Nak rumah selamat, pasang CCTV. Tapi awas – silap pasang boleh jadi punca jiran naik angin! Zaman sekarang, keselamatan penting tapi privasi orang lain pun jangan sampai digadai. Sebelum main drill dinding dan gantung kamera merata, jom hadam dulu tujuh perkara penting ni. Jangan sampai niat nak elak pencuri, tapi kau pula yang disiasat!
Ini perkara penting yang anda perlu tahu ketika memasang CCTV
Elakkan Menghalakan CCTV ke Rumah Jiran:
Memasang CCTV yang menghadap langsung ke rumah jiran boleh dianggap sebagai pencerobohan privasi. Tindakan ini boleh mengundang saman di mahkamah kerana melanggar hak privasi jiran.
Patuhi Undang-Undang Privasi:
Di Malaysia, Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) mengawal penggunaan CCTV. Pastikan anda tidak merakam kawasan peribadi jiran tanpa kebenaran dan letakkan notis yang jelas mengenai penggunaan CCTV di premis/kediaman anda.
Pilih Lokasi Pemasangan yang Strategik:
Ads
Tempatkan CCTV di lokasi seperti pintu masuk utama, pintu belakang, garaj dan kawasan yang mudah diakses oleh penceroboh. Elakkan memasang kamera di kawasan yang boleh merakam aktiviti peribadi jiran.
Gunakan Kamera dengan Ciri-ciri Sesuai:
Pilih kamera yang mempunyai resolusi tinggi, kemampuan penglihatan malam (night vision) dan tahan cuaca untuk penggunaan luar rumah. Pastikan juga kamera tidak mudah diakses atau dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Lakukan Penyelenggaraan Berkala:
Ads
Bersihkan lensa kamera secara berkala, periksa sambungan kabel dan pastikan sistem penyimpanan berfungsi dengan baik. Ini penting untuk memastikan CCTV beroperasi dengan optimum dan rakaman disimpan dengan selamat.
Dengan mematuhi panduan ini, anda dapat memastikan pemasangan CCTV di rumah meningkatkan keselamatan tanpa mengganggu privasi jiran atau melanggar undang-undang.
IMPIANA: Menarik idea makeover bilik air ini, terus berwajah baru. Semoga menjadi inspirasi buat pemilik kediaman yang lain yang berhasrat untuk make over bilik air di rumah.
Menggantung bingkai gambar di dinding rumah selalunya memerlukan kita menggunakan paku dan perlu menebuk lubang pada dinding. Ini mungkin mengganggu, terutama sekali jika anda tinggal di rumah sewa atau tidak mahu merosakkan dinding yang cantik.
Jangan risau! Terdapat beberapa trik yang boleh anda cuba untuk menggantung bingkai gambar tanpa perlu menggunakan paku atau menebuk lubang.
1. Glue pads
Terdapat banyak jenis glue pads di pasaran. Kadang-kadang kalau yang jadi cikgu tu dah biasa dengan glue pads untuk tampal kertas atau poster untuk mengajar kan. Tapi glue pads brand Stabilo atau Faber Castell tidak berapa sesuai untuk anda gunakan pada bingkai gambar. Kalau setakat nak tampal kepingan gambar terus pada dinding ok lagi.
Tapi untuk beban frame adalah sesuai untuk anda gunakan UHU Patafix. Terdapat pelbagai material UHU Patafix ini. Tapi yang paling sesuai untuk gantung frame anda ambil yang di khaskan untuk “Homedecor” atau “PROpower” yang berwarna hitam. Tambahan, UHU Patafix ini boleh digunakan semula dan mudah dibersihkan.
2. Damage free hang
Produk jenama Command yang di keluarkan oleh syarikat 3M memang terkenal dengan Damage free hang. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk. Tapi kalau untuk tujuan gantung bingkai gambar, jenis strips yang paling sesuai untuk digunakan.
Command strips mampu memegang beban sehingga 7.5 kg. Jadi pastikan saiz strips yang digunakan bersesuaian dengan beban bingkai gambar yang akan di lekat pada dinding. Selain itu juga, Command strips ini mudah untuk dibersihkan semula.
3. Adhesive hook
Penyangkut dinding yang bergam atau adhesive hook memang banyak di pasaran. Tapi ramai yang lebih gemar membeli yang murah-murah. Yang murah kebiasaannya akan menggunakan gam tidak berkualiti. Itu jadinya gantung sehelai tuala pun tidak tahan lama.
Cari lah yang lebih berkualiti untuk dapatkan hasil yang baik. Ada juga adhesive hook yang di sertakan dengan gam yang perlu dipanaskan terlebih dahulu. Ha… yang ini pun bagus juga.
4. Decorative tape
Decorative tape seperti washi tape dan duct tape bercorak pun sesuai untuk anda abadikan kepingan gambar di dinding. Yang ini lagi jimat. tidak perlu buat frame mahal-mahal. Anda gunakan washi tape tadi sebagai pengganti bingkai gambar.
Tapi kalau anda gunakan duct tape, untuk tujuan membersih agak sukar sedikit. Ini disebabkan oleh gam pada duct tape memang betul-betul kuat dan ia dikategorikan sebagai gam kalis air. Kalau di tanggalkan, akan meninggalkan kotoran gamnya. Namun tidak bagi washi tape.
IMPIANA : Lepas ni anda boleh menggantung bingkai gambar dengan mudah tanpa perlu risau tentang merosakkan dinding rumah. Selamat mencuba!
Bagi mereka yang menetap di kediaman jenis High Rise’ seperti apartment atau kondominium, sudah semestinya ruang tempat menjemur pakaian antara ruang yang sangat penting.
Namun begitu, ruang tempat menjemur pakaian ini yang tersedia ada kalanya memiliki kekurangan sekaligus boleh mendatangkan masalah kepada pemilik rumah dari segi saiz keluasan ruang tersebut.
Ini kerana, saiz keluasan ruang tempat menjemur pakaian yang tersedia sempit dan sangat terhad. Jadi, sudah pasti ia akan mendatangkan masalah ketika untuk menjemur pakaian di ruang tersebut.
Sebagai solusi, apa kata anda menggunakan ampaian pakaian seperti ini untuk mengatasi masalah tersebut. Apa yang menariknya mengenai ampaian pakaian ini ia boleh dilipat dah tidak menggunakan ruang yang terlalu besar untuk memasangnya.
Bukan itu sahaja, untuk memasangnya juga tidak begitu rumit dan amat mudah untuk dikendalikan. Malah, ampaian pakaian ini sangat kukuh dan boleh menampung jumlah kain jemuran yang banyak dalam satu masa.
Manakala, harga yang dijual tidak terlalu mahal dan berpatutan jadi anda tidak perlu untuk berbelanja besar pun.
Jika anda ingin mendapatkan ampaian pakaian seperti ini, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Wanita jumpa bangkai cicak dalam pisang goreng tiramisu, ini tip ‘halau’ cicak. Sebuah insiden menjijikkan telah mencetuskan kemarahan warga maya apabila seorang pelanggan menemui seekor cicak mati dalam makanan yang dibelinya.
Kejadian yang berlaku di sebuah premis makanan di Bayan Baru itu telah mengundang perhatian ramai selepas mangsa memuat naik video pengalaman pahit tersebut di media sosial.
Dalam klip video yang dikongsikan pengguna TikTok @alisha.azni kelihatan bangkai cicak terperangkap dalam pisang goreng tiramisu yang telah dibeli dan dibungkus dalam bekas kertas.
Situasi yang tidak disangka-sangka itu bukan sahaja mengganggu selera, malah menyebabkan pelanggan terbabit mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di dua klinik berbeza.
Menurut Alisha, pengalaman itu amat mengecewakan memandangkan pihak penjual langsung tidak menunjukkan keprihatinan apabila aduan dikemukakan. Malah, keadaan sekitar premis yang berbau tidak menyenangkan turut menimbulkan keraguan terhadap tahap kebersihan yang diamalkan.
“Beli pisang goreng tiramisu dapat cicak goreng. Hati-hati kedai pengotor tak bertanggungjawab.
“Keracunan makanan atau kehilangan nyawa sebab teracun kena tanggung sendiri sebab penjual tak kisah asalkan untung.
“Saya kongsi untuk orang ramai hati-hati bila makan, jijik kedai ni. Dah lah bau longkang keliling kedai. Penjual tak peduli langsung bila kita bagitahu dekat dia. Saya dah pergi dua klinik. Dari 29 Mei keracunan makanan, sampai sekarang tak baik,” katanya.
Susulan kejadian itu, ramai pengguna TikTok meluahkan rasa loya dan turut menyarankan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap premis terbabit. Ada yang mencadangkan laporan dibuat kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berulang.
Seorang pengguna menulis, “Ini bukan kes kecil. Cicak dalam makanan bukan boleh buat main. Wajib buat laporan kepada jabatan berkaitan supaya mereka lebih bertanggungjawab.”
Ada juga yang menegaskan tujuan laporan bukan untuk menjatuhkan perniagaan peniaga, sebaliknya memberi kesedaran tentang pentingnya aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.
Kesimpulannya, kejadian sebegini sepatutnya membuka mata semua pihak, baik peniaga mahupun pengguna. Bagi peniaga, kebersihan bukan sahaja satu kewajipan moral tetapi tanggungjawab undang-undang. Manakala bagi pelanggan, sebarang pengalaman yang membahayakan kesihatan tidak wajar didiamkan demi keselamatan orang lain.
Berikut dikongsikan tip untuk ‘menghalau’ cicak di rumah supaya cicak tidak mencemarkan makanan di rumah:
1. Hilangkan bekalan makanan cicak di rumah kita. Uruskan dahulu masalah nyamuk dan semut yang banyak di rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket RM1 itu sangat berkesan) dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk. Apabila bekalan makanan cicak tiada di rumah kita, secara automatik cicak akan berkurang atau tiada langsung.
2. Disebabkan cicak takut pada burung, sediakan jejak burung seolah-olah ada burung di rumah kita dengan cara:
*Letak beberapa kulit telur burung puyuh di kawasan tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Apabila cicak nampak kulit telur burung puyuh itu, cicak tidak akan masuk ke rumah anda.
*Jangan dihancurkan kulit telur burung puyuh ini. Memadai letak seketul dua di tempat masuk cicak.
*Lekatkan bulu pelepah burung di tempat cicak selalu masuk. Kalau hendak kelihatan cantik, boleh letak bulu pelepah burung merak, lekat pada dinding untuk jadikan perhiasan.
3. Disebabkan cicak suka ‘lepak’ di belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa menyusun atur perabot jangan rapatkan perabot pada dinding. Jarakkan dalam 10 sentimeter dari dinding. Kalau di rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan yang bersangkut-sangkut seperti bingkai cermin dan gambar.
4. Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Selalunya sampah dan sisa makanan akan menarik perhatian lalat, automatik cicak pun akan tertarik untuk datang kerana ada banyak makanan.
5. Elakkan suka melonggok barang-barang sama ada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Susun semua barang supaya teratur di tempat khas untuk setiap barang-barang.
6. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi anda perlu rajin sebab perlu ditukar selang 3 hari. Jika tidak, bawang akan membusuk.
7. Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Walau bagaimanapun laci/kabinet berisi makanan tidak digalakkan.
8. Lap permukaan meja makan/kaunter kabinet dengan semburan campuran:
250 ml air biasa (air paip)
50 ml cuka
3 sudu plastik dish soap
1 sudu plastik Dettol
*bertujuan mengelakkan cicak melintas di atas meja makan/kaunter kabinet dapur.
9. Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di kedai Eco. Tampalkan di sebelah peti sejuk atau di belakang televisyen, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat di atas pelekat itu dan kita boleh buang apabila sudah ada beberapa cicak melekat. Bagaimanapun car aini tidak digalakkan untuk mereka yang penggeli cicak.
10. Memelihara kucing juga dapat membantu menghalau cicak di rumah. Kucing biasanya suka menangkap cicak tetapi tidak memakannya. Jadi jangan risau akan kesan pada kucing anda.
Serangga tidak suka kawasan yang bersih dan kering. Pastikan anda membersihkan rumah dan mengelap lantai sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan kemas.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!