Trik gantung bingkai gambar, tak perlu paku atau tebuk lubang. Bagi yang menyewa, kebanyakan pemilik rumah tidak membenarkan dinding dipaku atau ditebuk lubang untuk tujuan menggantung frame. Dalam hati sudah berkobar-kobar nak hias rumah cantik-cantik.
Tapi sebenarnya anda punya pilihan lain. Kalau tak boleh tebuk lubang atau paku untuk membolehkan anda menggantung frame atau mengabadikan gambar kenangan di dinding, anda boleh cuba 4 cara mudah ini.
1. Glue pads
Terdapat banyak jenis glue pads di pasaran. Kadang-kadang kalau yang jadi cikgu tu dah biasa dengan glue pads untuk tampal kertas atau poster untuk mengajar kan. Tapi glue pads brand Stabilo atau Faber Castell tidak berapa sesuai untuk anda gunakan pada bingkai gambar. Kalau setakat nak tampal kepingan gambar terus pada dinding ok lagi.
Tapi untuk beban frame adalah sesuai untuk anda gunakan UHU Patafix. Terdapat pelbagai material UHU Patafix ini. Tapi yang paling sesuai untuk gantung frame anda ambil yang di khaskan untuk “Homedecor” atau “PROpower” yang berwarna hitam. Tambahan, UHU Patafix ini boleh digunakan semula dan mudah dibersihkan.
2. Damage free hang
Produk jenama Command yang di keluarkan oleh syarikat 3M memang terkenal dengan Damage free hang. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk. Tapi kalau untuk tujuan gantung bingkai gambar, jenis strips yang paling sesuai untuk digunakan.
Command strips mampu memegang beban sehingga 7.5 kg. Jadi pastikan saiz strips yang digunakan bersesuaian dengan beban bingkai gambar yang akan di lekat pada dinding. Selain itu juga, Command strips ini mudah untuk dibersihkan semula.
3. Adhesive hook
Penyangkut dinding yang bergam atau adhesive hook memang banyak di pasaran. Tapi ramai yang lebih gemar membeli yang murah-murah. Yang murah kebiasaannya akan menggunakan gam tidak berkualiti. Itu jadinya gantung sehelai tuala pun tidak tahan lama.
Cari lah yang lebih berkualiti untuk dapatkan hasil yang baik. Ada juga adhesive hook yang di sertakan dengan gam yang perlu dipanaskan terlebih dahulu. Ha… yang ini pun bagus juga.
4. Decorative tape
Decorative tape seperti washi tape dan duct tape bercorak pun sesuai untuk anda abadikan kepingan gambar di dinding. Yang ini lagi jimat. tidak perlu buat frame mahal-mahal. Anda gunakan washi tape tadi sebagai pengganti bingkai gambar.
Tapi kalau anda gunakan duct tape, untuk tujuan membersih agak sukar sedikit. Ini disebabkan oleh gam pada duct tape memang betul-betul kuat dan ia dikategorikan sebagai gam kalis air. Kalau di tanggalkan, akan meninggalkan kotoran gamnya. Namun tidak bagi washi tape.
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI