Pilih langsir ikut kesesuaian dinding, elak rugi bila dah tempah tapi tak sesuai. Adakalanya terlepas pandang dek rambangnya mata memilih itu dan ini untuk ruang kediaman. Maklum sahaja semua yang disajikan di premis hiasan kediaman, cantik-cantik belaka dan adakala kita terbuai dek rekaan atau corak kemasan lembut yang menawan sehingga terlupa situasi sebenarnya di kediaman kita.
Namun itu bukan satu masalah jika kita sendiri tahu apakah yang patut kita perolehi untuk dinding dan jendela. Berikut dikongsikan enam tip ringkas untuk menghias jendela yang sesuai dengan dinding rumah anda.
Kediaman anda berdinding rendah atau berjendela tinggi? Jika anda mendiami kediaman bersiling rendah, jangan gusar untuk menutup keseluruhan dinding kecil anda dengan langsir agar ruang nampak lebih luas dan tinggi.
Ilusi ini juga membantu anda menyerlahkan tata hias yang lebih kemas dan elegan sebagaimana acap kali anda lihat di hotel lima bintang. Jika siling kediaman anda rendah, cari corak jejalur dan susun lah secara vertikal (menegak) mahu pun horizontal (melintang). Garisan ini selalunya memberi ilusi pada mata dan menjadikan ruang tampil luas dari yang sebenar.
DINDING TINGGI
Adakala kita terlupa jendela kediaman kita bukan sebagaimana kediaman lain yang jauh lebih rendah. Selalunya jendela yang tinggi menyebabkan kain langsir menjadi senteng. Jangan malu segan untuk menambah fabrik di bawah mahu pun ¾ dari kaki fabrik langsir . Tambahkan 6 inci hingga 9 inci lebar kain tambahan dan jahit lah dengan kemas sambungannya agar membentuk garisan mewah di atas teks kain tersebut.
Manakala bagi dinding, jika anda bermain dengan kertas dinding, tidak salah jika memilih corak flora fauna yang samar atau ilusi pokok menjalar tinggi bagi kanak-kanak agar dinding yang agak tinggi ini nampak lebih menarik dan disempurnakan dengan hiasan yang ideal. Gantungan ala vertikal juga digalakkan.
Bagaikan akuarium, kediaman urban kini dilitupi dengan cermin jarang baru pada hampir keseluruhan dinding. Ini adalah kerana kebanyakan kediaman kini mempunyai gaya urban dan banyak menggunakan cermin jarang.
Ads
Anda boleh menutup dengan bidai roman yang juga kemas dan didatangkan dalam pelbagai corak dan boleh juga dipadankan dengan kemasan lembut. Kelebihan bidai Perancis ini adalah corak dan warnanya boleh ditukar-tukar oleh tuannya. Anda juga boleh menggunakan bidai horizontal bagi menyukat cahaya yang tidak diperlukan dengan lebih berkesan.
PADANAN IDEAL
Pastikan anda melihat dinding kediaman sebelum bertindak memilih langsir yang serasi. Apakah jenis kemasannya dan apakah pula warnanya yang dipilih. Anda perlu peka dengan kesesuaian ruang juga. Misalnya ruang dipalitkan dengan rona tanah dengan konsep harmoni.
Pastikan anda tidak memilih rona yang bertentangan dengan skema warna yang mendominasi ruang agar pandangan fokus mata anda tidak bertelagah di dalam satu ruang. Sebaliknya pilihlah rangkaian warna tanah yang ideal buat ruang tersebut agar teradun sempurna.
Begitu juga jika ruang sudah sarat dengan hiasan dan corak dari kertas dinding. Tergamakkah kita mengenakan langsing bercorak sarat berwarna terang? Pilihan rona pastel yang lebih tenang dan melegakan pandangan di ruang tersebut.
Awas, pastikan jendela anda mampu memberi limpahan cahaya matahari dengan sempurna. Jika ruang tamu anda terkepung dengan bangunan atau tidak menghala ke arah matahari, pilihlah langsir renda yang bukan sahaja menarik malah tidak menghalang cahaya semula jadi secara total .
Ads
KESILAPAN LAZIM
Ramai di kalangan kita yang silap memilih rekaan langsir tanpa mengambil kira keserasian rekaan langsir dan konsep kediaman. Kita merasakan rekaan langsir tidak sama dengan konsep kediaman atau saiz kediaman. Namun antara yang lazim dilakukan adalah melangsiri pintu.
Misalnya:
*Memilih langsir swag di kediaman bersiling rendah dan sempit
*Memilih langsir berwarna kontra dengan dinding
*Memilih aras langsir yang agak senteng
Ads
*Memilih langsir ropol ala kedesaan dan dipadankan dengan gaya moden.
*Memilih kain bercorak sarat untuk langsir rekaan klasik berswag.
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
https://www.youtube.com/watch?v=tG4BakIxL1M&t=69s
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah rasa tak rumah dah cantik, tapi emosi anda berasa suram? Ia di sebabkan terdapat aura atau cas negatif yang terperangkap di dalam kediaman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan anda tidak perasan akan kehadirannya. Ia akan menyebabkan gangguan emosi dan jika dibiarkan akan menyebabkan dipresi dan kemungkinan memberi kesan kepada kesihatan. Oleh itu, untuk pastikan aura negatif ini terbebas dari kediaman anda, lakukan 13 perkara ini:
1. BUKA TINGKAP
Menurut Silvia Christmann, Growth Coach and health and happiness guru, “udara segar adalah segala-galanya. Oleh itu, pastikan setiap pagi tingkap rumah anda di buka untuk memberi laluan keluar masuk udara segar di dalam kediaman. Yang paling penting, pastikan laluan udara di dalam kediaman tidak di halang walaupun hanya dengan sehelai langsir.
2. BAKAR KAYU DUPA
Kayu dpua atau kemenyan bukan lah amalan mistik, Ia telah digunakan sejak zaman perbua bagi sebagai ubat dan rawatan rohani. Antara kayu dupa yang seusai untuk menyingkirkan aura negatif di dalam kediaman adalah Nag Champa. Kandunggannya berupaya membersihkan udara di dalam kediaman disamping mengundang aura tenang.
3.BUANG ATAU BAIKI BARANG ROSAK
Barang atau kelengkapan kediaman yang telah rosak seperti kerusi patah walaupun sedikit dan boleh dibaiki, akan mengundang aura negatif kepada pengguna. Apa kata, anda segra baiki kerosakkan tersebut atau buangkan sahaja. Jangan biarkan ia terlalu lama
4. SEMBUR AROMA PATI MINYAK OREN
Umum tahu, rona kuning dan aroma oren mengundang semangat ceria. Disamping itu, sifat limau yang berasid dan sangat sesuai bagi tujuan penyingkiran kotoran. Oleh itu, untuk menyingkirkan aura negatif dan membangkit suasana ceria di dalam kediaman sembur atau diffuse pati minyak oren di dalam kediaman
5. BUANG BARANG YANG TIDAK DIPERLUKAN
Apa perasaan anda bila melihat counter top yang penuh barang berjaya dikosongka? mesti legakan. Begitulah bila keadaan dalam rumah dipenuhi dengan barang yang tidak diperlukan
6. CAT DINDING DENGAN RONA KUNING
Warna memankan peranan penting dalam mencetus ambiance yang terbentuk di dalam sesebuah kediaman. Menurut pereka dalaman Ana Zuravlionva, warna kuning berupaya meneutralkan iron negatif yang terperangkap di dalam kediaman. Selain itu juga, ia membuatkan kediaman anda kelihatan lebih luas
.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cara mencuci baju yang salah antara punca pakaian cepat rosak. Mesti ramai tak sedar perkara ni. Nak basuh baju, bukan pakai humban je ye. Ada beberapa tertip yang perlu anda lakukan. Berikut 13 kesalahan yang dilakukan ketika mencuci pakaian.
TIDAK MENGASINGKAN PAKAIAN DENGAN BETUL
Selaian pengasingan mengikut warna, jenis fabrik juga perlu diperhatikan.
TIDAK MEMEBRSIHKAN KOTORAN DEGIL TERLEBIH DAHULU
Jika terdapat kotoran degil seperti minyak, cat dan sebagainya, bersihkan sisa otoran tersebut terlebih dahulu sebelum di cuci. Khuatir nanti ia merebak ke pakaian lain
MENGGUNAKAN SERBUK PENCUCI TERLALU BANYAK
Bahaya guna sabun serbuk ni. Nanti tinggal debu-debu putih melekat pada pakaian. Dah kene cuci semula. Nak selamat, buat air sabun terlebih dahulu. Baru masukkan pakaian.
TAK TUTUP ZIP
Ini antara punca zip pada pakaian cepat rosak. Sebaiknya, tutup zip sebelum pakaiana dibasuh. Jika dibiarkan zip terbuka ketika basuh, ia akan menyebabkan giginya rosak
TIDAK MEMBUKA BUTANG
Berbeza pula bagi butang, ia perlu dibuka atau dileraikan daripadanan. Jika tidak, butang mudah tercabut
PENGGUNAAN PELUNTUR BERLEBIHAN
Penggunaan peluntur yang berlebihan dan secara kerap akan menyebabkan pakaian akan mudah mereput dan fabrik menajdi keras
MENCUCI PAKAIAN DALAM MENGGUNAKAN MESIN BASUH
Ni mesti ramai yang buat kan? campak sahaja semua pakaian dalam mesin basuh. Walaupun anda menggunakan bekas atau beg khas untuk mencuci pakaian dalam ia tetap akan merosakkan bentuk asal. Sebaiknya, ia menggunakan teknik rendaman dan cucian ringan
MENGGUNAKAN PELEMBUT FABRIK PADA TUALA
Kandungan kimia di dalam pelembut pakaian akan menyebabkan tuala mempunyai daya resapan yang kurang.
CUCIAN TERLEBIH BANYAK DAN TERLALU KURANG
Untuk penjimatan dan kecekapan tenaga, pastikan cucian yang dilakukan secara maksimum. Namun, tidak terlalu padat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mesti ramai yang akan atau sudah memulakan perjalan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab untuk pergi mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal dijalankan pada 19 November depan.
Tetapi ingat, dalam kesibukan menunaikan tanggungjawab kepada negara, ada perkara lain yang lebih mustahak perlu ada lakukan iaitu langkah keselamatan sebelum pulang ke kampung. Bukan apa, khuatir nanti, dah sampai kampung baru teringat rumah tak dikunci rapi.
Jadi, pastikan sebelum anda memulakan perjalanan, pastikan anda buat 10 perkara ni:
1) Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan baik supaya tidak mudah dipecah atau diumpil.
2) Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.
3) Jika ada “auto timer” lampu. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi setiap hari.
4) Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik jika ada.
5) Jangan biarkan binatang peliharaan kebuluran semasa bercuti.
6) Maklumkan kepada jiran yang tidak pulang ke kampung dan berikan nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa semasa ketiadaan di rumah.
7) Pastikan tiada barang² kemas seperti emas, wang tunai, barang berharga dan sebagainya di dalam rumah atau disimpan di tempat yang selamat.
8) Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah mengetahui rumah ditinggalkan kosong.
9) Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan di rumah.
10) Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal dan berikan maklumat seperti Nama, Alamat, Nombor telefon yang mudah dihubungi, Tarikh berlepas dan balik juga Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.