Masalah pepijat pada tilam sememangnya boleh mengganggu tidur dan kesihatan kita.  Kalau badan mula timbul bintik merah dan bengkak, ini mungkin tanda bahawa pepijat sudah bersarang. Jangan biarkan masalah ini berlarutan!

Tilam yang sudah lama digunakan boleh menjadi tempat pembiakan pepijat, terutama di celah lipatan yang sukar dilihat.

Jika semburan serangga yang diguna sebelum ini tidak berkesan dan membeli tilam baru bukan pilihan, jangan risau! Pengusaha pest control, Khairun Naim berkongsi beberapa tip mudah yang boleh dilakukan untuk membasmi pepijat di rumah tanpa perlu mengeluarkan bajet besar.

Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk pastikan tilam anda bebas pepijat, dan tidur dengan tenang tanpa gangguan!

Masalah Pepijat Pada Tilam, Hapuskan Guna Steam Iron

Ads

 

Cara hapuskan masalah pepijat tanpa guna khidmat pest control

Sekiranya masalah pepijat di rumah hanya pada tilam, ada cara yang boleh dilakukan untuk menghapuskan pepijat ini tanpa menggunakan khidmat pest control.

Cara yang berkesan adalah dengan menggunakan seterika atau lebih baik menggunakan seterika wap atau iron steam.

Ads

Ini kerana pepijat cukup senstitif dengan suhu tinggi. Sekiranya menggunakan semburan kimia, ia mungkini tidak memberi kesan kepada pep kerana adanya lapisan telur yang menghalang daripada kesan kimia. Tapi dengan suhu yang tinggi pepijat ini boleh mati.

Guna seterika wap

Masalah Pepijat Pada Tilam, Hapuskan Guna Steam Iron

 

Ads
  1. Caranya adalah dengan menggosok seterika yang panas pada tilam.

2. Seterika semua bahagian terutama bahagian celah lipatan tilam kerana di sinilah telur pepijat biasa ada.

Cara ini boleh menghilangkan masalah pepijat yang pada pada tilam dan katil tanpa perlu menggunakan khimat pest control. Lakukan beberapa kali sehingga semua pepijat mati.

@khairunnaim4 Replying to @vimvn.nzr ♬ original sound – NAIM PEST CONTROL

Mesti Baca:5 Langkah Mudah Ini Mampu Hilangkan Kesan “Peta” Pada Tilam Dan Bantal Anda!
Baca Lagi Di Sini:Cara Hilangkan Tompokan ‘Peta’ & Bau Busuk, BANTAL Bersih Macam Baru!
Artikel Menarik: Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI