Pekebun kongsi tip tanam jagung, hasil elok, saiz pun besar. Jagung merupakan tanaman yang semakin mendapat tempat di kalangan pekebun kecil mahupun mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia pertanian.

Pekebun Kongsi Tip Tanam Jagung, Hasil Elok, Saiz Pun Besar

Selain mudah dijaga, jagung juga mempunyai permintaan pasaran yang tinggi, baik untuk kegunaan sendiri mahupun dijual. Dengan hanya sedikit ruang tanah di halaman rumah, anda sudah boleh menikmati hasil tuaian jagung segar yang enak dan manis.

Menanam jagung tidak memerlukan modal besar atau kemahiran yang terlalu rumit. Apa yang penting adalah mengetahui teknik penanaman yang betul supaya hasilnya memuaskan.

Jagung biasanya mengambil masa lebih kurang 60 hingga 90 hari untuk matang, bergantung kepada varieti. Jagung manis (sweet corn) adalah pilihan paling popular kerana rasanya yang lemak manis dan rangup.

Melalui perkongsian seorang pekebun jagung, berikut  kaedah penanaman jagung yang betul untuk menghasilkan jagung yang sihat, berkualiti dan bebas racun kimia.

Pekebun Kongsi Tip Tanam Jagung, Hasil Elok, Saiz Pun Besar

1. Pilih benih yang berkualiti

Sebaiknya benih hibrid. Banyak varieti jagung yang berada di pasaran. Pilihan varieti jagung yang saya tanam adalah King Corn 316 keluaran AG.

2. Penyediaan kawasan

Semua jenis tanah sesuai digunakan. Kecuali tanah yang menakung air. Buat saliran utk mengurangkan risiko kelembapan tinggi.

Tanah hendaklah dibersihkan dari segala pokok pokok dan rumput. Plough tanah sebanyak dua kali dan batas dibuat. Untuk jagung saiz batas yang paling sesuai adalah lebar batas 3 kaki dan saiz longkang adalah seluas 4 kaki untuk memudahkan kerja.

Ads

Selepas itu tabur tinja ayam. Sembur dengan mikrob berfaedah seperti IMO yg dicampur dengan Mol Kangkong @ Mol Ikan ( xtra Booster + xtra Amino ) untuk membantu meningkatkan nutrien dalam tanah dan menyuburkan tanah.

3. Jarak tanaman

Jarak tanaman adalah 1 kaki x 4 kaki. Jarak tanaman mempengaruhi saiz buah dan keseragaman pokok di mana kadar cahaya, udara dan air dapat dibekalkan dengan baik untuk tanaman.

Pekebun Kongsi Tip Tanam Jagung, Hasil Elok, Saiz Pun Besar

4. Kawalan penyakit dan perosak

Sembur seminggu sekali secara berjadual menggunakan bahan kawalan organik sebaiknya. Banyak kawalan organik berada di pasaran. Kalau rajin boleh buat sendiri. Saya gunakan Produk Sri Organik dalam aktiviti kawalan serangga dan penyakit.

5. Pembajaan

Hari ke 20 : NPK Hijau 15:15:15 ditabur keliling pokok
Hari ke 40 : NPK Biru 17:17:17:2 ditabur keliling pokok.
Hari ke 50 : NPK 17:17:17:2 ditabur keliling pokok
Saya menggunakan baja NPK Yara
Baja boleh bagi 2 ke 4 kali maksimum
Suka hati tengok kepada pertumbuhan pokok

Ads

5. Pilih jagung

Pada hari ke 30-40 pemilihan jagung dibuat. Pilih hanya satu tongkol sahaja utk mendapatkan Gred A, selebihnya bolehlah dipetik utk dijadikan baby corn dan dijual atau beri makan pada ternakan.

Pekebun Kongsi Tip Tanam Jagung, Hasil Elok, Saiz Pun Besar

6. Cantas bunga

Pada hari ke 50, cantas semua bunga utk mengelakkan serangan ulat pada peringkat akhir tanaman. Biasa nya tangkai bunga ini menjadi perumah kepada ulat ini.

7. Pada hari ke 62- 65 hari jagung sudah boleh dituai.

8. Siram jagung sekali setiap hari. Apabila ada hujan memadai menyiram jagung apabila perlu sahaja. Jagung perlukan air di peringkat awal pertumbuhan.

Ads

9. Kawalan rumpai

Kawalan rumpai menggunakan racun pracambah. Jika ada rumput tumbuh, potong menggunakan mesin rumput atau cabut dgn tangan. Kawalan rumpai di peringkat awal penanaman adalah lebih baik.

Untuk penanaman skala komersil pastikan anda menanam apabila sudah ada pasaran. Jangan tanam dulu baru cari pasaran. Untuk penamanan di tepi rumah, ikut langkah di atas, insyaallah berjaya.

Dengan penjagaan rapi dan teknik yang betul, anda pasti akan berpuas hati melihat tongkol jagung yang gemuk, berisi dan manis apabila tiba musim menuai.

Sumber: Wahida Hambali

Baca artikel lain juga: Jangan Terus Guna Tanah Lama Kalau Nak Tanam Pokok Baru, Buat Langkah Ini Dulu

Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tanam Pokok Durian D24 Dalam Pasu, Tahun Ke Dua Berbunga & Berbuah

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI