Pemuda Ini Beli Perabot Terpakai RM100 Dan Jual Semula Dengan Harga RM3000.

Share
Siapa sangka perabot lama yang dilihat usang dan buruk mampu kelihatan baru. DIY yang dihasilkan oleh seorang pemuda kreatif, Imran Zainal Abidin ini bukan sahaja cantik hasilnya malah mempunyai karakter yang tersendiri. Bagi menghasilkan diy perabot ini anda hanya perlu menggunakan teknik semburan.
Bagi anda yang memiliki meja sebegini, anda boleh ‘makeover’ menjadi lebih cantik seperti ini.

  1. Pertama sekali anda harus bersihkan meja anda daripada sebarang kotoran.

2. Gosok permukaan meja kayu anda dengan menggunakan mesin sander. Pastikan keseluruhan permukaan kayu licin dan sekata.

3. Cat kan perabot anda dengan menggunakan cat kayu berwarna putih untuk lapisan pertama.

4. Kemudian sapukan pula dengan cat warna hitam. Jangan cat pada keseluruhan perabot, anda perlu campurkan dengan warna lain untuk dapatkan reka bentuk yang menarik.

5. Tutup permukaan yang telah di cat untuk memulakan cat warna lain pada bahagian hadapan perabot.

6. Sapukan cat pada bahagian laci perabot.

7. Kemudian sapukan cat warna gold.

Jom lihat antara perabot lain yang telah dihasilkan oleh Encik Imran.

IKLAN