MUJI House: Sesuai Untuk Rumah Bersaiz Kompak

Share

Kediaman berkonsepkan MUJI kini mendapat tempat dihati ramai pemilik rumah. Konsep ini sering menjadi pilihan untuk pemilik kediaman yang memilik saiz rumah yang kompak dan mempunyai ruang bukaan yang minimal. Konsep kediaman MUJI telah wujud pada 2004 di Jepun yang banyak memfokuskan rumah bersaiz kompak.

Rekaan MUJI House mengambil kira segala aspek termasuk kelengkapan rumah, perabot dan perkakas. Mengetengahkan rona-rona semula jadi iaitu putih dan coklat kayu, konsep MUJI kelihatan seakan sebuah kediaman berkonsepkan nordic atau scandinavian. Konsep MUJI ini cukup sesuai untuk pemilik yang ingin mengetengahkan clean cut dalam susun atur rumah.

Jika diperhatikan konsep MUJI ini lengkap dan praktikal bagi setiap sudut yang mengenakan gaya ini. Pemilihan saiz perabot dan juga rekaan perabot itu sendiri cukup menyempurnakan ruang yang kurang keluasannya. Tidak serabut dan langsung tidak kelihatan sempit.

 

Namun, MUJI mempunyai rekaannya yang tersendiri dengan menggabungkan pengaruh budaya dalam setiap rekaannya.

Gambar kredit: Sissay Group

Perkongsian daripada: A.L Decodesign

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN