Memulakan legasi dalam perniagaan landskap sejak dari zaman datuknya, yang diwarisi kepada bapanya, dan usaha tersebut diteruskan oleh mereka adik-beradik menjadikan  Seremban Landscape & Nursery tampil berbeza menawarkan perkhidmatan terbaik di Seremban, Negeri Sembilan. Pengalaman dan ilmu landskap yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain menjadikan pereka muda ini iaitu Nick Lau, mempunyai sentuhan tersendiri dalam menzahirkan taman-taman indah seperti yang dimahukan oleh pelanggan mereka.

Menurut Nick “Saya terlibat secara langsung dalam proses pembinaan termasuk pada peringkat cadangan reka bentuk. Kebiasaannya saya akan melawat tapak untuk membuat site inventory sebelum tampil dengan proposal. Pendapat serta gaya hidup pemilik juga antara faktor penting yang perlu diambil kira sebelum saya menyediakan design. Ini kerana pemilik yang akan tinggal dan menggunakan ruang ini, sebagai pereka saya akan memberi konsultasi tentang perkara-perkara teknikal,” terang Nick Lau membuka bicara pertemuan kami.

Laman Ringkas, Menghijau Dan Low Maintenance Rahsia Kediaman Ini Seindah Ini

Laman Ringkas, Menghijau Dan Low Maintenance Rahsia Kediaman Ini Seindah Ini

Nick Lau yang turut menerima pendidikan dalam bidang landskap ini menyatakan, kebanyakan pemilik kediaman mahukan design yang ringkas, low maintenance tetapi dapat menyediakan pemandangan hijau dan menenangkan. Rutin sibuk antara faktor utama rata-ratanya tidak dapat menghabiskan masa yang mencukupi untuk menjaga taman. Justeru Nick sering tampil memberi solusi sebuah reka bentuk landskap yang mampu memenuhi kriteria yang diinginkan pemilik.

“Jika dilihat pada pelan lantai kediaman ini, ia mempunyai kawasan lapang di bahagian hadapan dan sisi. Agar ruang ini menjadi ruang berkualiti, gabungan elemen air, landskap lembut dan landskap kejur digandingkan bersama dan ditransformasikan menjadi lokasi santai penghuni sekeluarga. Kawasan patio berbumbung diwujudkan di hadapan dan tengah kediaman untuk menempatkan perabot taman sebagai tempat duduk dan berehat menikmati suasana di laman,” tambah Nick lagi.

Melengkapkan lagi suasana hijau dan damai, elemen air diwujudkan di bahagian patio tersebut. Salah satunya adalah water wall- feature dan sebuah kolam ikan. Kedua-duanya menggunakan material natural stones dengan warna yang sama untuk mengekalkan kesinambungan reka bentuk di kawasan ini. memandangkan pemilik mahukan bunyi air yang mengalir perlahan dan tenang maka pereka meletakkan fountain di kedua-dua kolam untuk menghasilkan efek sedemikian. Kawanan ikan koi dilepaskan di dalam kolam ini sebagai ikan peliharaan. Melihat-lihat ikan berenang dan memberi makan adalah salah satu aktiviti paling mengasyikkan bagi penghuni ketika menghabiskan masa di taman.

IKLAN

Memandangkan pemilik lebih menggemari suasana landskap yang tidak padat, pereka turut menyarankan penggunaan spesies pokok dan renek yang mempunyai tekstur daun yang tidak terlalu padat dan mudah gugur. Di antara spesies tersebut ialah Podocarpus spp., Schefflera arboricola cultivar, Philodendron spp., dan juga Dracaena draco.

Laman Ringkas, Menghijau Dan Low Maintenance Rahsia Kediaman Ini Seindah Ini

Laman Ringkas, Menghijau Dan Low Maintenance Rahsia Kediaman Ini Seindah Ini

IKLAN

Laman Ringkas, Menghijau Dan Low Maintenance Rahsia Kediaman Ini Seindah Ini

“ Kebanyakan pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kami adalah kerana kami pakar dalam membekalkan hamparan rumput hijau seperti yang mereka idamkan. Rumput yang biasanya kami bekalkan adalah rumput zoysia. Pengalaman Seremban Landscape & Nursery terlibat dalam projek-projek lapangan golf, membuatkan kami mempunyai kepakaran menyediakan rumput menghijau dan subur sebagaimana di padang golf ke halaman rumah pelanggan. Malah kami juga turut mempunyai kawasan penanaman rumput di nurseri yang mampu menampung permintaan tinggi,” tambah Nick Lau lagi.

Pereka juga turut menerapkan reka bentuk concealed drain, iaitu menyembunyikan sistem perparitan daripada permukaan tanah. Teknik ini mampu menutup pemandangan kurang menarik yang disebabkan oleh longkang yang terdedah. Bagi menutup sistem perparitan ini, pereka meletakkan taburan batuan sungai yang menutup sepenuhnya kawasan drainage tersebut. Hasilnya bukan sahaja membuatkan taman tampil lebih cantik tetapi dalam masa yang sama, keselamatan lebih terjamin apabila ia dapat menghalang kecederaan daripada berlaku akibat terjatuh dan sebagainya.

“Sebagai pereka selain membantu pelanggan memiliki sebuah kediaman yang lengkap dengan taman sebagaimana yang mereka idamkan, syarikat kami juga menyediakan servis penyelenggaraan kepada pemilik taman. Ini kerana kami memahami tentang kesibukan mereka dengan tugas masing-masing yang membataskan masa mereka mengurus taman. Khidmat penyelenggaraan ini membantu pemilik mengekalkan kondisi taman dengan baik. Malah ada taman yang telah kami jaga dan maintain sejak 10 tahun lalu sehingga kini,” tambah Nick lagi tentang servis tambahan yang disediakan oleh mereka.

Laman Ringkas, Menghijau Dan Low Maintenance Rahsia Kediaman Ini Seindah Ini

IKLAN

Laman Ringkas, Menghijau Dan Low Maintenance Rahsia Kediaman Ini Seindah Ini

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI