Beruntung bagi pemilik kediaman yang mendapat penyewa bertanggungjawab dan menjaga rumah seperti milik mereka sendiri.
Namun, ada segelintir daripada penyewa ini yang bersikap sambil lewa malah ada yang tergamak menanam bayi sendiri di parking rumah sewa berkenaan.
Penyewa Tanam Bayi Dalam Simen Parkir Rumah, Tuan Rumah Hati-Hati Pilih Penyewa!
Semalam, gempar apabila ada laporan berita mengenai penemuan mayat bayi yang ditanam di parkir berlantai simen sebuah rumah teres. Kejadian menyayat hati ini berlaku di Taman Sri Rokam, Ipoh, Perak.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mayat bayi tersebut adalah perempuan dan dilahirkan tidak cukup bulan.
Penyewa Tanam Bayi Dalam Simen Parkir Rumah
Dia juga menambah, berdasarkan keterangan pakar patologi, bayi itu lahir ketika kandungan berusia tujuh bulan dan siasatan tidak menemukan sebarang kecederaan.
Ads
Mayat bayi dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) petang tadi dan bedah siasat akan dilakukan jam 9 pagi esok.
Berdasarkan keterangan pemilik rumah tersebut, kali terakhir kediaman itu dihuni adalah oleh wanita warga Indonesia. Namun, dia telah melarikan diri sejak sebulan yang lalu.
Rumah itu telah disewakan kepada seorang wanita sejak tiga tahun lalu dengan kadar sewa RM400 sebulan. Pemilik rumah, yang tinggal bersebelahan, mengesahkan bahawa rumah itu telah dibeli 20 tahun lalu dan disewakan. Dia juga menyatakan bahawa wanita Indonesia itu mengandung kerana dia mengutip sewa setiap bulan secara tunai.
Ads
Mayat bayi ditemui sekitar jam 11 pagi semalam oleh penyewa baharu, seorang warga Indonesia, yang sedang mengorek tanah untuk menyimen semula lantai parkir. Penyewa itu terjumpa cebisan kain dan menemui mayat bayi tersebut
IMPIANA : Pengajaran buat tuan dan pemilik kediaman, hati-hati apabila menyewakan rumah kepada penyewa. Selidik latar belakang penyewa dahulu.
Rujukan sebelum nak ‘renovate’ rumah perkongsian daripada Ar.Ahmadkhairul Sabirin dari Sabirin Rosli Architect.
Kebiasaannya kita ni bila dah beli rumah, rasa kita nak buat apa pun boleh, ye lah rumah kita kan, hasil titik peluh dari kecil menabung, dah besar ni mesti nak renovate rumah bagi cantik. Renovate? Tak ada masalah tapi tau tak apa yang boleh dan tak boleh?
Kalau diikutkan, kerja-kerja kecil seperti tukar tile dapur, toilet pun perlu permit. Permit ubahsuai dalaman/ permit kerja kecil namanya. Untuk kerja yang tidak mengubah struktur sedia ada.
Nak letak tong roro di depan rumah pun perlu ada permit ya. Tak boleh suka-suka pasal depan rumah dah bukan kawasan kita, itu kawasan PBT dah. Jadi cuba pergi ke majlis dan bertanya kan hal ini, untuk mengelakkan kita kena denda waktu random spot check oleh majlis.
Alah tambah dapur belakang je bang, alah tambah bilik tepi sikit saja. Jangan main-main ya main tambah kiri kanan atas tanpa kelulusan majlis, kalau tertangkap, ready lah duit untuk bayar denda.
Nak renovate tambah ‘floor area’ ni memerlukan kelulusan dari PBT. Tak boleh terus hire kontraktor dan jalan terus. Salah. Hire arkitek dan arkitek akan selesaikan urusan untuk menyediakan dan mendapatkan pelan lulus dari PBT.
Arkitek mahal? Saja nak beritahu, kalau majlis tahu anda buat renovation tanpa pelan lulus, denda 10x dari wang proses pelan dan kena submit lalu arkitek juga. Mana lagi mahal? Ikut cara betul ke salah? Boleh fikir-fikirkan.
Sebelum nak renovate, berbincang lah dengan jiran dulu. Pasal bila bising kerja renovate, mereka yang kena hadap. Kalau 8 bulan bising, 8 bulan lah mereka makan hati. Last-last jiran sendiri yang report ke PBT, tambah pula tak ada kelulusan. Dah satu hal pula.
Tak rugi berbaik dengan jiran. Lagi pula kepada siapa yang baru berpindah dan terus renovate rumah, jiran pun tak kenal, main langgar terus renovate.
Sekarang pun kalau nak renovate memang memerlukan consent dari jiran.Macam borang yang kita dah inform jiran kita nak renovate. Percayalah, tak rugi berbaik dengan jiran.
Perlu diingat, walaupun DALAM kawasan pagar tu rumah anda, tak bermakna anda boleh buat rumah sampai pagar. haha. Tak boleh ya. Kalau rumah, perlu ada anjakan sehingga 6.1m atau 20 kaki dari line pagar/line sempadan. Itu adalah kehendak PBT.
Anda boleh didenda jika berbuat demikian. Boleh jadi akan dirobohkan. Ikut budi bicara majlis, apa pun saya ingat kan awal-awal, tak boleh ya. Cuba rujuk arkitek atau PBT kalau tak percaya.
Ini level legend. Biasa ni level-level T20 ni. Dia nak buat apa? Dia nak buat guard house weh! Gated and guarded community dah, tapi rasa tak selamat lagi. Sayang kan Mustang punya pasal, dia buat pondok guard luar dari pagar. Tak boleh ya.
Terang lagi bersuluh tak boleh. Kalau bertanya dengan majlis ni, confirm dia jeling punya. Tak sempat tanya dah kena reject. haha.
Baru ni ada juga viral segala tanaman, kerusi batu, reban dekat depan rumah kena clear dengan jentolak pasal ada kerja repair paip. PBT cakap dah luar pagar bukan area kita, jadi hadap sajalah kalau semua tu kena clear kan untuk kerja-kerja pembaikian.
Jenis ni ada juga. Submit untuk permit kelulusan saja, lepas tu dibuat lebih lagi dari ikut pelan lulus. Banyak kes arkitek pun tak tahu. Sudah nya, arkitek tarik diri, CCC pun tak ada. Ini pun tak boleh ya.
To sum up, ikut lah undang-undang. Mudah. Jangan kerana terlalu ingin berjimat, hujung nya kita rugi juga.
Ar.Ahmadkhairul Sabirin of Sabirin Rosli Architect
Malu bertanya, duit lebur.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi sebelum nak ‘renovate’ mana-mana bahagian rumah tu, pastikan fahamkan dulu peraturan dan undang-undang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Siapa sangka, ubahsuai banggunan lama menemui rangka bayi lebih 100 tahun.
Penemuan rangka bayi di bawah papan lantai sebuah rumah di Fore Bondgate, Bishop Auckland, County Durham, ketika pengubahsuaian dipercayai meninggal dunia lebih 100 tahun lalu dalam keadaan mencurigakan.
Kontraktor menemui rangka bayi itu selepas mengangkat papan lantai di sebuah unit flat pada 11.15 pagi 28 Julai lalu. Bayi itu dibalut dengan surat khabar bertarikh 1910 dan terdapat seutas tali di lehernya.
Siasatan Polis
Polis Durham menyiasat sejarah penduduk terdahulu dan mengesahkan bayi itu cukup bulan pada 40 minggu, tetapi jantinanya tidak diketahui. Ujian forensik lanjut sedang dijalankan, termasuk penentuan usia melalui tarikh karbon.
Lokasi penemuan adalah bangunan zaman Victoria yang pernah menempatkan unit ibu dan bayi dikendalikan gereja, tetapi dipercayai bayi itu disembunyikan sebelum tempoh tersebut.
Ketua Detektif, Inspektor Mel Sutherland berkata siasatan sukar kerana kejadian berlaku lama dahulu. Fokus utama adalah untuk mengetahui identiti bayi dan apa yang berlaku. Mereka bertekad memberikan upacara pengebumian yang sesuai dan bermaruah kepada bayi itu.
Pengumpulan Maklumat Sejarah
Polis sedang mengumpul maklumat sejarah mengenai pemilikan rumah dari tahun 1900 hingga 1920, termasuk rekod dan susur galur keluarga untuk mengenal pasti sebarang saudara-mara yang masih hidup.
Kajian Kes Dedah Kawasan Berisiko Tinggi Pembentukan SINKHOLE Di Kuala Lumpur & Ampang Jaya. Kejadian seorang wanita warga India terjerumus ke dalam lubang benam di Masjid India baru-baru ini cukup membimbangkan ramai pihak.
Ramai yang bimbang dengan keselamatan diri apabila berada di lokasi ini. Adakah rumah yang di didiami di kawasan berpontensi untuk pembentukan sinkhole ini benar-benar selamat untuk diduduki dan terhindar dari bencana.
Pendedahan daripada Public Health Malaysia mengenai kajian kes kawasan berisiko tinggi pembentukan sinkhole di Kuala Lumpur dan Ampang Jaya ini boleh dijadikan panduan.
Kajian “Sinkhole Susceptibility Hazard Zones Using GIS and Analytical Hierarchical Process (AHP): A Case Study of Kuala Lumpur and Ampang Jaya” oleh Rosdi et al. (2017)
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kawasan yang berisiko tinggi terhadap pembentukan sinkhole, yang boleh memberi implikasi serius terhadap pembangunan infrastruktur dan keselamatan awam.
Kajian ini menggunakan gabungan teknologi GIS dan AHP untuk menghasilkan peta risiko yang boleh membantu dalam perancangan bandar dan mitigasi bencana.
Lima parameter utama yang digunakan dalam kajian ini termasuk jenis batuan, penggunaan tanah, kedalaman air bawah tanah, dan lain-lain, adalah faktor penting dalam perkembangan sinkhole.
• Ampang
• Pudu
• Kepong
• Kg. Baru
• TTDI
• Bukit Jalil
• Sg. Besi
• Pudu
• Cheras
• KLCC
• Kepong
• Kg. Baru
• Ampang
• Pandan Jaya
Kajian ini juga menyarankan agar teknologi ini diterapkan secara meluas dalam perancangan bandar dan pengurusan risiko bencana untuk mengurangkan kesan negatif terhadap infrastruktur dan keselamatan awam.
Sekadar info, lubang benam (sinkhole) berlaku akibat pergerakan tanah.Mendapan tanah dipercayai akibat beberapa kemungkinan. Antaranya perubahan kandungan air dalam tanah di bawah permukaan muka bumi. Keupayaan struktur tanah untuk menanggung beban daripada atas akan berkurangan sekiranya kandungan air atau kelembapannya berkurangan.
Misalnya tanah yang lembap bersifat lempung seperti ‘clay’. Andai berlaku pengeringan, lempung dan lodak ini akan mengecut menyebabkan struktur tanah berubah.
Kestabilan tanah akan bertambah buruk jika muka air bawah tanah atau ‘water table’ menurun secara mendadak mengakibatkan kekurangan tekanan hidrostatik untuk menyokong beban yang sedia ada.
Andaian kedua berkemungkinan daripada pemampatan tanah yang tidak seimbang. Isu itu berlaku akibat tanah yang ditambak menggunakan bahan buangan pembinaan bercampur dengan bahan bukan batuan sekali gus menyebabkan mendapan di luar jangka.
IMPIANA: Semoga lebih berwaspada dengan lokasi kawasan berpontensi dengan pembentukan sinkhole ini. Semoga pihak berwajib mengambil langkah serius dalam mengenalpasti kawasan berpontensi ‘sinkhole’ bagi mengelakkan bencana berlaku.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.