Rumah tanpa ruang tambahan bokeh buat wet kitchen, dry kitchen dan laundry area. Siapa kata rumah perlu ada ruang tambahan untuk jadi lebih selesa dan berfungsi?
Rumah Tanpa Ruang Tambahan Boleh Buat Wet kitchen, Dry Kitchen & Laundry Area
Pemilik kediaman ini membuktikan bahawa dengan perancangan yang teliti dan susun atur yang bijak, setiap ruang asal rumah boleh dimaksimumkan penggunaannya tanpa perlu ubah struktur sedia ada.
Rumah ini tidak mempunyai sebarang extension atau ruang tambahan. Namun begitu, pemilik berjaya menyusun semula dan mengoptimumkan ruang sedia ada untuk menempatkan tiga kawasan penting dalam rumah:
Dry kitchen (dapur kering)
Laundry area (ruang dobi)
Wet kitchen (dapur basah)
Susun atur ini bukan sahaja menjadikan rumah lebih tersusun, malah memberi aliran kerja yang lebih lancar untuk aktiviti harian seperti memasak, membasuh dan menyimpan barang dapur.
Ads
Pendekatan praktikal ini sangat sesuai untuk mereka yang tinggal di rumah yang bersaiz sederhana atau tidak mahu menjalani kerja pengubahsuaian besar-besaran. Dengan kreativiti, perancangan dan sedikit sentuhan estetik, ruang yang ada boleh diubah menjadi lebih berfungsi dan menyenangkan.
Kadang-kadang, tak perlu pun tambah binaan baru untuk buatkan rumah nampak lebih teratur dan premium. Rumah ini buktikan yang dengan layout asal pun, ruang boleh jadi sangat fungsional dan bergaya, asalkan ada perancangan dan sentuhan reka bentuk yang bijak.
Pemilik rumah ini tidak melakukan sebarang extension atau ubah struktur. Sebaliknya, ruang yang sedia ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina tiga zon penting dalam rumah dry kitchen, wet kitchen dan laundry area.
BEFORE: Ruang Kosong Tanpa Identiti
Gambar sebelum menunjukkan ruang asas dengan lantai dan dinding jubin kosong. Tiada perabot, tiada pencahayaan terancang, dan ruang kelihatan hambar seperti kebanyakan rumah baru yang masih belum disentuh.
Ads
AFTER: Gabungan Estetik Moden Dan Praktikaliti
Hasil akhir sangat mengagumkan. Ruang yang dulunya kosong kini berubah sepenuhnya jadi dapur moden yang sleek dan kemas. Antara elemen yang mencuri tumpuan:
✅ Kabinet putih tinggi ke siling dengan pemegang emas — nampak mewah dan elegan
✅ Countertop dan backsplash bermotif marble — seragam dan bersih, menambah aura eksklusif
✅ Lampu gantung gaya minimalis — menaikkan mood ruang
✅ Washing machine built-in dalam kabinet dapur — sangat jimat ruang dan bijak
✅ Dekorasi ringkas seperti pasu hijau dan dulang rotan — sentuhan semula jadi yang menyeimbangkan ruang
Ads
Rekaan Pintar, Hidup Lebih Teratur
Kombinasi dry kitchen, wet kitchen dan laundry area dalam satu barisan linear seperti ini sangat sesuai untuk rumah dengan ruang terhad. Ia memudahkan aliran kerja harian, lebih tersusun, dan paling penting, semua nampak effortlessly stylish.
Kesimpulannya, rumah ini contoh sempurna bagaimana kita boleh make the most out of what we already have. Dengan bajet yang lebih terkawal, tapi impak visual dan fungsi yang sangat tinggi. Satu inspirasi terbaik untuk pemilik rumah yang nak naik taraf dapur tanpa perlu ‘pecah dinding’.
Dapur yang bersih adalah sesuatu kenikmatan yang kita tak boleh nak abaikan tetapi alangkah bagusnya jika kita ada aksesori untuk barang-barang di dapur kita. Tambahan lagi, dalam memiliki dapur yang minimalis juga dapat membangunkan lagi dapur kita. Nak tahu aksesori apa yang bagus untuk dapur? Lihat di bawah ini.
BOTOL BUMBU PORTABLE
Botol bumbu portable ini adalah botol kecil yang bumbu tetapi ia juga boleh digunakan untuk menyimpan ekspres gula, garam atau lada. Maksud eskpres ini adalah dengan secara ringkas, boleh terus mengambilnya dan meletakkan dalam masakan atau minuman.
KANTUNG BUMBU
Kantung dan botol portable ini lain sedikit. Kerana ia diperbuat dari plastik bening dengan ada tempat gantungnya. Kantung ini selalunya di tampal atau digantungkan ke dinding.
LACI AJAIB
Ia disebut laci ajaib kerana laci ini dapat menyimpan barang dengan jumlah yang begitu banyak berbanding laci biasa. Apa yang lagi menarik adalah, lebih banyak barang disimpan lagi tersusun rapi dan mudah untuk mencari barang yang kita mahu.
Baiklah, itu sahaja aksesori dapur yang dapat saya kongsikan. Anda juga boleh mencubanya di rumah.
Perkakas dapur seperti kuali atau cerek yang kerap digunakan pasti akan meninggalkan kerak hitam dibawahnya. Walaupun masih boleh digunakan, kadangkala sakit juga mata memandangnya.
Tidak dinafikan, nak sental kerak tu bukannya mudah kan? Jadi, apa kata anda cuba gunakan bahan ajaib ini. Melalui perkongsian pengguna Twitter Hsaytoc ini, beliau hanya membelanjakan kurang dari RM5 untuk kembalikan kilat pada kuali yang sudah berkerak hitam. Mari ikuti apa rahsianya.
Before & after. Bajet Bawah RM5 je dah boleh bg kuali nampak baru balik. Span ni beli kat Mr. Diy harga RM4++. Sental dgn air sabun je bagi smooth. Buat ni tak sampai 10 minit. Dia senang gila tanggal. Takpayah pakai berus dawai besi dah.
Sudahkah anda mencuba berus ini? Kongsikan dengan IMPIANA
Siapa kata tak boleh buat kabinet dapur dekat rumah sewa? Faham, sesetengah pemilik tidak benarkan penyewa memaku atau menebuk lubang walau sebatang paku yang menjadi keperluan. Dengan ada sistem kabinet dapur pasang siap dari IKEA, ia bukan sahaja penyeelsaian terbaik untuk andayang menyewa, malah untuk yang berjimat dan bajet tak berapa nak cun seperti yang dikongsikan oleh Eiro Lilo Nasir.
Disebabkan kabinet dapur mahal sangat tambahan rumah pun sewa, Lilo buat keputusan untuk beli kabinet dapur ikea dan pasang sendiri je. Total untuk kabinet dapur, paip dan sinki RM 935 sahaja kalau pasang sendiri. Tanya dekat kedai kabinet dapur, harganya hampir RM 2-3K. Berikut barang-barang yang Lilo gunakan untuk membina kabinet dapur di rumah sewa:
Kabinet ikea 3 pintu (Knoxhult )
sinki (Fyndig)
Table top p kedai welding (upah orang tebuk)
pasang sinki + buat paip (buat senidiri)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...