Cawan seramik mahupun kaca, bila kerap digunakan akan menyebabkan wujudnya lapisan kerak yang melekat dan sukar untuk tanggalkan. Lapisan tersebut terkesan oleh pewarna yang hadir di dalam minuman seperti teh dan kopi. Ia sangat sukar untuk ditanggalkan jika hanya dengan menggunkan bahan pencuci pinggan biasa. Jika di biarkan, permukaan kerak terbentuk semakin gelap. Bukan itu sahaja, ia akan menjadi habitat kepada organisma yang berbahaya.
Untuk menghilangkan permukaan kerak tebal di dalam cawan, ramai menggunkan peluntur. Memang lah bersih, tapi tanpa anda sedari ia mengundang atau memberi ancaman lain kepada kesihatan. Peluntur tersebut berkemungkinan akan menyebabkan tidak balas terhadap bahan yang digunakan untuk membuat cawan seperti lapisan kalis air dan sebagainya.
Ads
Sebenarnya, ada cara paling mudah dan tidak melibatkan bahan kimia untuk mencuci kerak di dalam cawan. Apa yang anda perlukan adalah garam. Untuk cara mencuci kerak tersebut sila tonton video yang disediakan
Langsir antara elemen penting dalam dekorasi sesuatu kediaman. Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.
Jadi, untuk memilih design dan saiz langsir yang bersesuaian untuk kediaman anda, ada beberapa perkara yang perlu diperincikan
Salah: kebiasanya, lebar tingkap akan diukur mengikur bingkainya. jadi, railling yang dipasang pun mempunyai saiz lebih kurang lebar tingkap tersebut. Teknik ini kan menyebabkan lebih banyak daun langsir menutupi tingkap dan secara tidak langsung menghadkan ketelusan cahaya yang memasuki kediaman. Tambahan, ia akan menyebabkan impak visual kediaman kelihatan lebih kecil dan sempit
Betul: Cara terbaik untuk mendapatkan impak yang lebih menarik dengan menggunkan langsir adalah dengan memastikan reeling atau rod langsir mempunyai kelebaran lebih pada bahagian kiri dan kanan tingkap Berikut adalah formula asasnya:
1. Ukur lebar bingkai tingkap. (Katakan 100 inci)
2. Kirakan 25% darinya (25% dari 100” adalah 25”)
3. Bahagikan dengan 2 (25” bahagi 2 adalah 12 1/2 inci)
Anda sebaiknya memanjangkan railing/rod 12 1/2 inci ke kiri dan kanan tingkap. (Dalam kes ini, anda perlu beli railing/rod 125”)
Salah; Kebiasaanya, ramai lebih gemar memilih untuk meletakkan rod langsir betul-betul di atas bingkai tingkap. Namun, keadaan ini akan memberi impak visual kurang menarik. Ia akan menyebabkan siling rumah kelihatan lebih rendah. Bila dah rendah, sudah pasti kita akan berasa sempit
Betul: Ketinggial langsir yang ideal adalah dengan meletakkan rod langsir lebih tinggi. Kalau boleh sampai atau hampir ke siling untuk mendapatkan impak double volume. Kalau ada cornice, elak dari menutupi bahagian tersebut.
Pastikan langsir yang dipasang tidak tergantung di bahagian kaki. Untuk dapatkan kesanvisual double volume, pastikan langsir mencecah lantai.
Nak buat dapur kering dan dapur basah, nah ini info kena tahu. Reka bentuk dapur yang baik bukan sahaja mencerminkan gaya hidup pemilik rumah, malah mempengaruhi rutin harian dan tahap keselesaan semasa memasak.
Dalam dunia hiasan dalaman moden, konsep dapur dua fungsi iaitu dapur basah dan dapur kering, semakin mendapat tempat. Idea pemisahan dapur ini membolehkan aktiviti memasak yang berat tidak mencemari kawasan yang lebih kering, bersih dan teratur.
Ini amat penting terutama bagi keluarga yang kerap memasak di rumah dan mahukan ruang dapur yang lebih sistematik. Dapur basah biasanya digunakan untuk kerja memasak berat seperti menggoreng, menumis, merebus atau mencuci bahan mentah. Ia dilengkapi dengan sistem pengudaraan seperti hood dan hob, sinki besar, serta permukaan tahan haba dan air.
Manakala dapur kering pula berfungsi sebagai ruang penyediaan makanan ringan, tempat membuat kopi atau teh, dan adakalanya menjadi sudut sarapan keluarga. Ia cenderung menampilkan konsep lebih kemas dan elegan kerana sering berada berhampiran ruang makan atau ruang tamu.
Oleh itu, pemilik rumah selalunya memilih bahan yang lebih estetik seperti kabinet moden, countertop marmar, serta lampu gantung dekoratif untuk dapur kering.
Kelebihan membina dapur basah dan dapur kering bukan hanya pada aspek kebersihan, malah dari sudut keselesaan dan nilai jangka panjang. Aktiviti memasak yang kerap boleh menyebabkan wap panas, minyak, dan bau masakan tersebar ke seluruh rumah.
Dengan adanya dapur basah yang tersorok dan mempunyai ventilasi baik, masalah ini dapat dikurangkan. Dapur kering pula kekal bersih dan selesa, sesuai dijadikan tempat menjamu tetamu tanpa perlu risau tentang kotoran atau bau.
Malah, jika ada majlis kecil atau kunjungan mengejut, dapur kering boleh berfungsi sebagai ruang penyediaan pantas tanpa perlu ke dapur utama.
Dari aspek reka bentuk, pemilik rumah juga boleh lebih kreatif dalam susunan dan pembahagian ruang. Dapur basah boleh diletakkan di bahagian belakang rumah atau ditutup dengan pintu gelangsar, manakala dapur kering boleh direka secara terbuka bersebelahan ruang makan.
Pemisahan ini bukan sahaja memudahkan aliran kerja semasa memasak, malah meningkatkan nilai estetik keseluruhan rumah. Selain itu, dengan adanya dapur kering, anak-anak boleh belajar menyiapkan sarapan sendiri atau membantu menyediakan hidangan ringan tanpa perlu masuk ke ruang dapur yang lebih berisiko.
Letakkan dapur basah di bahagian belakang rumah atau bersebelahan ruang utiliti agar mudah mengalirkan bau dan asap ke luar. Dapur kering pula sebaiknya diletakkan berhampiran ruang makan atau ruang tamu untuk akses cepat semasa menjamu tetamu atau ahli keluarga.
Gunakan pintu gelangsar kaca, partition kayu moden atau pintu lipat sebagai pemisah antara dapur basah dan kering. Ini membantu mengurangkan bunyi bising, bau masakan, serta mengekalkan privasi dan kebersihan.
Di dapur basah, simpan alatan berat dan bahan mentah seperti periuk besar, pengisar, kuali serta barangan basah. Di dapur kering, fokuskan pada mesin kopi, pembakar roti, microwave dan rak sarapan pagi.
Gunakan susunan segitiga dapur – iaitu kedudukan sinki, peti sejuk dan dapur memasak dalam bentuk segitiga – bagi memudahkan pergerakan. Konsep ini amat berguna dalam dapur basah.
Gunakan kabinet tertutup di dapur kering untuk kekemasan visual, manakala dapur basah boleh dilengkapi dengan kabinet terbuka atau rak logam yang lebih tahan lasak.
Cadangan Material Untuk Dapur Basah dan Dapur Kering
*Lantai: Jubin anti-gelincir atau homogeneous tiles yang tahan air dan mudah dibersihkan.
*Kaunter: Granite atau kuarza – tahan haba dan calar.
*Kabinet: Material seperti aluminium, melamine, atau plywood kalis air.
*Sinki: Sinki stainless steel berkembar untuk cucian lebih efisien.
*Dinding: Wall tiles penuh untuk tahan minyak dan mudah dilap.
*Lantai: Vinyl, laminated wood, atau jubin matte – lebih estetik dan selesa dipijak.
*Kaunter: Top permukaan solid surface, marble, atau kuarza berwarna cerah untuk tampil moden.
*Kabinet: Material kayu panel (MDF, chipboard atau nyatoh) dengan kemasan matte atau glossy.
*Pencahayaan: Gunakan lampu gantung (pendant light) atau strip LED bawah kabinet untuk mood pencahayaan yang lembut.
*Dinding: Cat kalis lembap atau backsplash kaca untuk elemen hiasan moden.
Dengan perancangan yang betul dan pemilihan material yang sesuai, dapur basah dan dapur kering bukan sahaja memudahkan kerja harian, malah menjadi ruang idaman yang kemas, selesa dan tahan lama.
Kesimpulannya, membina dapur basah dan dapur kering adalah satu pelaburan bijak untuk jangka masa panjang. Ia bukan sahaja meningkatkan tahap kebersihan dan keselesaan ketika memasak, tetapi juga menjadikan rumah lebih teratur, moden dan menarik.
Jika anda sedang merancang pengubahsuaian atau membina rumah baharu, konsep dapur dua fungsi ini wajar dijadikan pertimbangan utama demi gaya hidup yang lebih praktikal dan tersusun.
Pam Mangkuk Tandas Ada Dua Butang, Jangan Tekan Dua-Dua Serentak. Kebanyakan tandas sekarang menggunakan mangkuk tandas jenis duduk. Perasan tak, pam mangkuk tandas ni ada yang jenis 2 butang. Satu besar dan satu kecil. Kenapa ye? ke anda pakai tekan je mana-mana?
Menjawab persoalan tersebut, Jamban King Steve melalui akaun TikTok miliknya ‘membongkar’ fungsi dua butang jamban ni. Video yang dimuatnaik Jamban King Steve mendapat perhatian warga net dan ditonton sebanyak 445.8 ribu kali di TikTok setakat ini.
Melalui video unggahannya, lelaki ini menerangkan bahawa kedua butang pada tangki simbah mangkuk jamban ni berbeza fungsinya. Kalau korang tekan butang kecil, tangki simbah akan keluarkan tiga liter air ke dalam mangkuk jamban, manakala butang yang lebih besar pula akan keluarkan enam liter air.
Jadi, sekiranya korang buang air besar, disarankan untuk tekan butang besar. Kalau buang air kecil pula, tekan butang kecil dah memadai.
Namun, ada juga yang menekan ke dua-dua butang tersebut. Betul tak? Sebenarnya sikap tersebut akan menyebabkan belakunya pembaziran dan butan pum lebih mudah cepat rosak. Sebab tu, kalau eprhatikan ada je butang pum tandas ni yang tinggal sebelah je.
Pam Mangkuk Tandas Ada Dua Butang, Jangan Tekan Dua-Dua Serentak
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.