Makeover Rumah Dalam Masa 24 Jam Dengan Kos RM3000 jer!

Share

IMPIANA diberi peluang oleh wanita cekal ini untuk berkongsi sekali lagi tip beliau menghias rumah dalam masa 24jam dengan kos serendah RM3000. Hebat kan! Jom baca kisah bagaimana wanita ini lakukan.

SEBELUM
SELEPAS

Rencana yang dikupas dari laman sosial media Facebook milik beliau yang diberi nama Mcyah Joanjett ini pasti menarik perhatian pengemar dekorasi.

KISAH SEBENAR : Ini teratak kecil kami. 5 tahun tinggal disini. Alhamdulillah dah selamat buat 3 anak dalam rumah kecil ini.

Dengan keinginan yang tinggi untuk merasai rumah berkonsepkan mewah classic, dengan kreativiti dan idea yang tercetus, dengan bajet yang suam suam kuku. Aku bincang dengan suami dimalam hari (pastikan upah dulu), ku bentangkan bajet dan idea ku. Suami bersetuju, esok pagi kami terus pulun ubahsuai.

Alhamdulillah dalam masa 24jam sahaja kami siap mendeco teratak kecil kami yang hidup segan mati xmahu kepada konsep moden classic. Pengubahsuaian ini dibantu oleh team #tzconsturction (team kerja somi aku?). Jumlah modal keseluruhan RM3000++ sahaja dah termasuk kos cat. Jimat super duperrr. Ramai tak percaya. Korang tak tahu lagi aku punye kedekut taik idung masin. 3k ni pun aku rasa mahal dah.

Husben cakap, inilah yang dinamakan rumah ku syurga ku. Bila saya balik kerja penat, masuk rumah sangat tenang. Tengok pula awak, rasa geram selaluuu aum.

Untuk details barangan dan harga ada saya terangkan pada setiap gambar. Barang ikea kebanyakan saya guna personal shopper so mungkin harga yang saya beri tu lain sikit. Lebih mahal dari asal sbb termasuk upah dia g beli.

Tapi percayalah ada 3 keajaiban bila rumah sedap mata memandang. Suami akan jarang keluar lepak. Kasih sayang bertambah erat. Anak2 dah tak sepahkan rumah. Sanak saudara datang pun rasa selesa. Lepas ubahsuai rasa besar pulak ruang dalam umah ni kikiki?.

Keadaan rumah sangat mainkan peranan dalam rumahtangga sesungguhnya hubungan kami suami isteri dan anak-anak jadi lain. Rasa macam baru kawin. Ia bernafas baru. Besar kecil rumah bukan isu nya. Kita orang biasa2, deco sahaja biasa2 semampu boleh asalkan kemas dan menarik.

Suami janganlah lokek, percayalah korang jugak akan rasa tenang setenang air dikali. Sesungguhnya isteri sanggup buat apa shj demi suami rasa bahagia dirumah dan disisi anak isteri. Isteri pulak kena rajin. Nanti suami sayang selalu. Allah kan suka manusia yang bersih. Kalo allah dah suka kita, pasangan kita lagi suka kat kita.

#9088legacy
#9088legacybrandstory
#tzconstructionbest

Kalo nak tengok hasil kerja lain yang husband aku buat, boleh ke page beliau https://www.facebook.com/tz9088construction/

SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS

Hebat!… terinspirasi kan bila melihat kegigihan wanita ini.

IKLAN