Boleh dikatakan 90% kaum lelaki, bapa dan suami beranggapan tugas mengemas rumah adalah tanggungjawab si ibu atau isteri, wanita semata-mata. Impiana terbaca satu luahan hati sang suami atau bapa En Ahmad Affzan Abdullah terhadap satu pukulan yang diterima sejurus membaca artikel yang di kongsikan oleh isterinya. Lantaran, si ketua keluarga ini mengambil langkah drastic melakukan perubahan demi keluarga tercinta:

“Satu ketika, aku tengah makan. Nampak isteri aku tunjuk artikel di telefon pintar pada anak-anak.

“Baca ni,” katanya.

Aku tengok saja. Lepas makan aku tanya dia, “Artikel apa tu?”

Dia pun tunjuk pada aku. Artikel itu dalam bahasa inggeris, ditulis oleh seorang perempuan mat saleh. Dia bercerita ketika dia sedang sibuk cuci pinggan di dapur, suaminya dan anak-anak selamba tengok TV. Puas dia panggil semua buat bodoh saja.

Akhirnya selepas lama dia bising, suami dia pun cakap pada anak-anak,

“Dah, dah. Pergi tolong mak kamu tu.”

Kemudian dia terfikir, kenapa bila cuci pinggan, kemas rumah itu, dianggap sebagai ‘tolong’ ibu dan isteri. Seolah-olah itu memang tugas ibu semata-mata, orang lain kalau buat itu sekadar nak tolong saja.

Kebiasaanya, tugas-tugas di dalam rumah hanya dipandang ringan oleh ahli kelurga yang lain. Tapi, kalau rumah bersepah, tak bersih, si suami yang membebel Panjang. Apa kata, kita lakukan ia bersama-sama. Apa perubahan yang dilakukan oleh en Ahmad, beliau menyediakan satu jadual tugasan yang merangkumi kerja-kerja yang perlu di lakukan secara mingguan dan bulanan.

IKLAN

Melalui jadual yang disediakan, setiap orang mempunyai tanggungjawab masing-masing dan wajib dilunaskan. Setiap satu tugasan dilakukan secara bergilir-gilir serta melibatkan anak-anak yang telah memahami tujuan kehudupan

IKLAN

“Rumahku syurgaku. Selalu orang sebut, namun tak ramai yang berusaha untuk menjadikan rumah itu syurga bersama-sama. Hanya mengharap ia jadi syurga secara tiba-tiba?

Melalui penyediaan dan pembahagian kerja yang teratur, sedikit sebanyak ia dapat mendidik si anak sewal usia untuk berdikari dan bertanggungjawab serta menghargai apa yang telah dilakukan. Suami sebagai ketua kelrga juga dapat menunjukkan perinsip dan contoh teladan yang baik buat keluarga Mengemas Rumah Tanggungjawab Bersama, Suami Ini Kongsi Kenapa Wajib Sediakan Jadual Tugasan

IKLAN

Nak tahu cara-cara pembahagian kerja yang boleh di lakukan sila baca artikel-artikel berikut:
6 Tip Bantu Kurangkan Beban Ibu Mencuci Baju Yang Menimbun
5 Tip Mudah RinganKan Kerja Ibu, Dapur Pun Sentiasa Kemas

Mengemas Rumah Tanggungjawab Bersama, Suami Ini Kongsi Kenapa Wajib Sediakan Jadual Tugasan

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI