Cantik, cozy dan timeless dekorasi kondominium keluasan 1,257kps yang berkonsep Moden Kontemporari ini. Pemilik kediaman Noor Sabarina Kasim inginkan gaya dekorasi yang kekal relevan sepanjang zaman dan ‘first impression’ apabila kaki melangkah masuk ke rumah bagaikan vibes berada di hotel 5 bintang.

Berkongsi cerita lebih lanjut, pemilik baru sahaja berpindah masuk kediaman indah ini pada Mac 2025 yang lepas. Setelah 7 tahun tinggal di rumah sewa di Cheras yang juga jenis kondominium.

“Basically konsep rumah ni Modern Contemporary, tapi kita masukkan sedikit elemen rustic and wood, bagi memenuhi citarasa husband and wife,” jelas Sabarina membuka bicara.

Kondominium 1,257kps Gaya Moden Kontemporari Dekor Cantik &Timeless!
Pemilik kediaman, Noor Sabarina Kasim

Keutamaan Sewaktu Dekorasi Kediaman

Setiap pemilik kediaman pastinya mempunyai ruang tertentu yang menjadi keutamaan sewaktu dekorasi rumah. Bagi Sabrina, perkara yang menjadi keutamaan dia dan suami ialah ruang tamu, ruang hadapan (entrance) dan ruang makan.

“Masa mula-mula kita cari ID, kami cakap nak utamakan living hall, entrance and also dining area.

“Bila balik rumah nak vibes ala-ala hotel, rasa cozy, spacios dan selesa.

“Dari segi warna, kami tekankan dekat ID untuk look yang nampak luas. So memang of couse lah akan memang pilih color cream, beige with the combination of wood and little bit of grey,” ujar Sabarina.

Ternyata pemilihan warna dan gabungan konsep moden kontemporari menepati citarasa pemilik sekaligus mampu menjadikan ruang tampak ‘clean look’, elegan,luas dan lapang.

Kondominium 1,257kps Gaya Moden Kontemporari Dekor Cantik &Timeless!

Wall Panel ‘Statement’ Ruang Makan

Ruang makan kediaman ini juga tampak cukup menyerlah disamping lampu chandilier yang mewah, pemilihan wall panel yang tepat juga mampu menjadi ‘statement’ atau titik tumpuan pada ruang ini.

Ads

“Wall Panel memang custom made. Kami nak satu feature wall yang boleh jadi ‘statement’ dekat ruang dining room. Kami pilih fluted panel, panel marble look and also reflective mirror. Begitu juga pemilihan wainscoating yang simple sebagai contrast pada ruang dining area ini,” ujar Sabarina.

Kondominium 1,257kps Gaya Moden Kontemporari Dekor Cantik &Timeless!

Praktikaliti Rekaan ‘Curvy Curve’ Pada Perabot

Menariknya, bukan sahaja pemilihan material yang menjadi keutamaan, pemilik juga mementingkan aspek praktikaliti dari segi rekaan. Rekaan bentuk ‘Curvy Curve’ dapat dilihat pada perabot seperti meja makan, kerusi meja makan dan table console yang memang dibuat khas custom made. Ia juga untuk keselamatan anak-anak yang sedang membesar.

“Kalau perasan dekat rumah ni banyak elemen ‘curvy’ seperti dekat meja makan, kerusi pun sama, kami memang minta untuk ada ‘curvy curve’.

“Dekat console table juga kami pilih ‘curvy corner’, jadi tak de lah bila anak-anak berlari terhantuk tajam,” jelas Sabarina ibu kepada 3 cahaya mata ini.

Kondominium 1,257kps Gaya Moden Kontemporari Dekor Cantik &Timeless!

Ads

Full Height Cabinet

Selain itu, ruang penstoran maksimum juga diberi penekanan penting sewaktu renovasi rumah. Memandangkan kediaman ini tidak mempunyai ‘utility room’, pemilik meminta pihak ID membina ‘full height cabinet’ bagi memaksimumkan penstoran pada kediaman.

“Kami request dengan pihak ID untuk membuat banyak ‘full height cabinet’ seperti pada kabinet TV, dalam bilik dan dapur. Salah satunya kerana rumah ini tidak mempunyai ‘utility room’ jadi ia untuk storage, simpan banyak barang-barang,” kata Sabarina yang menjadikan ruang tamu dan master bedroom sebagai ruang favorite spot dirinya.

Kondominium 1,257kps Gaya Moden Kontemporari Dekor Cantik &Timeless!

Menjengah ke ruang dapur, pemilik membuat kabinet dapur dengan kemasan Quartz Stone corak marble pada kaunter top dan solid plywood kombinasi rona walnut serta beige pada pintu kabinet. Rona ‘contrast’ ini dipilih supaya ruang tampak lebih luas dan lapang. Selain itu pada dapur kering, menariknya perkakasan asas seperti induction cooker, oven, hood dan peti sejuk telah disediakan oleh pihak pemaju.

Kondominium 1,257kps Gaya Moden Kontemporari Dekor Cantik &Timeless! Kondominium 1,257kps Gaya Moden Kontemporari Dekor Cantik &Timeless!

Ads

Akhir kata, tiada tempat yang lebih bermakna melainkan berada di rumah sendiri. Definisi rumah buat pemilik ialah rumah seharusnya menjadi rumahku syurgaku. ‘Make your house into a home’. Rumah menjadi tempat yang selesa untuk didiami, cantik, sedap mata memandang dan selamat.

INFO KEDIAMAN:

Nama Pemilik: Noor Sabarina Bt Kasim
Usia Kediaman: Mac 2025
Konsep Hiasan Dalaman: Moden Kontemporari
Lokasi: Setiawangsa
Keluasan Kediaman: 1,257kps
Nama Pereka ID : Inspirasi Eladeko
Anggaran Kos Renovasi/Ubahsuai Rumah: RM90K ++

Jenis Kediaman: Kondominium
Spesifikasi Ruang Kediaman:
( Ruang Tamu, Ruang Makan, Dapur Kering, Dapur Basah, 3 Bilik tidur, 2 Bilik Air, Balkoni)

Tonton video penuh House Tour kediaman ini bersama pemilik di sini.

IMPIANA: Semoga perkongsian video House Tour Kondominium 1,257kps gaya Moden Kontemporari ini memberi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain untuk dijadikan inspirasi.

Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mesti Baca: Kondominium 998 Kaki Persegi Terasa Luas & Segar Dengan Sentuhan Tropikal Industrial
Baca Lagi Di Sini: Ubahsuai Rumah 2 Bulan, Shila Amzah & Keluarga Pindah Kondominium Sementara
Artikel Menarik: Unit Kondominium Mewah MONT KIARA Rosak Teruk Dinding Berkulat, Pemilik Kediaman Menang Saman RM500,000

Follow kami di WEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI