Bila kontraktor minta bayaran penuh/hampir penuh, hati-hatilah pemilik kediaman yang nak buat renovasi. Jangan sesekali terpedaya dengan pelbagai janji manis kontraktor yang anda sedang berurusan.
Kes-kes melibatkan penipuan kontraktor di Malaysia sebenarnya tidak baru dan muncul saban tahun. Rata-rata mangsa kes penipuan kontraktor ini adalah ‘first-timer’ dalam pembinaan dan pengubahsuaian rumah. Mereka tiada pengalaman dan ilmu yang betul dalam proses membina dan mengubahsuai rumah.
Dalam industri pembinaan dan pengubahsuaian, anda tak perlu bayar secara lump sum kepada kontraktor.
Sebaliknya, bayarlah mengikut peringkat.
Contoh:
20% siap – 20% daripada nilai renovasi
50% siap – 30% daripada nilai renovasi
100% siap – 50% daripada nilai renovasi
Anda hanya perlu bayar secara penuh apabila proses renovasi telah selesai dan anda berpuas hati dengan kualiti dan mutu kerja kontraktor tersebut.
Berikut perkongsian daripada Mahanom Mohammad seorang kontraktor bertauliah yang berpengalaman lama dalam dunia kontraktor.
Pemilik rumah harus berhati-hati apabila kontraktor meminta bayaran penuh atau hampir penuh, tidak setimpal dengan progres atau kemajuan di tapak bina. Hati-hati bila kontraktor anda meletakkan syarat bayaran yang boleh merisikokan anda rugi, sekiranya kerja tersebut tidak dapat dilaksanakan.
Sebagai pemilik rumah, anda berhak menolak syarat tersebut sekiranya kontraktor gagal memberikan sebab munasabah. Hati-hatilah. Sudah ramai terkena bayar 95% dengan harapan rumah siap selengkapnya.
Ads
Malangnya hasil kerja 50%. Kontraktor senyap sunyi tanpa berita. Hanya tiang dan ikatan bata untuk membentuk dinding sahaja. Selepas 3 bulan, tapak rumah naik semak samun. Mungkin jadi sarang nyamuk. Boleh jadi juga sarang ular.
Lebih menyedihkan apabila wang simpanan hari tua sebanyak RM200ribu telah dilabur. Yang dapat rumah terbengkalai bernilai RM70 Ribu sahaja. Hati-hatilah apabila kontraktor meminta bayaran tak masuk akal. Apatah lagi bayaran penuh 100% sebelum memulakan apa-apa kerja pun.
Kita nak kumpul duit, bukan mudah. Jangan sampai ada yang ambil kesempatan. Bila ada syarat bayaran sebegini rupa, ambillah ia sebagai satu red flag. Ia menghampiri scam. Sesal dahulu, rumah cantik jadi istana. Sesal kemudian, rumah tak siap hati sengsara.
Warna hitam dapat mewujudkan titik tumpuan serta menjadikan ruang nampak sofistikated dan elegan. Aksesori seperti lampu, cat atau perabot yang berwarna hitam pula, dengan mudah mencuri tumpuan dan dapat membantu untuk menzahirkan konsep yang ingin diketangahkan dengan lebih jelas lagi. Hitam dengan sendirinya pun sudah menarik, tetapi untuk mendapatkan efek yang lebih menakjubkan dan dramatik, padankan hitam dengan putih. Kombinasi ini juga akan menerapkan suasana bersih yang segar dan elegan pada kediaman selain sesuai digayakan denga pelbagai konsep seperti moden dan kontemporari.
Cara Menggunakan Hitam dan Putih Pada Kediaman Anda Dengan Efektif:
Jika warna hitam dan putih yang anda gunakan kelihatan terlalu menonjol, tone down kan ia dengan menggunakan warna sekunder yang lain seperti penggunaan warna merah , kuning atau keemasan.
Dinding yang dicat putih atau krim lembut sesuai untuk berfungsi sebagai latar belakang yang sempurna buat bingkai gambar atau karya seni. Pilih kayu gelap atau cat bingkai dengan warna hitam supaya ia dapat menjadi titik fokus didalam ruang yang terpilih.
Sebuah bilik mandi yang kecil kelihatan elegan dengan countertop dan lantai marmar, kabinet hitam serta dipadankan dengan kemasan hitam pada paip, lampu, bingkai cermin dan sebagainya. Tandas akan kelihatan lebih rapi dan kemas dengan pemilihan warna ini. Sesuai juga buat mereka yang bersifat misterius dan elegan.
Lapik tilam atau cadar putih bersih dipadankan dengan sarung bantal belang membuatkan bilik tidur nampak klasik dan elegan. Gunakan trim hitam untuk dinding putih atau pada katil. Anda perlu bijak menggabung dan memadankan kedua dua warna ini pada setiap penjuru bilik. Contohnya, letakkan rak buku hitam dihadapan dinding putih atau tempatkan lampu lantai hitam pada sisi katil yang putih dan sebagainya.
Gunakan aksesori besi hitam sebagai pelengkap pada ruang yang dicat putih polos serta dipadankan dengan sofa kelabu. Ruang akan nampak lebih cosy dan selesa apabila warna hitam dan putih bergabung dengan lantai kayu, selain warna hijau dari pokok yang mendatangkan suasana segar pada ruang tamu anda.
Gunakan hitam dan putih sahaja atau dengan warna accent yang lain untuk mewujudkan gaya klasik yang santai. Untuk menambah kesan dramatik dan seni hias yang menakjubkan, letakkan satu titik fokus seperti cermin besar dengan bingkai keemasan pada ruang yang kecil supaya kelihatan luas ditambah pula dengan lampu meja yang penuh karakter.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dinding rumah merupakan elemen yang penting untuk sebuah rumah. Anda harus mengenalpasti keadaan dinding rumah anda. Terdapat beberapa permasalahan seperti dinding beralun, retak, rekah, senget, berlumut dan sebagainya. Bayangkan sekiranya anda perlu melihat semua defect ini setiap hari, ia pasti menyakitkan mata memandang dan menimbul kerisauan.
Disini IMPIANA ingin berkongsi sedikit tentang jenis-jenis kerosakan yang biasa berlaku pada dinding kediaman anda.
Lembap Dan Berlumut
Sifat bata ialah ianya menyerap air. Jadi ia boleh menyerap air daripada bawah tanah. Biasanya ianya berlaku pada bahagian bawah dinding dan anda boleh rasa dengan menggunakan tangan.
Sebelum kerja mengikat bata dijalankan, DPC (damp proof course) hendaklah dipasang pada lapisan yang pertama. Tujuan DPC ialah untuk menghalang air daripada tanah untuk naik ke dinding bata. Kewujudan air dalam dinding boleh menggalakkan pertumbuhan lumut pada dinding.
Selain itu, dinding yang lembap boleh perpunca daripada berlakunya kebocoran pada paip di dalam dinding. Perkara ini boleh dipastikan dengan melihat sama ada dinding tersebut bersebelahan dengan tandas, dapur dan sebagainya.
Retakan Rerambut (Hairline Crack)
Kerosakan jenis ini agak susah untuk dikesan. Anda perlu perhatikan betul-betul baru anda boleh mengesan kesan jenis ini. Seperti namanya ukurannya hanyalah selebar sehelai rambut sahaja.
Banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakkan jenis ini. Antaranya ialah :
– Dinding bata tidak dibasahkan sebelum kerja-kerja plaster menyebabkan air di dalam mortar diserap oleh bata dan menyebabkan berlakunya hairline crack pada plaster.- Rumah melalui proses untuk settle dan menyebabkan berlaku perbezaan pergerakan antara struktur utama rumah dengan dinding bata. Anda boleh lihat sekiranya hairline crack berlaku pada sambungan antara tiang / beam dan dinding bata.
– Kerja-kerja memasang grill juga akan menyebabkan berlaku hairline crack.
Dinding Beralun
Cuba letakkan tangan anda pada dinding dan gerakkan pada sepanjang dinding. Adakah anda dapat rasakan seumpama tedapat alunan pada dinding rumah anda? Jika ya, bermakna dinding rumah anda ada masalah ini.
Masalah ini biasanya berpunca daripada tukang plaster / lepa yang tidak mahir. Sekiranya wave pada dinding rumah anda sangat ketara, masalah ini boleh berpunca daripada kerja ikatan bata.
Untuk lebih pasti, boleh gunakan lampu suluh dan halakan cahaya daripada tepi dinding. Sekiranya dinding rumah beralun, anda boleh lihat bayang bagi kawasan yang beralun.
Blistered, Bertampal-tampal
Dua kesan yang berbeza disini. Blistered adalah pop-up yang berlaku pada dinding. Biasanya disebabkan oleh nisbah campuran plaster yang salah dan ditambahkan dengan proses panas-sejuk pada dinding.
Bertampal-tampal atau patchiness pula disebabkan kualiti kerja yang tidak memuaskan. Anda boleh rasa dengan tangan, malah mungkin anda boleh lihat dengan mata keadaan berbelak-belak pada dinding anda.
Kalau anda perhatikan, kebanyakan kerosakan pada dinding berlaku pada lapisan plaster. Kenapa? Kerana kita tidak dapat melihat defect yang berada disebalik plaster. Mungkin kalau kita pecahkan lapisan plaster, banyak lagi kerosakkan yang boleh kita nampak.
Rekahan (Crack)
Apa beza rekahan dengan retakan rerambut? Rekahan adalah istilah yang digunakan untuk keretakan yang serius. Sekiranya anda boleh melihat cahaya daripada sebelah luar dinding anda maknanya terdapat rekahan pada dinding anda.
Kesan jenis ini adalah lebih berbahaya kerana ianya menghadapi kegagalan pada struktur. Jadi anda boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.
Namun begitu ianya boleh juga berpunca daripada kualiti kerja yang kurang memuaskan ataupun nisbah campuran mortar yang salah menyebabkan ikatan antara bata tidak kukuh.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai pemilik kediaman yang bercita-cita menanam rumput memenuhi laman tetapi ada kalanya tidak cukup pengetahuan tentang bagaimana untuk menjaga dengan baik agar rumput tumbuh sihat dan subur. IMPIANA ingin sertakan perkongsian daripada kontraktor rumput iaitu saudara Azlisham tentang kesilapan lazim yang sering dilakukan ramai tanpa kita sedari.
17 Kesilapan Semasa Tanam Rumput
Tidak meracun rumput liar dengan sempurna (rumpai atau tanaman asing liar) yang meliputi halaman.
Saranan: Lakukan semburan secara sistematik bukan secara rambang
Tidak faham jenis racun yang sesuai digunakan(racun saraf atau sistemik dan racun sentuh); menentukan tindak balas cepat atau lambat.
Saranan:
Racun sentuh : Contoh Paraquat bertindak balas dalam masa 2 jam selepas semburan
Racun saraf : Contoh Roundup kesan kelihatan selepas tiga-lima hari semburan
Meracun tanpa fikirkan kesesuaian masa.
Saranan: Masa terbaik meracun ialah pada jam 10 pagi – 2 petang.
Gagal patuhi arahan pada label botol racun.
Saranan: Sila ikut jadual sukatan mengikut jenis rumpai.
Tidak membuat ulangan semburan racun walaupun tahu semburan pertama tidak mendatangkan hasil diharapkan.
Saranan: Lakukanlah semburan kedua atau ketiga (jika perlu) andai semburan pertama gagal.
Tidak membersihkan dan membuang sisa-sisa rumpai, tunggul, batu-batu konkrit pembinaan dan sampah sarap lain.
Saranan: Lakukan kerja pembersihan secepat mungkin.
Tidak meratakan tanah bagi tujuan kesamarataan ketinggian tanah (leveling). Kegagalan ini akan mendatangkan masalah saliran air keluar dan masuk dan menyebabkan tanah bertakung.
Saranan: Ratakan tanah bagi menjamin air tidak bertakung.
Enggan menggunakan sistem sub-soil dan sistem semburan air automatik (sprinkler) di halaman luas.
Terlalu berkira apabila disarankan menambah top soit (tanah atas) bagi penyediaan medium tanaman baru dan lebih subur.
Tidak mahu menggunakan pasir sungai.
Saranan : Pasir sungai sangat perlu sebagai asas leveling dan saliran air baik.
Tidak memampatkan tanah dengan baik.
Saranan : Tanah perlu dimampatkan untuk kuatkan struktur tanah
Lupa taburkan serbuk rawatan tanah (CIRP/sulfur/atau kapur pertanian /baja organik)
Saranan : Jangan lupa . Ia sangat mustahak untuk neutralkan tanah berasid atau beralkali.
Menggunakan kaedah penanaman salah.
Saranan : Gunakan kaedah penanaman close turfing
Ingin hasil yang terbaik dengan membeli rumput gred rendah (murah)
Saranan : Beli rumput gred A atau berkualiti. Memang sedikit mahal tetapi berbaloi.
Kurang peka dengan pembajaan rumput.
Saranan : Gunakan baja N:P:K= 15:15:15
Lupa menyiram tanah sebelum menanam rumput.
Saranan : Siram tanah bagi melembutkan media tanaman
Tidak memadatkan rumput yang telah ditanam.
Saranan : Padatkan rumput dengan cara manual (memijak) atau menggunakan mesin.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.