengan pilihan warna yang tidak gelap seperti kelabu muda dan lain-lain. Ini kerana ia berupaya mengurangkan kadar bunyi bising sebanyak 40% daripada bunyi asal. Oleh itu, pemasangan langsir tebal sebagai pemisah di ruang dapur tidak dapat mengganggu aktiviti di ruang tamu
Penyeri dalam rumah
Selain daripada dua point di atas, langsir juga berperanan sebagai cerminan kepada pemilik kediaman. Langsir berupaya bertindak sebagai penyeri kepada pintu dan tingkap yang menjadi elemen utama dalam rumah, ia mampu untuk menyembunyikan bentuk asal tingkap yang rekaannya kurang menarik. Kalau tingkap saiz kecil, langsir potongan lebar mampu untuk mengubah skop mata agar ianya menjadi ilusi luas pada ruang berhampiran tingkap berkenaan.
Bukan mudah nak dpatkan kontraktor yang baik dan dapat menjalankan tugas dengan jujur dan cermat. Pemilihan kontraktor yang betul juga merupakan satu proses yang tidak boleh dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Kontraktor yang diupah akan menentukan kualiti dan keadaan kediaman anda. Jadi buatlah pilihan bijak dan elakkan buat keputusan dengan gelojoh.
IMPIANA ingin kongsikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan sebelum memilih kontraktor yang sesuai :
1. Ambil masa untuk lakukan kaji selidik dan menilai latar belakang kontraktor.
2. Dapatkan spesifikasi lengkap dari pihak kontraktor dan bandingkan dengan kontraktor yang lain. Pastikan spesifikasi yang diberi adalah sama seperti keinginnan anda dan harag yang mengikut pasaran semasa.
3. Hitam dan putih atau dokumen persetujuan perlu disemak dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
4. Jika boleh, minta kontraktor bawa anda lawat (site visit) tapak projek yang sedang dijalankan atau yang sudah disiapkan untuk melihat dengan lebih dekat hasil kerja serta kualiti projek.
5.Semak semula bilangan punca kuasa, jenis alatan elektrik, jenis bekalan elektrik, punca bekalan air dan sebagainya. Ramai pemilik yang terlepas pandang dan terperangkap dengan tambahan kos diakhir projek.
6. Beri keutamaan pada struktur binaan, ambil tahu jenis besi atau bahan yang digunkan. Pastikan ia menepati piawaian dan yang berkualiti.
7. Lebih menyakinkan jika kontraktor tersebut telah berdaftar dengan CIDB.Dengan lesen perniagaan yang sah, sudah tentunya mereka akan lebih profesional.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jubin pada lantai atau dinding yang kotor dan berlumut adalah perkara turn off yang dapat merosakkan imej tandas anda. Bukan itu saja, jika tetamu lihat pun pasti mereka berasa geli nak masuk. Malu nya!
Memang tidak dapat dinafikan, nak memastikan tandas sentiasa dalam keadaan tip top dari segala aspek adalah satu hal yang memenatkan dan merumitkan tetapi ia penting untuk menjaga kebersihan dan juga bagi memastikan keharmonian rumah tangga yang berpanjangan.
Salah satu bahagian paling susah nak di maintain adalah pada jubin serta grouting kerana jika kita lalai sedikit pasti lumut dan kotoran mula melekat dan kalau dibiarkan lama-lama nanti susah nak tanggal. Tapi jangan risau, anda tak perlu lakukan renovasi besar besaran di tandas pun. Hanya perlu jadikan tugas mencuci tandas sebagai rutin. Yang menariknya, tak perlu guna sebarang sabun. Hanya dengan 4 bahan yang boleh didapati dari dapur sahaja.
Serbuk Penaik
Untuk sesi pembersihan minor seperti tompokan air, saki-baki tumpahan shampoo dan debu, serbuk penaik adalah bahan yang sesuai menggantikan sabun pencuci lantqi. Celupkan span lembap ke dalam mangkuk serbuk penaik dan gosokkan pada jubin, grout atau mana-mana permukaan yang kotor. Bilas dengan teliti menggunakan air suam. Cucian seperti ini ideal dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Cuka
Antara bahan dapur yang sesuai dijadikan sebagai bahan pembersih jubin adalah cuka. Sifat berasid cuka mewujudkan persekitaran yang menghalang pertumbuhan kulat, cendawan dan bakteria. Ia juga bahan yang boleh menembusi buih sabun, deposit mineral, bintik-bintik air dan banyak lagi.
Campurkan cuka dengan air ke dalam botol dengan nisbah yang sama kemudian semburkan saja bancuhan tersebut ke permukaan jubin. Biarkan campuran tadi di permukaan selama beberapa minit sebelum menyental dengan berus atau span. Untuk kotoran yang degil, tambahkan serbuk penaik ke dalam bancuhan cuka.
Cuka juga boleh berfungsi sebagai agen pencegahan untuk kegunaan setiap hari. Jadi anda boleh semburkan campuran ini pada jubin dan permukaan kaca sebelum anda keluar dari bilik mandi.
Garam
Garam berkuasa untuk membunuh organisma sel tunggal, seperti kulat dengan cara menegringkan mereka. Tapi jangan terkejut, untuk memastikan cara ini berkesan, kawasan kulat perlu dibiarkan lembap, barulah dapat lihat kebolehan garam yang sebenar. Untuk jubin lantai atau permukaan rata yang lain, anda boleh lapkan kawasan itu dengan kain lembap dan taburkan garam, sebelum menyental ke dalam bahagian-bahagian tertentu. Biarkan ia semalaman sebelum menyambung kerja-kerja pembersihan disebelah pagi keesokan harinya. Sebarang jenis garam kasar, termasuk garam Epsom, boleh digunakan.
Jus Lemon
Jus lemon kegemaran di kalangan pencinta bahan semula jadi kerana keupayaannya untuk membersihkan kotoran serta meringankan masalah kulit dengan efektif. Begitu juga tindak balasnya terhadap jubin. Seperti cuka, jus lemon segar mengandungi asid yang agak kuat menjadikan nya sebagai musuh utama buat kulat dan cendawan. Ia juga berfungsi dengan baik apabila digabungkan dengan serbuk penaik.
Itulah antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk kerja pembersihan jubin. Anda boleh lakukan semuanya sendiri, tidak perlu runsing lagi. Selamat membersih!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.