
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ayunie, menerima kejutan luar biasa daripada suaminya, Amirul Hakim, apabila dihadiahkan sebuah vila mewah bernilai RM2 juta.
Kejutan istimewa itu dikongsikan sendiri oleh Ayunie melalui satu video yang dimuat naik di TikTok, di mana dia bersama suami tercinta berada di vila baru mereka.
Menurut Ayunie, vila itu bukan sekadar hadiah biasa. Ia adalah simbol penghargaan buat dirinya yang sedang mengandung anak pertama mereka.
“Sebenarnya dia (Amirul) uruskan pembelian vila ini waktu saya hamil 7 bulan. Dia cuba sejak kehamilan saya masuk bulan ke-5, tetapi banyak halangan dan proses yang mengambil masa. Saya memang mengidamkan rumah dengan tanah luas, ruang tambahan, dan kolam renang,” jelas Ayunie.
@ayunieso24Sebenarnya he manage to buy this villa waktu i pregnant 7 months . dia trying dari pregnancy 5 months lagi tapi progress ambil masa . i cakap i mengidam nak rumah yang tanah luas sbb nak tambah lagi ruang and pool . i nak berpantang rumah baru . tapi i takberani post about this sbb time tu i sakit teruk wktu pregnant skrg dah bersalin 2 bulan baru berani post . Now throwback our journey . Alhamdulillah . Our dream house in progress renovation 🥹
Namun, Ayunie memilih untuk tidak berkongsi berita gembira itu lebih awal. Dia mengakui mengalami masalah kesihatan yang serius sepanjang kehamilannya. “Saya nak berpantang di rumah baru, tapi saya tak berani nak post sebab waktu itu saya sangat sakit masa mengandung. Baru dua bulan selepas bersalin, saya rasa cukup kuat untuk kongsi perjalanan ini,” ujarnya lagi.
Perkongsian tersebut mendapat respon daripada para pengikutnya yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
Banyak yang memuji usaha suami Ayunie yang begitu berusaha memberi yang terbaik untuk isterinya. “Tahniah Yunie, semoga rezeki yang halal sentiasa melimpah. Jangan lupa bersedekah,” komen salah seorang pengikutnya.
Selain memberi keselesaan kepada keluarga, pembelian hartanah seperti vila mewah ini juga sebenarnya merupakan langkah bijak dalam pelaburan jangka panjang. Dalam dunia yang semakin berkembang pesat, memiliki hartanah bukan sahaja memberi kebebasan dalam memiliki kediaman impian, tetapi juga meningkatkan nilai kekayaan dan aset bagi masa depan.
Sumber: TikTok Ayunie
Baca Lagi: 5 Tahun Terbiar, AIMAN TINO Beli ‘Rumah Busuk’ RM250k Sebagai Rumah Pertama
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI