Tidak dinafikan, penggunaan tilam bersama bingkai katil sudah semestinya memerlukan saiz keluasan ruang bilik tidur yang lebih besar.
Bagi anda yang mempunyai saiz keluasan ruang bilik tidur yang sangat terhad sememangnya amat tidak sesuai untuk menggunakan bingkai katil kerana ia akan membuatkan ruang bilik tidur anda kelihatan sempit dan terlalu padat.
Sebagai solusi untuk mengatasi masalah tersebut, ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan antaranya elakkan penggunaan bingkai katil di ruang bilik tidur anda.
Ads
Anda disarankan untuk tidak menggunakan bingkai katil sebaliknya hanya meletakkan tilam terus ke posisi atas lantai sebagai jalan penyelesaian.
Jadi, ini beberapa idea dekorasi ruang bilik tidur yang menarik tanpa menggunakan bingkai katil yang menarik boleh dijadikan sebagai panduan kepada anda semua.
Ads
Foto: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Dekorasi konsep farmhouse moden tema warna ‘earth tone,’ senang nak suaikan dengan perabot. Pemilihan tema warna ‘Earth Tone’ untuk dinding menjadikan ruang rumah nampak lebih luas dan lebih mudah untuk suaikan dengan warna perabot.
Warna ‘earth tone’ menjadi tren yang diminati oleh ramai orang kerana sifatnya yang natural dan hangat. Kehadirannya menjadi inspirasi dalam menata tempat tinggal masa kini supaya mendatangkan kesan hangat, nyaman, dan ‘welcome’.
Cantik, tenang dan bersih sahaja rumah pemilik kediaman. Perkongsian dekorasi rumah bertukar wajah selepas tragedi banjir Disember 2021. Pemilik kediaman menggunakan warna terang dan ceria. Selepas banjir, pemilik kediaman terus tukar konsep kepada modern farmhouse dengan earth tone.
Warna cat ideal untuk kediaman, jangan sampai tersalah pilih. Memang agak sukar untuk menentukan jenis warna yang akan digunakan sebagai warna utama agar ianya nampak sepadan dengan perabot yang telah kita pilih. Terdapat beberapa faktor yang wajar diberikan pandangan yang serius seperti kombinasi warna asas serta utama dan jenis ruangan yang akan dicat.
Anda pasti tidak mahu kelihatan sama warna dengan rumah orang lain bukan? Sebagai pemilik kediaman anda tentunya ingin muncul dengan idea tersendiri untuk mewarnai mahligai indah yang diidam-idamkan selama ini.
Berikut beberapa panduan pemilihan warna yang boleh anda terapkan di kediaman anda nanti.
TRY AND ERROR DI RUANGAN YANG KECIL
Saat ini anda masih lagi was-was dengan pilihan warna yang ada, jadi cuba dahulu di ruangan dinding yang kecil saiznya agar anda nampak kesannya setelah cat ditepek ke atas dinding. Ataupun anda boleh memilih dinding yang mudah untuk dilihat dan suai padankan perabot anda dengan dinging percubaan tersebut. Tetapi jika ianya nampak tidak sesuai, anda boleh tutupi kesilapan tersebut dengan hiasan wallpaper yang sesuai mengikut cita rasa anda sendiri.
PILIH WARNA YANG SESUAI DENGAN MOOD ANDA
Tahukah anda jika anda tersalah memilih warna untuk bilik tidur, anda akan rasa susah untuk tidur seperti diganggu dan ia mempengaruhi kadar rehat anda dan kesan buruknya amat nyata di pagi hari selepas anda bangun dari tidur yang tidak lena. Oleh itu, pemilihan warna neutral seperti biru air laut serta hijau muda amat sesuai.
PERIKSA DAHULU ADAKAH WARNA CAT SESUAI DENGAN PENCAHAYAAN DI KEDIAMAN ANDA
Sebelum anda membeli cat, anda pasti akan ditunjukkan oleh wakil penjual tentang pilihan kotak warna untuk rujukan anda. Di sini ketelitian anda amat diperlukan dalam menentukan warna apa yang sesuai dengan lampu yang digunakan di rumah kerana di Malaysia terdapat dua jenis lampu yang amat popular digunakan iaitu lampu pijar, warnanya agak kekuningan manakala lampu kalimantang pula menghasilkan warna putih serta sedikit biru.
FAHAMI SUSUNAN KELUARGA WARNA DARI CERAH HINGGA KE WARNA GELAP SERTA KETAHUI JUGA JUMLAH KECERAHANNYA
Berikut adalah di antara dua sebutan yang popular dalam penentuan kadaran warna iaitu Hue dan Saturation. Merah dan biru adalah warna hue. Nilainya bergantung kepada tahap keterangan atau kegelapan sesuatu warna tersebut.
Saturation pula adalah tentang tahap kepekatan sesuatu warna tersebut. Ianya amat penting kerana cara ini dapat menentukan kombinasi warna yang akan anda gunakan samada kuning terang bercampur biru muda atau sebagainya.
UJI WARNA PILIHAN SECARA TERUS PADA DINDING UTAMA PADA SKALA KECIL
Anda boleh cuba padankan segala pilihan warna terus ke atas dinding. Tetapi anda perlu bersedia dengan cat warna asal dinding, kerana anda perlu menutupnya kembali jika segala warna yang anda cuba tidak menetapi citarasa anda. Ini kerana di peringkat permulaan tadi, anda hanya bayangkan warna yang mengikut katalog yang disediakan, tetapi anda kini membawa pulang beberapa sampel yang bersesuaian.
PEMILIHAN WARNA MENGIKUT SKALA LINGKARAN WARNA
Senjata utama para designer adalah skala lingkaran warna. Ianya membantu mereka dalam pemilihan kombinasi warna yang tetap. Contohnya, padanan warna merah terang dan hijau muda merupakan padanan ideal untuk tema gelap-terang. Skala ini membantu adunan warna tersebut tampak hebat apabila diaplikasikannya nanti.
Bila kontraktor minta bayaran penuh/hampir penuh, hati-hatilah pemilik kediaman yang nak buat renovasi. Jangan sesekali terpedaya dengan pelbagai janji manis kontraktor yang anda sedang berurusan.
Kes-kes melibatkan penipuan kontraktor di Malaysia sebenarnya tidak baru dan muncul saban tahun. Rata-rata mangsa kes penipuan kontraktor ini adalah ‘first-timer’ dalam pembinaan dan pengubahsuaian rumah. Mereka tiada pengalaman dan ilmu yang betul dalam proses membina dan mengubahsuai rumah.
JANGAN BAYAR LUM SUM
Dalam industri pembinaan dan pengubahsuaian, anda tak perlu bayar secara lump sum kepada kontraktor.
Sebaliknya, bayarlah mengikut peringkat.
Contoh:
20% siap – 20% daripada nilai renovasi
50% siap – 30% daripada nilai renovasi
100% siap – 50% daripada nilai renovasi
Anda hanya perlu bayar secara penuh apabila proses renovasi telah selesai dan anda berpuas hati dengan kualiti dan mutu kerja kontraktor tersebut.
Berikut perkongsian daripada Mahanom Mohammad seorang kontraktor bertauliah yang berpengalaman lama dalam dunia kontraktor.
Pemilik rumah harus berhati-hati apabila kontraktor meminta bayaran penuh atau hampir penuh, tidak setimpal dengan progres atau kemajuan di tapak bina. Hati-hati bila kontraktor anda meletakkan syarat bayaran yang boleh merisikokan anda rugi, sekiranya kerja tersebut tidak dapat dilaksanakan.
Sebagai pemilik rumah, anda berhak menolak syarat tersebut sekiranya kontraktor gagal memberikan sebab munasabah. Hati-hatilah. Sudah ramai terkena bayar 95% dengan harapan rumah siap selengkapnya.
Malangnya hasil kerja 50%. Kontraktor senyap sunyi tanpa berita. Hanya tiang dan ikatan bata untuk membentuk dinding sahaja. Selepas 3 bulan, tapak rumah naik semak samun. Mungkin jadi sarang nyamuk. Boleh jadi juga sarang ular.
Lebih menyedihkan apabila wang simpanan hari tua sebanyak RM200ribu telah dilabur. Yang dapat rumah terbengkalai bernilai RM70 Ribu sahaja. Hati-hatilah apabila kontraktor meminta bayaran tak masuk akal. Apatah lagi bayaran penuh 100% sebelum memulakan apa-apa kerja pun.
Kita nak kumpul duit, bukan mudah. Jangan sampai ada yang ambil kesempatan. Bila ada syarat bayaran sebegini rupa, ambillah ia sebagai satu red flag. Ia menghampiri scam. Sesal dahulu, rumah cantik jadi istana. Sesal kemudian, rumah tak siap hati sengsara.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.