Dari ruang kosong yang polos, di sinilah bermulanya impian sebuah dapur yang bukan sekadar tempat memasak, tapi tempat mengukir kenangan. Dinding bersih, lantai berjubin gelap, dan cahaya semula jadi yang masuk dari tingkap tinggi, semua ini memberi potensi besar untuk diolah jadi dapur idaman.
Setiap inci ruang ini menanti untuk dihidupkan dengan sentuhan peribadi oleh pemiliknya. Perjalanan ini mungkin ambil masa, tapi langkah pertama sudah pun bermula. Dan dari ruang sederhana inilah, tercipta sebuah dapur yang penuh fungsi, gaya dan rasa puas.
Satu permulaan baru
Ruang dapur ini walaupun kecil, sebenarnya ada potensi besar kalau dirancang dengan bijak. Setelah membuat survey beberapa kontraktor akhirnya pemilik bertemu dengan kontraktor yang dapat memberikan servis ID. Dialah yang banyak menolong dalam mereka bentuk desain yang bersesuaian dengan saiz dapur pemilik juga tentang perletakan wiring dan plumbing agar dapur berfungsi secara praktikal.
Jangan risau, dapur kecil pun boleh jadi dapur idaman!
Ini adalah set hood dan hob jenama Livinox, pilihan yang semakin popular di kalangan pemilik rumah kerana:
✅ Banyak review positif
✅ Harga yang berpatutan (affordable)
✅ Rekaan moden dan sleek
✅ Dilengkapi twin motor untuk sedutan lebih kuat
✅ Sesuai untuk dapur kecil atau besar
Ads
“Kami beli di kedai Alat Dapur, yang memang terkenal dengan pilihan produk dapur lengkap. Pilihan yang bijak untuk jimat dan fungsi,” ujar pemilik.
Pelbagai jenis sinki ada di pasaran tapi jenis sinki dapur jenama Sorento stainless steel 304 jadi pilihan pemilik. Sinki ini kelebihannya:
– Tahan lama.
– Ramai pengguna cadangkan jenis ini.
– Nasihat: Elakkan sinki viral, kerana banyak masalah jangka panjang.
Kenapa Stainless Steel 304 jadi pilihan bijak:
Anti karat & tahan lasak – sesuai untuk penggunaan harian berat.
Mudah dicuci & tak mudah calar.
Material premium – tahan suhu panas, tak berubah bentuk.
Jangka hayat lebih lama berbanding sinki biasa.
Tip Tambahan:
✔️ Semak ketebalan sinki (lebih tebal = lebih tahan)…
Ads
Dalam proses membina dapur ini, kebimbangan pemilik ialah takut tersalah pilih warna yang akan memberi kesan besar pada hasil akhir dapur. Pemilihan warna memang nampak mudah, tetapi ia memainkan peranan besar dalam mood dan identiti ruang. Oleh itu, proses ini memerlukan banyak pertimbangan dari segi pencahayaan, konsep keseluruhan dan rasa peribadi.
Proses renovasi
Proses renovasi dapur diperluaskan hingga ke bahagian yard (laman belakang). Struktur asal telah mula diubah suai – dinding sebahagiannya dikikis, pendawaian elektrik didedahkan dan lantai masih dalam keadaan kasar tanpa kemasan akhir.
Keputusan pemilik untuk extend kitchen sampai yard, menandakan projek renovasi ini adalah satu langkah besar untuk mencipta ruang dapur yang lebih luas dan praktikal. Sudah pasti emosi pemilik ketika itu bercampur baur antara rasa teruja dan sedikit stres.
Bila tiles mula dipasang di dapur, rasa excited dengan pilihan warna yang cantik dan mengikut citarasa pemilik. Memang tak sabar dihati nak tengok hasil terakhir dapurnya.
Ads
Akhirnya sempuna sudah dapur impian pemilik sepertimana yang diinginkan. Bayangkan lima tahun kumpul duit, bukan sehari dua, kini mampu tersenyum puas.
Kalau simpan daging, ayam atau pun ikan, sebelum dimasak perlu nyah beku. Tapi, macam mana kalau kita nak gunakan sebahagian je dari bahan yang telah dibekukan? Kalau nak di nyah beku dan simpan semula, ia akan menjejaskan kualiti bahan tersebut.
Ila Aja berkongsi kaedah praktikal untuk menyimpan bahan beku supaya mudah dan cepat untuk digunakan
Pernah tak puan-puan kalau nak masak keluar bahan mentah untuk dilembutkan semua 1 bekas padahal nak guna bukan semua pun. Kan senang kalau nak 1 keping, ambil jer sekeping walaupun dalam keadaan beku. Saya kongsi cara ni kalau boleh dimanfaatkan bersama. Cara ni boleh digunakan juga untuk daging, ayam, sotong, udang dan lain-lain
Susun daging mentah dalam piring jarak-jarak macam ni, masukkan ke dalam freezer untuk dibekukan. Untuk ayam, udang, sotong pun sama caranya.
Bila dah beku, bolehlah dileraikan dari piring. Saya guna piring nipis untuk mudah twist sikit, senang terpisah daging dari piring.
Bila dah terpisah dari piring, akan jadi sekeping-sekeping macam ni
Bolehlah masukkn ke dalam bekas. Ayam pun saya guna cara yang sama. Hasilnya begini la, kalau keluarkan dari freezer, daging akan jadi terpisah macam ni, jadi mudah untuk kita nak keluarkan berapa banyak yang nak gunakan tanpa perlu keluarkan semua dalam 1 bekas tu. Harap bermanfaat & memudahkan kita di dapur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memang rimas jika rumah ditengah-tengah barisan kediaman teres yang lain, pasti kita terbayangkan suhu bahang di waktu tengah hari, kurang pencahayaan semulajadi dan mungkin juga ruang yang tampak sempit.
Pemilik kediaman ini berhasrat untuk mengubahsuai dengan menerapkan pelan terbuka pada ruang disamping memberi penghormatan kepada neneknya yang cintakan alam semulajadi.
Jose House ini merupakan kediaman jenis teres satu tingkat biasa yang berukuran 23 ‘x 75’ (7m x 23m).
Kediaman moden dengan rekabentuk unik ini dilengkapi oleh pencahayaan semulajadi, ruang terbuka yang luas dan juga tumbuh-tumbuhan yang segar menghijau. Kombinasi privasi dan nilai estetika yang tinggi juga telah menyumbang kepada keindahan senibina ini.
Lokasi : Petaling Jaya
Arkitek: Fabian Tan Architect
Keluasan : 1275.0 m²
Gambar : Ceavs Chua
Selesa betul kalau rumah jenis terbuka dan mesra alam ni kan.
Pantau Kerja Renovasi TANDAS, Elak Lantai Mudah Bocor, Air Bertakung & Dinding Berkulat! Bilik air atau tandas antara ruang yang sering digunakan pada kediaman setiap hari. Jadi sangatlah penting untuk mempunyai bilik air yang bersih, selesa dan selamat digunakan.
Bagi pemilik kediaman yang sedang merancang untuk melakukan renovasi pada bahagian tandas, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian penting, supaya tidak menyesal di kemudian hari. Antara masalah besar yang sering berlaku pada tandas ialah, lantai bocor, air bertakung dan dinding berkulat.
Bukan apa, melakukan pengubahsuaian pada tandas atau bilik air di rumah memang memerlukan kos yang besar. Jadi buat sehabis baik dari awal proses renovasi, daripada perlu membayar sebarang kos yang boleh dielakkan nanti. Jimat duit!
Perkongsian daripada Ruangteduh.house ini boleh dijadikan panduan.
Ni 4 benda penting yang ramai tak tahu waktu renovate tandas;
1. Gunakan Waterproofing Berkualiti Tinggi!
➡ Jangan jimat waterproofing! Pilih jenis 2-layer coating & pastikan kontraktor buat waterproofing naik ke dinding sekurang-kurangnya 1 kaki. Kalau bocor, kos repair mahal!
2. Pastikan Cerun Lantai Ke Arah Floor Trap!
➡ Lantai mesti ada slope ke arah lubang air, bukan rata! Kalau tak, air bertakung & jadi tempat bakteria membiak. Kontraktor malas selalu buat rata!
3. Guna Grout Anti-Kulat & Sealant Berkualiti!
➡ Bukan semua grout sama! Pilih grout epoxy yang kalis air & senang bersihkan. Seal semua sudut dengan silicone sealant anti-mold supaya tak jadi hitam & berkulat!
4. Jangan Pilih Jubin Licin & Terlalu Besar!
➡ Jubin besar susah nak buat cerun yang betul, & jubin licin bahaya – mudah tergelincir! Pilih jubin matte / anti-slip untuk lebih selamat.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi buat pemilik kediaman yang ada perancangan untuk renovasi bilik air di rumah, ikut tip yang dikongsikan ini supaya tak menyesal nanti. Barulah keadaan bilik air elok, tak mudah bocor, berkulat, air bertakung atau licin.
Bilik mandi merupakan salah satu ruang yang amat penting bagi sesebuah kediaman dan perlu dititikberatkan. Jadi oleh itu, semua pemilik rumah wajib untuk mempunyai...