Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman. IMPIANA berkesempatan berkunjung ke salah satu projek dekorasi milik kontraktor bumiputera @yannariff_decor. Projek kediaman Mid Century Modern, teres 2 tingkat dengan keluasan 1,400 kaki persegi. Mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Ruang yang didekorasi hanya dilakukan pada tingkat bawah di bahagian ruang tamu dan dapur.

Pilih Konsep Bersifat ‘Timeless’

Konsep sesebuah kediaman memainkan peranan penting dalam ‘merubah wajah’ rumah. Sebaiknya, konsep yang dipilih kekal relevan seiring peredaran waktu dan tidak hanya sekadar mengikut trend semata-mata.

Bagi pemilik kediaman, Azizul Ibrahim, konsep Mid Century Modern yang dipilih adalah kerana ia berkonsep ‘timeless’, kekal relevan tak lapuk dek zaman dan sesuai sepanjang masa. Malah mempunyai warna yang menarik dengan elemen rona ‘brownish’, neutral, earthy & cognac menyerikan dan melengkapkan konsep ini.

Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman
Pemilik Kediaman, Azizul Ibrahim

Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman

‘Texture Wall’ Guna ‘PU Stone’

IMPIANA tertarik dengan pemilihan ‘texture wall’ di ruang tamu yang menggunakan PU Stone. Tekstur permukaan material yang kian menjadi trend ini seakan ‘batu sebenar’ pada dinding gua, dapat menyerlahkan lagi ‘feature wall’ di ruang tamu. Malah pemasangan juga tampak cukup kemas tanpa kelihatan ‘gap’ antara kepingan material ini.

“Bahagian dinding ini saya menggunakan material ‘PU Stone’. Sebenarnya kepingan ‘PU Stone’ ini dilekatkan ke dinding dan mempunyai ‘gap’. Namun saya kemaskan iya, menutup dengan simen supaya ‘gap’ tersebut tidak kelihatan,” ujar Azizul.

Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman
‘Feature wall’ menggunakan material ‘PU Stone’

Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman

Mix & Match Perabot Ikut Konsep Rumah

Pemilik kediaman juga bijak mix & match serta guna pakai perabot yang sedia ada pada kediaman sebelum ini bagi menepati konsep yang menjadi pilihan. Malah turut menggemari ruang kediaman yang tampak luas dan tidak tertutup terutamannya pada bahagian bawah tangga.

Ads

“Side table di ruang tamu ini sebenarnya adalah ‘bed side table’ dari bilik lama saya. Saya ‘modify’ sikit pasang tempat caj telefon. Tak tahu nak letak mana saya letak di ruang tamu. Nak buang sayang pula,”

“Saya suka kawasan yang luas dan tak suka bahagian bawah tangga bertutup dijadikan stor pasang ‘fluted panel’ , ia nampak biasa,” jelas Azizul.

Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman
Side table yang asalnya adalah ‘bed side table’ di bilik.

Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang ZamanRumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman

Pemilik Suka Tampil Kelainan Dalam Dekorasi

Citarasa pemilik kediaman ini ternyata gemar idea dekorasi yang tampil berbeza dengan kediaman lain. Ini dapat dilihat dari segi pemilihan konsep rumah, material ‘feature wall’, barangan perhiasan seperti ‘custom artwork’ pada dinding, pilihan lampu gantung, rekabentuk kabinet dan sebagainya.

Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman

Menjengah ke ruang dapur, pemilik memilih kemasan Quartz Stone corak marble pada kaunter top dan melamine pada pintu kabinet. Bahagian ‘backsplash’ tampil bergaya dengan material ‘bamboo fiber’ yang lebih jimat kosnya berbanding jubin.

Ads

“Untuk bahagian kaunter top saya gunakan Quartz Stone corak marble, pintu kabinet pada wet dan dry kitchen menggunakan melamine sahaja, sebab saya bukan ‘heavy’ untuk memasak. Bahagian (backsplash) pula saya guna ‘bamboo fiber’ untuk melekatkannya dan bukan guna tiles bercorak. Malah ia lebih murah,” kata Azizul.

Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman

Selain kabinet bertutup penuh, binaan kabinet dapur kering pemilik tampil berbeza apabila mempunyai rak terbuka bagi meletak hiasan bagi menambah elemen dan kelainan pada ruang ini.

Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman

Pasang ‘Safety Mesh’ Untuk Keselamatan Kucing

Pemilik juga mementingkan keselamatan kucing-kucing tersayang. Meskipun Jaring keselamatan ‘Safety Mesh’ dipasang pada bahagian ‘sliding door’ bagi mengelakkan ‘si bulus’ keluar rumah, namun ia juga dapat berfungsi memberi pengudaraan dan pencahayaan pada kediaman.

Ads

“Saya ada bela kucing, jadi saya tak mahu kucing keluar daripada rumah saya pasang ‘safety mesh’ ini. Ia juga untuk pengudaraan dalam rumah. Malah ia juga mudah dibersihkan berbanding menggunakan ‘grill’ biasa,” jelas Azizul yang mengeluarkan kos lebih RM2,000 untuk memasang ‘safety mesh’ ini.

Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman

Mengakhiri temubual, bagi pemilik rumah merupakan terapi bagi dirinya. Menempuhi kesesakan jalan raya ketika pergi dan balik kerja, disamping sesekali menghadapi tekanan di tempat kerja, apabila balik ke rumah dan mempunyai rumah yang selesa, cantik dan cosy ia bagaikan terapi buat diri sendiri.

INFO KEDIAMAN:
Nama Pemilik: Azizul Ibrahim
Usia Kediaman: 5 bulan (November 2024)
Jenis Kediaman: Teres 2 Tingkat
Konsep: Mid Century Modern
Lokasi: Sepang
Keluasan Kediaman: 20’x70′ (1,400kps)
Pereka ID: Yann Ariff Decor
Kos Dekorasi: RM70,000
Spesifikasi Ruang:
4 Bilik, 4 Bilik Air, Ruang Tamu,Ruang Makan, Dapur Kering & Dapur Basah

Mesti Baca: Rumah Pengumpul Barang Lama, Unik Pelan Lantai Tiny House Konsep Tradisional Klasik
Baca Lagi Di Sini: Inspirasi Tiny House 300kps Konsep Minimalist & English Style, Dijadikan Homestay
Artikel Menarik: Pesona ‘Entrance & Backyard’ Konsep Minimalist Clean, Serikan Kediaman Teres 1,680Kps

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI