Kulat di rumah bukan hanya merosakkan pemandangan malah membahayakan kesihatan.
Untuk info, kulat ini terjadi pada dinding dan siling di kediaman sebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama adalah disebabkan oleh persekitaran yang lembap. Disamping itu juga, jika terdapat kebocoran paip atau saliran ia akan menyebabkan keadaan tersebut menjadi lebih kritikal.
Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru-paru dan menyebabkan iritasi serta radang kepada saluran pernafasan. Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak dibersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru-paru terjejas dan mengkibatkan masalah kronik seperti astma. Bagi yang sememangnya menghidap asma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
Ads
Bolehkah kulat ini di cegah?
1. Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembap dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
2.Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.
Ads
3.Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
4. Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertumbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
5.Jika bahan berfabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk dibersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Ads
Semakin lama anda tangguh, semakin besar masalah kulat ini. Semoga info ini bermanfaat kepada semua.
5 Sebab Dekorasi Rumah Jadi Tak Menarik Nampak Lagi Serabut. Atas kekangan bajet dan ingin menjimatkan kos, tak salah pemilik kediaman mahu dekorasi rumah sendiri tanpa melantik mana-mana pereka dalaman. Namun demikian, perlu tahu asas dalam dekorasi kediaman supaya ia kelihatan cantik, menarik dan sedap mata memandang.
Bukan apa, jika tersilap dekorasi rumah ruang kediaman menjadi semakin sempit, nampak tak menarik malah bertambah serabut pula.
IMPIANA kongsikan antara tip asas dalam mendekorasi rumah untuk dijadikan panduan.
1. Ukuran Langsir Pendek
Kediaman akan lebih nampak luas dan mewah apabila menggunakan langsir yang labuh. Pastikan buat ukuran langsir yang besar dan panjang dari paras syiling hingga ke lantai. Bukan hanya sekadar menutupi tingkap mahupun cermin kaca ‘sliding door’.
Untuk pemasangan langsir nampak lebih kemas, boleh pasang ‘pelmet’ atau ‘curtain box’ ketika buat ‘plaster ceiling’ supaya trek langsir dapat disorokkan.
Malah pemilihan jenis kain serta corak langsir juga memainkan peranan penting. Pastikan tidak terlalu mempunyai corak menonjol kerana ia boleh membuatkan ruang nampak sempit dan serabut.Sebaiknya pilih langsir polos tanpa corak supaya nampak lebih menyerlah.
2. Terlalu Berwarna Warni
Elakkan memilih rona terang dan terlalu berwarna warni. Tak kiralah pada pemilihan perabot mahupun kemasan dinding.
Ramai pemilik kediaman sering membuat silap dengan memilih warna tema kediaman mengikut citarasa warna kegemaran peribadi. Hakikatnya ia tidak bersesuaian dengan saiz mahupun konsep kediaman itu sendiri.
Sebagai contoh ruang tamu warna ungu, ruang makan warna hijau, dapur warna merah, bilik tidur warna kuning. Pelbagai warna dalam kediaman membuatkan ia jadi tak menarik dan dekorasi nampak ‘murah’.
Sebaiknya pilih rona neutral seperti beige, off white, putih, coklat, kelabu atau warna pastel supaya kediaman tampak lebih cosy dan elegan.
3. Rak Terbuka
Ruang rak terbuka mungkin nampak cantik jika ia teratur dan disusun sempurna. Namun jika sebaliknya ia akan jelas nampak semak dan serabut, malah mengundang habuk.
Sebagai contoh elak guna rak kasut terbuka, sebaliknya gunakan rak kasut yang jenis tertutup supaya nampak lebih kemas. Begitu juga wayar kabel yang menempatkan pelbagai wayar elektrik dan elektronik. Pastikan tersorok dan tersimpan kemas dari pandangan mata.
Sangat tidak digalakkan untuk memasang rak terbuka pada kabinet dapur. Melainkan anda ‘super rajin’ untuk mengelap habuk-habuk pada rak tersebut dan sentiasa memastikan barangan mahupun perkakasan selalu disusun sempurna. Sebaiknya guna kabinet dapur bertutup supaya dapat mengelakkan habuk dan semua barangan dapat ‘disorok’ sempurna dan tak nampak serabut.
4. Jenis Lampu
Pemilihan rekabentuk dan jenis lampu memainkan peranan penting dalam menyerlahkan ‘mood’ dan seri kediaman. Pilih jenis lampu berdasarkan fungsi ruang. Pelbagaikan jenis lampu seperti LED warm light atau cool light dan sebagainya.
Sebagai contoh rekabentuk dan jenis pencahayaan lampu di ruang tamu dan dapur pastinya berbeza di bilik tidur dan bilik air.
Di ruang tamu mungkin sebaiknya gunakan ‘LED Track Lighting’, lampu gantung atau chandelier dengan ‘Neutral white’ berbanding lampu jenis kalimantang ‘cool white’ supaya ruang nampak lebih estetik dan menarik.
5. Set Sofa
Bagi ruang tamu terutamanya bersaiz terhad elakkan membeli set sofa besar 3,2,1 rona sedondon.
Sebaliknya pilih sofa yang bersaiz sederhana dan boleh letakkan juga dengan perabot seperti Wing chair, Ottoman mahupun side table. Ia sebagai pelengkap gaya, menambah karakter dan menyerikan lagi ruang kediaman.
Bau kepam tiada lagi dalam rumah, campuran dua bahan ini memang menjadi! Selalunya bau yang kurang enak ini datang daripada pelbagai faktor seperti bau masakan, makanan/minuman yang tertumpah serta karpet yang tidak dikeringkan dengan betul.
Maka terhasillah bau yang menusuk hidung ini. Untuk menghilangkannya, ada di antara kita yang menggunakan pewangi, namun tidak semuanya berkesan. Ada yang jenis berbau harum sekejap sahaja, selepas beberapa minit hilang begitu sahaja.
Berikut dikongsikan cara terbaik supaya rumah tidak berbau kepam. Selalunya bau kepam ini disebabkan karpetyang berhama dan sudah lama tidak dibersihkan.
Cara yang paling berkesan, selamat dan menjimatkan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan cara menggunakan dua bahan ini:
1. Baking Soda
2. Essential Oil
“Kalau saya, secara peribadi saya suka lemon atau lavender. Bau rumah jadi fresh sahaja.”
CARA-CARA:
Letak baking soda dalam bekas yang berlubang seperti bekas garam.
Masukkan lebih kurang 10 titis essential oil pilihan anda.
3. Taburkan atas karpet, biarkan dalam 30 minit kemudian vakum. Hasilnya rumah anda akan kekal wangi sentiasa. Selamat mencuba!
Rumah sebenarnya melambangkan keperibadian pemiliknya, jadi dengan menyediakan kemudahan surau di rumah, melambangkan kepekaan kita pada perintah agama.
Fasiliti surau di rumah bukan sahaja memudahkan kita beribadah malahan para tetamu juga tidak perlu bersusah payah singgah di surau atau masjid berhampiran untuk menunaikan solat ketika datang menziarah.
Rekaan surau kecil dirumah bukan sahaja boleh digunakan untuk solat berjemaah malahan boleh juga digunakan untuk kelas mengaji dan tempat perkumpulan ahli keluarga untuk memenuhi keinginan rohani mereka.
Antara tips rekaan surau untuk kediaman anda :
Pastikan lokasi surau strategik dan nyaman serta memudahkan penggunanya.
Saiz surau sebaiknya mengikut bilangan penghuni rumah supaya semua orang selesa melakukan ibadah .
Rekaan berpandukan arah kiblat agar dapat menggunakan ruang dengan lebih efektif dan menyeluruh.
Elakkan meletak pintu betul-betul berhadapan dengan ruang solat.
Pilih warna yang menenangkan dan menyejukkan mata seperti warna hijau, biru dan putih.
Surau perlu mempunyai pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang secukupnya.
Selain itu, anda juga boleh menambah rak untuk meletak buku-buku keagamaan atau Al-Quran.
Ditambah pula aksesori minimal yang tidak terlalu menonjol seperti artwork ayat-ayat suci atau 99 nama Allah.
Paling penting, letakkan lah tempat mengambil wuduk berhampiran dengan surau yang dibina.
Ini Beberapa Mini Surau Yang Boleh Dijadikan Inspirasi
Semoga niat yang baik akan mendatangkan hasil yang baik juga.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.