Masalah rumput liar yang tumbuh melata sekeliling rumah memang menyakitkan mata. Walau baru dicabut atau dipotong tapi biasanya selepas seminggu rumput ini akan naik semula. Ini situasi biasa bagi rumah ada punya laman. Penat dibuatnya
Sekiranya tak rajin untuk potong atau meracun sebenarnya ada cara yang mudah untuk matikan rumput dan lalang ini.
Caranya cuma guna garam! Dikongsi oleh pemegang akaun Tik Tok Kak Tin Geng Kebun, ini langkah yang boleh kita praktikkan.
Tip ‘matikan’ rumput guna garam
1. Sediakan garam kasar, cari yang harga murah saja.
2. Kemudian tabur saja garam ini atas rumput yang meliar sekeliling rumah. Boleh tabur atas rumput tepi pasu yang malas kita cabut. Tabur rata-rata.
Ads
3. Kalau cuaca panas keesokan harinya rumput akan menguning dan kering. Tapi garamnya masih ada.
Kawasan yang ditabur dengan garam ini, rumputnya akan ambil masa yang lama untuk tumbuh semula. Rumput yang kering tadi akan mati dan reput hingga kita tak nampak lagi.
Ads
4. Bagusnya selain rumput mati garam kasar ini juga akan menghindarkan masalah siput babi, lipan dan juga ular.
Pokok bunga Kemboja Cina atau nama saintifiknya Adenium memang sangat cantik dijadikan pokok hiasan di halaman rumah dan mempunyai pelbagai warna.Jika pokok adenium ini sudah jarang-jarang berbunga ada cara mudah untuk membuatkan ia banyak tunas dan kembali berbunga lebat serta merimbun.
Boleh ikut tip ringkas yang dikongsikan oleh Irfan Hulya ini supaya pokok Adenium atau Kemboja Cina berbunga lebat.
1. Potong dahan adenium yang sudah jarang berbunga.
2. Cucuk dahan tersebut dengan pencungkil gigi atau lidi supaya dahan-dahan tersebut dapat menghasilkan tunas-tunas yang lebih banyak.
3. Satu dahan biasanya boleh tumbuh 5 atau 6 tunas bahkan pokok saya ni kebanyakkan tumbuh sehingga 7 tunas baru kerana dahannya agak besar.
4. Siram bahagian akar pada waktu pagi dan petang agar subur dan cepat bertunas.Letak di tempat yang kena panas matahari dan hujan.
5. Dalam masa 3 minggu daun mulai bertunas dan mengeluarkan putik bunga.
IMPIANA: Menarik teknik yang dikongsikan ini. Jadi kalau ada pokok kemboja cina ini di rumah, boleh ikut teknik yang dikongsikan supaya ia berbunga lebat merimbun.
Nenas kebiasanya kelihatan di tanam terus pada tanah. Tak kiralah ia untuk tujaan perladangan atau pun sekadar hobi. Tapi tak sangka pula di Indonesia, ada pekebun yang mengusahakan tanaman nanas mereka hanya menjadikan polibeg sebagai waddah. Kebiasaanya, yang kita lihat nanas hiasan yang di tanam dalam pasu kan. Namun, apa yang diusahakan berhasil. Jom kita belajar cara tanam nanas dalam polibeg.
Medium tanaman yang diperlukan mestilah yang mempunyai sistam saliran dan pengudaraan yang baik. Penting juga medium yang digunakan mempunyai kadar kelembapan yang tinggi untuk membekalkan keperluan pokok nanas. Campurkan medium tanaman yang telah siap Bersama bahan kompos pada kadar 6:4. Boleh gunakan medium tanaman siap proses yang dijual di nurseri.
Masukkan medium tanaman ke dalam polibeg dan padatkan.
Benih nanas boleh diperoleh dari banyak cara. Yang paling cepat adalah dengan membeli benih dari pembekal. Selain itu juga, boleh gunakan balong nanas. Namun kaedah ini akan memakan sama yang agak lama untuk mendapatkan hasilnya termasuklah melalui biji benih.
Lakukan siraman di awal pagi setiap hari dan pastikan medium tanaman sentiasa lembap namun bukan menakung air. Sebab itu, nanas hidup subur di Kawasan tanah gambut, disamping itu juga, ia dapat memastikan buah yang dihasilkan mempunyai jus yang enak dan
Pembajaan dengan menggunakan urea atau NPK boleh di lakukan ketika tanaman berusia 2-3 bulan. Ia perlu dilakukan setiap 2 minggu untuk memastikan nutrisi yang diperlukan tanaman mencukupi dan hasil buahnya keluar dengan cepat
Ketia berusai 8-9 bulan atau apabila bilah daun mencecah 27 helai sepokok, taburkan baja penggalak buah
Ajinomoto sebagai baja untuk lebatkan bunga dan buah memang tidak asing lagi. Namun, ramai tak pasti bagaimana atau formula terbaik untuk menggunakan ajinomoto sebagai baja. Malmisa Swak Lis Lis berkongsi cara paling mudah penggunaan ajinomoto paling mudah dan berkesan
saya nak share BOOSTER baja utk tanaman.saya sendiri dah cuba.ingat kita je ke kena ada booster.pokok pun perlukan jugak
Ajinomoto kaya dgn MSG antaranya ialah:
– Meyuburkan pokok yg susah berbunga dan berbuah.
– Daun sayur pulak,akan membesar 2x ganda dari size asal.
– Pertumbuhan akan naik lebih cepat.
Cara Bancuhan:
1. 1 sudu Ajinomoto (15g)campur dengan 5 liter air.Bancuh dlm baldi.
Lepastu peram semalaman.
Esoknya baru boleh siram dekat tanah spray dekat daun sikit2 je.penting tanah.
2. siram sekali seminggu je.jangan over siram hari2 nanti pokok mati jgn salahkan kita tau.
Sesuai utk pokok sayur dan juga bunga. Nanti lepas 1minggu baru booster buat kerja
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.