Rumah mewah Jungkook BTS diceroboh, wanita warga China ditahan. Seorang wanita warga China ditahan oleh pihak polis Korea Selatan selepas dipercayai cuba menceroboh masuk ke kediaman Jungkook, anggota kumpulan BTS, pada malam Rabu (11 Jun).
Rumah Mewah Jungkook BTS Diceroboh, Wanita Warga China Ditahan
Insiden itu berlaku pada hari yang sama Jungkook menamatkan tempoh perkhidmatan wajib militernya.
Menurut laporan Korea JoongAng Daily pada Khamis (12 Jun), wanita tersebut ditangkap oleh anggota dari Balai Polis Yongsan, Seoul, sekitar jam 11.20 malam waktu Korea (KST) atas tuduhan cuba memasuki premis tanpa kebenaran.
Pihak polis mendedahkan bahawa wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu cuba memasuki kediaman milik anggota termuda BTS di kawasan Yongsan dengan menekan kod keselamatan pada pintu utama secara berulang kali.
Bertindak atas laporan yang diterima, polis segera ke lokasi kejadian dan menahan wanita berkenaan di tempat kejadian.
Hasil siasatan awal mendapati wanita itu mengaku datang ke Korea dengan tujuan untuk bertemu Jungkook, yang baharu sahaja menamatkan khidmat militernya pada 11 Jun.
Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mendedahkan maklumat lanjut mengenai hukuman atau tindakan lanjut terhadap wanita terbabit. Siasatan berhubung insiden tersebut masih dijalankan.
Jungkook Tamatkan Wajib Militer Bersama Jimin
Dalam perkembangan berkaitan, Jungkook dan rakan sepasukannya, Jimin, telah menamatkan tempoh 18 bulan perkhidmatan wajib militer mereka pada 11 Jun lalu. Mereka merupakan anggota kelima dan keenam BTS yang menyelesaikan khidmat tersebut selepas Jin, J-Hope, RM, dan V.
“Kami telah selesai hari ini, jadi kami boleh terus menyambung lukisan yang telah kami hasilkan sebelum ini. Kami akan menyediakan sesuatu yang lebih baik dan akan menunjukkannya kepada semua,” ujar Jungkook selepas menamatkan khidmatnya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang bersamanya sepanjang perkhidmatan.
Ads
“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua di kem – para senior, junior dan rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih kerana menjaga saya dengan baik,” tambahnya lagi.
Kini, para peminat BTS atau dikenali sebagai ARMY hanya menunggu giliran Suga, yang dijangka akan menamatkan khidmatnya sebagai pegawai perkhidmatan sosial pada 21 Jun ini.
Berikut adalah 6 tip keselamatan penting untuk dijadikan panduan kepada mereka yang tinggal bersendirian di kediaman, sama ada di rumah teres, pangsapuri atau kondominium:
1. Sentiasa Kunci Pintu Dan Tingkap
Walaupun berada di dalam rumah, pastikan semua pintu dan tingkap dikunci dengan kemas, termasuk pintu belakang, tingkap bilik air, dan ruang balkoni. Gunakan mangga berkualiti tinggi serta sistem selak tambahan sebagai langkah pencegahan.
2. Pasang Sistem Keselamatan Tambahan
Pertimbangkan untuk memasang CCTV, lampu sensor gerakan, kunci pintu digital, atau alarm keselamatan. Sistem ini bukan sahaja boleh menghalang penceroboh, tetapi juga memberikan ketenangan minda.
3. Jangan Mudah Percaya Pada Orang Asing
Elakkan membuka pintu kepada individu tidak dikenali, walaupun mereka berpakaian seperti pekerja penghantaran atau penyelenggaraan. Sahkan identiti mereka terlebih dahulu melalui interkom, peephole atau panggilan telefon.
4. Elakkan Berkongsi Rutin Harian Secara Terbuka
Jangan dedahkan lokasi, waktu keluar masuk rumah, atau pergerakan harian anda di media sosial. Penceroboh boleh menggunakan maklumat ini untuk merancang tindakan mereka.
5. Simpan Nombor Kecemasan Di Tempat Mudah Capai
Pastikan anda mempunyai nombor penting seperti balai polis berhampiran, pengurusan bangunan, atau jiran terdekat. Simpan juga power bank atau telefon kedua sebagai sokongan jika berlaku kecemasan.
Ads
6. Kenali Jiran dan Bangunkan Jaringan Sokongan
Berbaik-baiklah dengan jiran, terutama yang tinggal berdekatan. Mereka boleh menjadi barisan pertahanan awal jika berlaku sesuatu yang mencurigakan, dan memudahkan anda meminta bantuan segera jika perlu.
Dengan mengambil langkah berjaga-jaga ini, mereka yang tinggal sendiri boleh mengurangkan risiko bahaya dan menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan selamat.
Memang serabut lihat dinding yang penuh dengan suis ini.
Bagi yang suka rumah dalam keadaan tersusun, mungkin akan nampak ruang dinding ini tak kemas dan mencari cara untuk memastikan ia nampak teratur atau menutupinya. Antara idea yang boleh dipraktikkan adalah dari Siti Fatimah Ahmad ini.
Idea cover dinding banyak suis
Sebelum ini kalau ambil pic mesti dinding ni dielakkan. Rasa macam tak elok gambar yang diambil sebab kedudukkan suiz, loceng dan kotak MCB yang berselerak.
Jadi saya build in satu kabinet untuk cover semua bahagian dan cuba pelbagaikan kegunaan untuk menyimpan kunci dan bil- bil rumah.. Taraa ini lah hasilnya…
Boleh panggil tukang buat kabinet buat macam ni. Selain ‘cover semua suis dan kotak MCB, kabinet ini juga pelbagai guna.
Bahagian atas jadi tempat letak kunci. Bahagian bawah boleh jadi tempat letak kasut.
Cantik deko bila dah tambah dengan kabinet pelbagai guna.
Seorang pemilik syarikat kontraktor yang berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini telah berkongsi di laman Facebooknya tentang bagaimana beliau berjaya merealisasikan impian pasangan guru pencen iaitu Pn Nik Patanah Binti Nik Muhammad untuk mendiami mahligai indah di Kampung Laut, Tumpat Kelantan.
Menurut En Aqwa Mustofa selaku kontraktor, beliau bertanggungjawab untuk menyiapkan segala pembinaan mengikut idea dan pandangan yang diutarakan oleh pelangannya seperti mahu membina rumah bertiang tinggi kerana ingin mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanaknya dahulu. Rumah kampung moden ini berkeluasan 1800 kaki persegi berkapasiti 4 bilik tidur, 3 tandas, 2 ruang tamu dan 1 dapur. Manakala kos keseluruhan pembinaan menelan belanja sebanyak RM350,000.
“Rumah ini disiapkan bersama kakitangan saya selama 8 bulan berikutan terdapat penangguhan dari segi faktor cuaca di pantai timur kerana apabila masuk sahaja musim tengkujuh, hujan turun tanpa henti dan mengakibatkan banjir sehingga menyukarkan projek ini disiapkan dalam tempoh yang pendek.”ujarnya.
Selain itu, senibina tiang tinggi ini bermanfaat untuk seisi keluarga kerana jika diperhatikan di sebelah bawah rumah, banyak ruang parkir yang tersedia. Pada pandangan penulis, jika tuan rumah mengadakan kenduri doa selamat, para tetamu tidak mempunyai masalah untuk meletakkan kenderaan masing-masing.
Di bawah ini adalah beberapa koleksi gambar yang dikongsikan oleh En Aqwa Mustofa untuk tatapan pembaca Majalah IMPIANA di luar sana. Mana tahu anda mendapat idea baru untuk renovasi kediaman ibu bapa anda di kampung. Jangan lupa Tag Facebok page IMPIANA ye!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Trend dan stail dekorasi akan sentiasa berubah-ubah mengikut musim. Rose gold, terrazzo dan jubin subway adalah antara trend hiasan rumah paling popular untuk tahun 2018. Dan dengan hadirnya tahun baru ini, pelbagai trend baharu dijangka akan mengambil alih gaya yang lama. Di sini IMPIANA senaraikan 9 trend dekorasi yang akan mengindahkan lagi 2019 anda..
AKSESORI BUATAN TANGAN Item-item buatan tangan dengan olahan mengikut trend terkini mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Rakyat tempatan kini lebih kreatif dan gemar menghasilkan sendiri item-item dekorasi. Ia bagaikan satu trend yang semakin berkembang pesat dan meluas.
BOHO VIBES
Gaya boho kini kembali lagi dengan sedikit sentuhan dan olahan vintaj moden. Untuk tahun 2019, gaya dekorasi boho kelihatan lebih bersih, kemas dan teratur. Tidak seperti dulunya yang sarat dengan warna dan corak.
90% PUTIH, 10% WARNA
Inginkan kediaman kelihatan yang lebih “insta-worthy”? Rona putih yang mendominasi kediaman akan memberi impak visual ruang yang lebih luas. Selain memberikan suasana yang lenang dan kemas.
TONA TANAH
Rona lembut tanah seperti coklat, kelabu dan hijau turut menjadi pilihan pengeluar cat untuk tahun ini. Earth tone lebih menenangkan dan mudah untuk disuai padan.
KERTAS DINDING DAN FABRIK FLORAL
Keindahan corak bunga yang tampil klasik dan menawan memenuhi kehendak pemilik yang menggemari gaya vintaj. Trend ini bukan sahaja sesuai digayakan dengan konsep Inggeris, malah ia juga boleh diberi nafas baharu dalam persekitara yang lebih moden jika anda bijak menyuaipadan.
BACKSPLASH MENONJOL
Jubin dinding atau backsplash yang menarik perhatian sebagai titik fokal untuk ruang dapur sememangnya merupakan salah satu trend yang bakal menyerikan tahun 2019 anda. Selain merupakan upgrade yang praktikal dan unik, pemilihan jubin bercorak dengan rona warna yang ceria juga dapat menambah ‘perisa’ pada dapur yang hambar.
PERABOT AKRILIK
Dengan rupa fizikal seakan kaca dan ketahanan bak keluli, perabot akrilik adalah gabungan sempurna kecantikan dan ketahanan dengan aura classy. Walau bagaimanapun, ia memerlukan rejim penjagaan yang rapi bagi memastikan keaggunan perabot kekal lebih lama.
KEMASAN GELAP
Untuk tahun ini, kemasan yang bertona lebih suram atau gelap akan menjadi pilihan pereka mahupun pemilik. Batu marmar masih akan menjadi pilihan yang klasik, tetapi rona yang lebih gelap akan diberi keutamaan.
MULTI FUNGSI DAN KOMPAK
Perabot multi fungsi bukan sahaja memudahkan tetapi ia juga merupakan salah satu langkah penjimatan ruang yang bijak. Pengguna yang bijak akan memilih untuk menggunakan perabot multi-fungsi dan kompak untuk menghiasi kediaman untuk tahun ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!