Ada tiga cara yang dikongsikan untuk rumah sentiasa wangi seperti rumah orang kaya. Tapi, boleh abaikan yang ada alkohol dan gantikan dengan cuka. Hasilnya tetap sama.
Bahan-bahan:
3 biji lemon
Garam
Pelembut baju
Bunga cengkih
Cuka
Cara Membuat:
Pilihan 1:
Potong lemon kepada 4 bahagian. Kemudian masukkan ke dalam bekas kecil Masukkan 3 sudu garam di antara lemon yang telah dibelah tadi.
Diikuti dengan pelembut baju.
Boleh letak di bahagian ruang rumah.
.
.
.
Ads
Pilihan 2:
Potong lemon kepada 4 bahagian. Masukkan ke dalam bekas kecil.
Kemudian, letakkan garam, bunga cengkih dan cuka.
Ads
Pilihan 3:
Potong lemon kepada 4 bahagian. Masukkan ke dalam bekas kecil. Letakkan garam dan cuka. Ambil bekas tersebut dan letak pada penjuru ruang, bilik air atau ruang tamu.
Hasilnya, bau dari bahan ini seperti berada di rumah orang kaya. Paling penting, tak perlu guna banyak duit untuk beli air freshener. Malah, bahan ini mampu bertahan sehingga 2 minggu.
Lantai yang berkilat dan bersih pasti buat pemilik kediaman bangga. Tambahan lagi bila berkunjung ke rumah rakan atau teman yang lantai rumahnya bukan saja bersih, paling mengujakan ia nampak berkilat.
Kita pun mop juga lantai setiap minggu tapi tak pula berkilat. Mesti ada tertanya-tanya macam mana nak dapatkan kesan lantai yang begini.
Lantai bersih berkilat tak semata guna cecair pencuci, kena bancuh guna beberapa bahan lain. Dikongsi oleh oleh Roz_8492 beliau menunjukkan cara yang dipraktikkan untuk mendapatkan lantai yang bersih berkilat namun tak melekit.
Menurut beliau untuk mengemop lantai dia menggunakan air panas bersama tiga lagi bahan yang dituang sekali dalam baldi iaitu cecair pencuci lantai, cuka dan juga soda bikarbonat. Caranya;
1. Panaskan air dan tuang dalam baldi.
2. Masukkan cecair pencuci lantai bersama sedikit cuka (hanya sedikit saja supaya tak berbau masam) dan soda bikarbobonat.
3. Basahkan mop dan perah, kemudian bolehlah mop lantai sehingga nampak bersih dan berkilat. Hasilnya lantai akan bersih berkilat namun tak melekit.
Lepas ni lantai rumah masing-masing berkilau lah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Jangan letak barang-barang ini atas peti sejuk. Ramai di antara kita jadikan bahagian atas peti sejuk sebagai ‘ruang simpanan tambahan’ di dapur. Bekas makanan, periuk, kotak tisu, malah ada yang letak periuk nasi atau oven kecil atas peti sejuk. Nampak praktikal dan menjimatkan ruang, tapi sebenarnya tabiat ini boleh mendatangkan risiko tanpa kita sedar.
Meletakkan barang di atas peti sejuk boleh menyebabkan peredaran udara terganggu, sekali gus menjejaskan kecekapan alat penyejuk itu. Bahagian atas peti sejuk biasanya direka sebagai kawasan yang perlu bebas halangan supaya haba daripada motor atau pemampat dapat dilepaskan dengan baik.
Jika ruang itu dipenuhi barang, haba akan terperangkap, menyebabkan peti sejuk bekerja lebih keras, meningkatkan bil elektrik dan memendekkan jangka hayatnya. Lebih membimbangkan, ada risiko litar pintas atau kebakaran jika meletakkan barang elektrik di atas permukaan itu.
Minyak sangat sensitif pada haba dan cahaya. Panas dari atas peti ais boleh ubah rasa minyak, buat ia cepat tengik dan tak sedap digunakan lagi.
Letak roti di atas peti ais boleh buat teksturnya cepat berubah. Haba boleh menyebabkan wap dalam plastik, dan ini mempercepatkan pembiakan kulat.
Keropok akan cepat lemau kalau disimpan di tempat panas seperti atas peti ais. Minyak dalam keropok juga boleh rosak, menyebabkan rasa jadi tak sedap.
Walaupun tiada di rumah orang beragama Islam, bagi yang menyimpan, haba dari peti ais boleh rosakkan rasa dan kurangkan ketahanan botol.
Barang pencuci seperti peluntur, cecair pembersih, atau aerosol tak sesuai disimpan atas peti ais. Panas boleh menyebabkan reaksi kimia yang berbahaya.
Elakkan letak barang berat seperti bekas air, periuk nasi atau timbunan buku di atas peti ais. Ia boleh menekan dan menyebabkan permukaan renyuk, atau lebih bahaya…jatuh atas kepala orang!
Kedua-dua alat ini juga hasilkan haba dan perlukan ruang pengudaraan. Letak atas peti ais akan ganggu sistem panas dan boleh rosakkan kedua-duanya.
Walaupun nampak ringan dan selamat, haba dari peti ais boleh buat bekas plastik berubah bentuk atau retak, terutama yang jenis murah.
Jauhkan lilin, pemetik api, atau bahan kimia dari atas peti ais. Kalau terkena haba dari motor peti ais, boleh cetuskan kebakaran.
Ubat perlu disimpan dalam ruang yang suhunya stabil. Haba dari peti ais boleh jejaskan keberkesanan ubat dan mungkin membahayakan jika diambil.
Walaupun nampak mudah dan menjimatkan ruang, meletakkan barang di atas peti sejuk sebenarnya boleh mengundang bahaya dan merosakkan peralatan elektrik itu. Lebih baik pastikan bahagian atas peti sejuk sentiasa kosong dan biarkan ia berfungsi dengan efisien tanpa sebarang halangan. Keselamatan dan ketahanan peti sejuk lebih terjamin jika kita elakkan tabiat ini.
Ada caranya untuk hilangkan bau masakan di rumah. Lebih-lebih lagi rumah yang berkonsep terbuka dan tidak menggunakan ‘hood’ dapur. Bukan apa, bau masakan di dapur boleh tersebar sehingga ke ruang tamu.
Begini caranya untuk menghilangkan masalah bau masakan yang kurang menyenangkan di dalam rumah hanya gunakan 4 bahan semulajadi, malah boleh juga dijadikan semburan pelbagai guna untuk bersihkan dan segarkan bau rumah.
Lemon
Rosemary (yang kering pun boleh)
Cengkih
Kayu Manis
Periuk
Air Secukupnya
Botol Spray
1. Mula-mula, hiriskan buah lemon atau boleh juga guna buah citrus yang lain seperti limau nipis, limau kasturi atau oren dan ketepikan sekejap.
2. Selepas itu, masukkan air secukupnya ke dalam periuk.
3. Masukkan pula kayu manis dan bunga cengkih.
4.Kemudian masukkan hirisan lemon dan daun rosemary. Biarkan sehingga mendidih.
5. Rebus dalam 10-15 minit, guna api yang kuat supaya wap naik ke seluruh rumah.
6. Selepas dah siap tutup api dan biar air rebusan tersebut sejuk seketika.
Air rebusan tersebut jangan dibuang, boleh tapis dan masukkan ke dalam botol spray untuk digunakan sebagai semburan pelbagai guna satu rumah. Baunya memang segar!
Boleh semburkan pada kaunter top, meja dan dapur bagi menghalau semut, lipas, cicak dan sebagainya.
Boleh juga disembur pada fabrik seperti throw cushion, langsir dan sofa untuk bagi menyegarkan bau.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.