Dinding batu bata antara feature penting bagi dekorasi berkonsepkan industri, hipster dan kediaman yang menekankan konsep english country. Namun, bagi anda yang nak makeover kediaman, tak perlulah robohkan dinding atau buat dinding baru dari batu bata. Ada kaedah yang lebih cepat dan mudah. Kebiasaanya, wallpaper bercorak batu bata menjadi pilihan. Namun bagi yang suka tekstur batu bata, wallpaper bukanlah pilihan terbaik. Apa kata cuba idea yang dikongsikan oleh Nur Nazihah Abd razak.
1. Bancuh dulu cat mengikut arahan yang terdapat pada pek bungkusan
2. Sapukkan lapisan pertama (special effect) yang telah siap dibancuh (sapuan perlu rata seperti kemasan simen pada dinding
3. Bentukkan tekstur batu bata ketika lapisan “special effect” separuh kering
Ads
4. Pastikan dinding yang telah siap di corakkan kering sepenuhnya
5. Selepas kering sepenuhnya, sapukan cat. Anda mungkin perlukan 2-3 lapisan cat untuk menghasilkan kesan batu bata yang sebenar. Pastikan cat kering sepenuhnya sebelum lapisan berikutnya di sapu
6. Gunakan cat yang sedikit gelap bagi menghasilkan tekstur batu bata sebenar
Ads
7. Buat garisan pada joint batu dengan menggunakan cat hitam atau putih. Mengikut cadangan Nazihah, soft gray nampak lebih semulajadi.
Mencari bingkai gambar yang sempurna sering menjadi punca ramai diantara kita give up dari mendeko galeri gambar di dinding. Cadangan kami? Pilih sesuatu yang simple dan biarkan gambar anda berbicara.
Selepas memilih bingkai yang bersesuaian, kita beralih ke bahagian yang sukar : menggantungkannya. Dengar macam mudah – hanya ketuk paku ke dalam dinding, bukan? Hakikatnya, prep dan perancangan adalah kunci utama untuk galeri dinding yang menarik dan kemas. Tanpa perancangan rapi, bingkai di dinding akan nampak caca marba serta out of place.
Di bawah IMPIANA kongsikan enam cara susun atur bingkai gambar untuk panduan kita semua. Jangan lupa share dengan kawan yang lain!
1.SPIRAL
Mulakan dengan satu bingkai di tengah kemudian dari situ, susun bingkai yang lain mengelilingi bingkai pertama tadi.
2. CENTERED
Ini susun atur yang ringkas memerlukan usaha yang minima. Anda hanya perlu letakkan satu atau dua bingkai di bahagian tengah dan selaraskan bingkai di sisi kiri dan kanan dengan satu sama lain.
3. OUTER ALIGN
Anda hanya perlu pastikan kesemua bingkai gambar pada bahagian luar selari dan tidak terkeluar dari ‘barisan’.
4. REFLECTION
Tidak perlu risaukan saiz bingkai jika anda mahu cuba susunan refleksi ini. Hanya perlu pastikan bingkai gambar yang digantung itu terbentuk seakan objek dan bayang-bayangnya.
5. STAIRCASE
Sedikit kelainan dengan susunan ini kerana anda perlu susun mengikut arah menaik tangga. Pasti lebih menarik!
6. NINE-SQUARE
Jangan pandang rendah pada susunan simple ini. Walaupun nampak mudah, susunan inilah yang dapat memberi impak lebih besar pada sesuatu ruang.
Kebiasaan, pemaju akan menyediakan satu suis lampu dan kipas siling. Namun jika ingin menggunakan lebih dari 1 lampu, ia menuntut anda menyediakan lagi satu litar baru yang ditarik dari suis. Bermakna tambah soket dan line penyambungan yang baru. Hal ini lebih rumit dan memerlukan kos agak tinggi. Nak upah kontraktor pun boleh tahan mahal harganya. Tambahan, musim PKP ni memang sukar nak jemput orang luar datang rumah kan.
Apa kata anda buat sendiri tanpa perlu tarik line kable baru seperti yang dilakukan oleh FARIZAM CHANNEL. Yang lebih menarik, sistem lampu yang pasang menggunakan sistem kawalan jauh. Macam mana caranya? jom lihat video yang telah disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Shiplap kini semakin diminati ramai dan telah mengambil alih populariti wainscoting. Ini disebabkan oleh teknik shiplap lebih mudah di buat sendiri berbanding wainscoting. Terdapat pelbagai rekaan shiplap ini yang menjadi pilihan. Hasilnya memang menarik dan sangat sesuai dengan kediaman yang berkonsepkan cottage atau anda yang sukakan tekstur dinding seakan kayu.
Kali ni, IMPIANA nak kongsikan hasil DIY suami puan Rahimah Azizyang mengambil masa 2 hari untuk disempurnakan. Barang-barang yang digunakan hanya dibeli secara di atas talian. Jom kita lihat hasil transformasi shiplap feature.
Ukuran shiplap: 94 inc Nak beli Shiplap RM 2 ni, boleh klik link yang disertakan https://invol.co/cl4yjy6
Finishing cap: kayu wainscoating
Gam/pelkat: Gam silikon
Jarak antara papan shiplap hanya gunakan 2 batang aiskrim. Lebih mudah dan tak perlu ukur lagi dah
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.