Kipas Lama Kembali Pada Kelajuan Asal Dengan Modal Tak Sampai RM10!

Share

Ketika musim panas, kalau boleh semua kipas kita nak buka. Tetapi yang menjadi masalah adalah apabila kipas yang ada sudah tidak berfungsi seperti ketika baru dibeli. Walaupun sudah dibuka pada kelajuan maksimum, kipas masih lagi terasa seperti tiupan angin yang tidak bermaya. Jadi buat apa buka kipas kan? Membazir elektik saja.

Berita baik untuk anda yang mengalami masalah tersebut, baru-baru ini seorang pengguna Twitter @lutfyhady

ada berkongsi tip untuk membaiki kipas yang sudah tidak lagi menyejukkan. Ikuti cara membaiki kipas dengan mudah dan modal kurang dari RM10 disini:

Alat yang perlu dibeli:
1. Pemuat atau Kapasitor – RM4
2. Solder timah – RM2.10

Langkah-langkahnya:

1. Pertama sekali, buka ‘sangkar’ kipas dan buka skru penutup kepala kipas sehingga terbuka penutup depan tersebut.

2. Kemudian, tanggalkan telinga iaitu penutup pada bahagian atas dimana berfungsi untuk membolehkan kipas berpusing. Kipas seperti ini kebiasaanya boleh dicabut terus tetapi ada juga jenis yang kena buka skru di dalamnya.

3. Selepas itu, buka penutup motor dan anda boleh nampak kotak hitam (kapasitor).

4. Kemudian, lihat kapasitor anda, macam Kapasitor pada kipas saya value 1.5 uF (micro-farad). Beli di kedai hardware mengikut value tersebut atau beli value lebih sedikit tetapi jangan terlalu tinggi kerana motor kipas boleh rosak dalam jangka masa panjang.

5. Beli ikut value tu ATAU untuk kipas yang lama, boleh beli value lebih sikit. Saya beli 2.0uF. Jangan beli lebih banyak kerana motor boleh rosak untuk jangka masa yang panjang. Harga benda ni RM4.

6. Memandangkan benda tu sudah ada di luar, saya terus potong dan solder dgn kapasitor baru.

7. Gunakan tape plastik hitam untuk wayar tersebut. Solder dengan timah beli di kedai eco RM2.

8. Siap semua skru semula seperti asal.

SIAP! Lepas ini tiada lagi hari panas yang mengganggu prestasi. Selamat mencuba semua.

IKLAN